MEMBALAS DENGAN YANG TAK BERAGAK-AGAK

As Salam
Entah la aku dengan perangai roomate HCMC aku ni tau. Bulan March hari tu kot ke April.Aku dah lupa. Antara bulan tu adalah bulan kelahiran roomate HCMC aku tu. Saje suka-suka.Aku bagi hadiah pada roomate HCMC tu secara senyap-senyap. Tapi aku tak sure macamana aku boleh kantoi sedangkan aku tak wrap pun hadiah tu sebab kalau ade wrap dia boleh cam. Dia cakap dia kenal cara aku wrapping hadiah. Sabar aje lah. Jadi aku masukkan hadiah tu kedalam paperbag. Sekali dia cakap dia tahu hadiah tu dari aku sebab aku sorang je yang pakai perfume ZARA. Aku bagi paperbag ZARA walapun isinya bukan dari brand itu.

Seminggu selepas tarikh hari lahir aku, pagi tu masa sampai ofis, aku nampak 1 paperbag sederhana besar bawah meja aku. Aku memang dah syak mesti mek tu yang bagi. Sekali memang betoi kome. Sabar aje la aku. Aku dah cakap JANGAN DIBALAS. DIA DEGIL JUGAK. 

Seminggu jugak aku biarkan paperbag tu dekat ofis sebab sepanjang minggu tu aku pegi keje bawak motor. Tak dapat bawak balik ke ofis. This week baru dapat bawak balik rumah. Masa dapat hadiah ni, aku tengok gitu-gitu je sebab banyak pulak bag-bag lain dalam 1 paperbag tu kome. Aje haru.

Sampai rumah baru la aku betul-betul unboxing. Aje haru. Terkejut aku tengok apa yang mek tu bagi & apa yang aku dapat. Udah macam hadiah orang pindah rumah baru. Macam hadiah untuk pengantin baru pun ade jugak. Ni memang nak suruh aku masak dekat rumah setiap hari ke macamana cerita dia ni? 😆

Alhamdulillah atas rezeki ni. Terima kasih atas ingatan. Nanti dah test guna aku review ye kome. Ada antara korang yang dah guna kuali jenis ini? Kalau pakai sudip besi tu ok tak?

Tak beragak-agak betul roomate HCMC aku ni membalas ye. Aku bagi biasa-biasa je. Sekali dia balas...Nah...Dia bagi semangat untuk aku masak hari-hari. 😆

15 comments:

  1. Kalau akak dapat hadiah macam ni memang melompat2 akak ni...saya suka!saya suka!

    ReplyDelete
  2. Best la hadiah ni. Kalau PH melompat dah kot hehe ..
    Seronok dapat hadiah yg kita selalu guna

    ReplyDelete
  3. Waaa kalau Sis ni hepi sokmo dapat ahdiah ni hahahahaha

    ReplyDelete
  4. Hahaa confirm kena rajin masak la lepas ni ye 😉😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la pasal...Kena stock up stock bahan memasak la kalu gini =D

      Delete
  5. Cie pakai senduk kayu ataupun yang jenis silikon tu.

    ReplyDelete
  6. Waah honeycomb pan yaaaa. Panci ini bagus utk panas yg betul2 merata. Saya pernah terpikir nak beli, tp saya kan masak hanya yg simple, Krn memang tak suka masak. Jadi macam mubazir kalau saya yg pakai 🤣🤣🤣. Tapi bagi orang yg memang suka masak, sering memasak, memang sesuai sangat

    ReplyDelete
  7. nanti review tau kuali tu best ker tak? so far i pakai brand tefal ajer..tp rasa nak beli satu lg kuali saiz besar

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.