As Salam
Hari tu masa masuk bilik bos atas urusan kerja, bos aku bagi ini untuk Ammar. Bos aku sekarang tengah galak shopping dekat pinduoduo. Aku rasa dia beli barang ni dari sana. Dia cakap dia ade beli banyak jugak barang ni. Tapi tetibe anak dia yang sebaya dengan umur Ammar cakap dia tak berapa suka dengan barang ni. barangnya adalah ubat gigi Darlie kanak-kanak jenis pump.
Darlie Toothpaste.
Aku bawak balik & bagi Ammar. Esok pagi Ammar dah rasmikan ubat gigi ni & Ammar suka. Dia cakap rasanya sedap. Ok.Sila habiskan ye Ammar. Sebab benda ni free & harga sebenar pun bukan murah sangat. 😆
Sebelum balik, bos aku hulur ini pulak. Dia cakap dia beli masa pegi holiday ke Bangkok. Aku rasa aku dengan bos ni ada persamaan sikit. Takboleh tengok benda cute & makanan pelik yang HALAL. Mesti rasa nak try beli. Ni bos aku beli makanan pelik-pelik untuk bagi aku rasa. 😆.
Waktu bos bagi makanan ni, aku & bos la borak tentang shopping dekat Bangkok. Rancak jugak la. Salah satunya adalah bila aku cerita tentang merchandise dari Bangkok yang memang rare. Sekali big bos aku lalu & cakap. You 2 cannot be together. 😆. Macam tau-tau je kalau kami shopping sekali memang tak cukup tangan pegang plastic bag. Sama macam masa pegi HCMC dulu. Both of us memang macam kena sampuk memilih barang. 😆
Bos aku bagi pretz ni...Dah makan yang green curry.
Not bad. Kids cakap macam tabur serbuk kari. 😆
Alhamdulillah product yang bos bagi aku ni ada logo Halal.
Jadi boleh la makan tanpa was-was.
Terima kasih bos bagi macam-macam. Lepas tu bos aku cakap dia dah sediakan hadiah untuk chrismas nanti.. Pantas betul ni. Aku rasa dia mesti jumpa something yang interesting pada dia & dia beli terus sebab risau dia terlupa. Bos aku ni memang kadang-kadang pelupa jugak. 😁
Cepat je rasa masa berlalu..Hari ni dah hari Ahad. Esok dah koje kome.



Iyer esok korojer..huhu...
ReplyDeleteMinggu ni rasa masa cpt je berlalu ...=)
DeleteFirst time tengok ubat gigi jenis pump ni.
ReplyDeleteKerja jangan tak kerja hehe
Kan.Sy pun 1st time tgk =D
DeleteRezeki dapat bos baikk. Awal prepare hadiah xmas 🤭
ReplyDeleteAlhamdulillah..Rezeki. Last year xde sbb big bos x sihat. This year beli awai x kalut katanya =D
DeleteSis belum terjebak lagi dengan pinduoduo tu, seremmm nak donlod hahahaha
ReplyDeletesama la kita sis...TT shop & shopeahhh pun x tertahan =D
Deletewaaa awal betul ur boss beli hadiah utk krismas heheheh
ReplyDeleteItu la tu.Trkejut jgk sy. Tp bagus jgk =D
Deletefuhh...awal bos sedia hadiah untuk krismas
ReplyDeleteIye.Trkejut kita =D
Deletedulu boss lama akak macam ni...x kira la travel ke apa ke..mesti ada je untuk akak...
ReplyDeleteWahhh..Mcm ni seronok =D
DeleteTak pernah ada ubat gigi pakai pump camtu. Comel je. Akak pun kalau shopping memang rambang mata
DeleteOk.Kita bleh jadi geng ni sis =D
Delete