PROJECT KAIN PERCA : FOLDABLE BAG

As Salam

Aku tak ingat bila. Tapi sejak-sejak Ammar kena mandi dekat sekolah agama, kami dah kena masukkan baju sekolah agama Ammar dalam bag sekolah. Dah siap iron, lipat & masukkan dalam bag lain sebelum dimasukkan kedalam bag sekolah agama. Pada awalnya kami hanya masukkan baju tu ke dalam plastic bag ini...
Orghe kelate panggil supik gelenya...😁

Tak pasti kenapa kami hanya masukkan baju Ammar dalam plastic bag ni. Mungkin waktu tu kami risaukan sesuatu tapi tak ingat. Dalam 2 minggu lepas rasanya Hata bagitahu aku yang plastic bag ni dah uzur sangat nampak gayanya..Jadi Hata mintak aku amik plastic recycle lain dekat ofis. Aku pulak asyik lupa jer nak amik sehelai dan bawak balik.

Sudahnya ada 1 malam tu aku nekad untuk jahit 1 bag baru untuk Ammar. aku buat 1 bag tanpa zip / handle...Tapi aku letak button. Bahagian atas bag ni boleh dilipat then dibutangkan untuk tutup bahagian yang terbuka.
Ini rupa bag yang aku certia tadi...
Unzipped pouch bag. Pouch ni aku jahit ada lining.
Rupa bag selepas dilipat dan dibutangkan.

Bag ni aku jahit sama sizenya dengan plastic bag yang sedia ada. Sebab baju Ammar muat dengan bag plastic tu. Alhamdulillah bag ni siap dalam masa sejam rasanya. Aku amik masa nak pilih kain, ukur, potong outer & lining. Lepas tu jahit keliling & tinggalkan sikit ruang dekat kain lining supaya aku boleh terbalikkan kain ni. Last sekali adalah jahit butang tu.

Seronok Ammar dapat bag baru. Lama betol ibu amik masa nak jahit sedangkan bila dah start jahit amik masa sekejab je dah siap. Nak buat macamana..Nak kena seru betul-betul semangat menjahit tu baru boleh start the engine. 😁

Harapnya minggu ni aku dapat teruskan lagi project kain perca aku ni.Amin.

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.