CUCUR UDANG SELAMBAK

As Salam

Hari tu ade lalu dekat tiktok aku video sorang akak yang biasa buat lip sync setiap kali dia memasak. Nampak macam sambil memasak, sambil berlakon lip sync. Hari tu lalu pulak video dia prepare & goreng cucur udang. Aku ni memang dah lama teringin nak makan cucur udang. Tapi bila fikir bahan-bahan susah nak beli dalam kuantiti yang sedikit, jadi aku matikan niat. Nak beli dekat kedai, susah betul yang menarik dimata.

Tapi hari tu aku nekad nak buat jugak. Tepung gandum dah ada dekat rumah. Jadi aku kena beli daun kucai, taugeh, udang & yis. Pegi la kedai aceh...Beli semua bahan tu total RM8 termasuk 3 batang serai. Balik rumah terus buat. 
Hati ni rasa teruja bile tengok adunan ni mengembang selepas 30 minit ditinggalkan. Maklumla 1st time try buat. Aku wrap mangkuk ni dengan clear wrap. Sambil-sambil tu aku prepare udang. Dapat udang kecik buat sambal udang nasi lemak tu. Ok la..Janji ada udang.
Nahhhh..Selambak udang aku letak dekat cucur tu...
Mujur la aku ade senduk besi. Jadi panaskan senduk macam dalam video akak tu...Alhamdulillah menjadi elok bulatnya cucur udang ni
Dah tos sikit minyak aku terus potong 4...
Alhamdulillah menjadi. Crunchy aje tepungnya kome.
Elok gebu cucur udang ni. 

Hata dah try makan. Hata cakap LULUS. 😆

7 comments:

  1. Yeay...syabassss...dah jadi dah..lepas ni x yah beli dah...

    ReplyDelete
  2. puas hati ni..tengok gambar pun dah tau sedap

    ReplyDelete
  3. Wah..kita pun teruja tengok cucur udang macam ni. Menjadi walaupun buat first time. Buat sendiri bolehlah kita letak extra udang, baru sedap makan. Memang lulus sesangat ni.

    ReplyDelete
  4. cantik kejadiannyaaaa...boleh bukak kedai cucur

    ReplyDelete
  5. yum sgt niii. rasa mcm nak masak cucur jugakkk laa

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.