IDEA DAH LARI!!!!

As Salam

Sehari dua ni dilanda kebizian dan kekeringan idea. Hari ni lagi la...Kebizian jadi tak sempat nak up cerita yang makin kering. Hari ni dalam sejarah aku pergi kerja pakai baju & tudung warna contra. Katanya matcha strawberry...Entah betul entah tidak...
Dah lama tak buat mirror selfie ...
Sweater yang aku pakai ni warna soft pink & tudung bawal warna 
hijau nak ke soft olive gitew...

Ok..Tetibe datang idea nak share cerita tenang tumbler yang aku dapat free masa beli 3 flavor tealive dalam sachet. Baru 3 hari lepas rasanya nak guna tumbler ni. Buat tukar-tukar dengan tumbler yang sedia ada. Baru aku tahu yang tumbler ni bukan macam flask. Bila aku letak air sejuk, tumbler ni berpeluh kome. Mujur ade coaster yang aku dapat dari sis Mummy Ayu sebagai penyelamat penyerap peluh tumbler tu. Bila air dah bertukar ke suhu bilik, air dalam tumbler tu jadi satu rasa lain. Rasa yang tak sedap dekat tekak aku.
Tumbler free from tealive

Ini yang tak syok bila air rasa lain ni. Terus terfikir...Apa aku nak buat dengan tumbler ni? Padahal sebelum guna aku memang dah basuh dengan sabun. Lepas tu aku bilas dengan air paip. Then bilas lagi dengan air masak.

Silap-silap tumbler ni jadi bekas aku letak sudu, straw dekat pantry je...πŸ˜†

Tumbler korang pernah jadi kes macam ni?

22 comments:

  1. pernah jadi...tapi Akak guna je...lama- lama bau tumbler tu hilang..air tu ok je xde berubah rasa tapi tumbler yang bau..dia bau benda baru kuar kotak..basuh banyak kali pun tetap ada bau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhhh..mgkn la kot. Tgk la masuk keje nnt sy adjust dia mcmane.

      Delete
  2. Powerlah dalam takde idea datang idea terus.

    ReplyDelete
  3. so far mcm lom pernah kena lagi kes tumbler jd gitu...kalau air berubah rasa, trauma dah nak guna kalau MZ la hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Tp tgk next week masuk keje sy adjust mcmane.

      Delete
  4. tk nmpk hijau tudung tu..nmpk color kuning....tk pernh lg jd situasi tumbler sebegitu tp kalo air tu rs lain mmg tk best la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Light factor trus x nmpk warnanya. Betul tu sis.Tak sedap rasa air tu. Pdhal air kosong je.

      Delete
  5. basuh cuci2 dgn sabun...pasti hilang nanti. kalau sy kan, kdg2 bagi je hadiah kpd pelajar2 yg miskin benda2 yg sy x nak guna tp masih elok.

    ReplyDelete
  6. Bau tumbler tu kut yang tak hilang Dan menyerap dalam air yang kita letak. Cuba test Air biasa je dia jadi rasa apa

    ReplyDelete
  7. Try rendam dengan air panas. Tak pernah lagi jadi gitu.

    ReplyDelete
  8. Setakat tumbler yang ada ni..tak pernah pula jadi gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la..Pelik. Faktor tumbler tu kot. Dia mcm ceramic pun ada.

      Delete
  9. Mungkin baru lagi kot, melekat bau kedai hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..X pasti la sis.Esok gi keje nk kena tgk semula =D

      Delete
  10. Jangan pakai lagi kak. Dah betul jadikan tempat sudu dan lainnya. Kalau sampai berpeluh, maknanya lapisan hampa udara antara dinding ganda tumbler dah rusak, bocor, atau memang kualitas tak bagus samasekali. Krn seharusnya tidak boleh berpeluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..Nnt sy try adjust dulu hari ni mcmane..Tgh rendam dgn air biasa tu.

      Delete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.