As Salam
Aku tak ingat bila. Tapi sejak-sejak Ammar kena mandi dekat sekolah agama, kami dah kena masukkan baju sekolah agama Ammar dalam bag sekolah. Dah siap iron, lipat & masukkan dalam bag lain sebelum dimasukkan kedalam bag sekolah agama. Pada awalnya kami hanya masukkan baju tu ke dalam plastic bag ini...
Orghe kelate panggil supik gelenya...😁
Tak pasti kenapa kami hanya masukkan baju Ammar dalam plastic bag ni. Mungkin waktu tu kami risaukan sesuatu tapi tak ingat. Dalam 2 minggu lepas rasanya Hata bagitahu aku yang plastic bag ni dah uzur sangat nampak gayanya..Jadi Hata mintak aku amik plastic recycle lain dekat ofis. Aku pulak asyik lupa jer nak amik sehelai dan bawak balik.
Sudahnya ada 1 malam tu aku nekad untuk jahit 1 bag baru untuk Ammar. aku buat 1 bag tanpa zip / handle...Tapi aku letak button. Bahagian atas bag ni boleh dilipat then dibutangkan untuk tutup bahagian yang terbuka.
Ini rupa bag yang aku certia tadi...
Unzipped pouch bag. Pouch ni aku jahit ada lining.
Rupa bag selepas dilipat dan dibutangkan.
Bag ni aku jahit sama sizenya dengan plastic bag yang sedia ada. Sebab baju Ammar muat dengan bag plastic tu. Alhamdulillah bag ni siap dalam masa sejam rasanya. Aku amik masa nak pilih kain, ukur, potong outer & lining. Lepas tu jahit keliling & tinggalkan sikit ruang dekat kain lining supaya aku boleh terbalikkan kain ni. Last sekali adalah jahit butang tu.
Seronok Ammar dapat bag baru. Lama betol ibu amik masa nak jahit sedangkan bila dah start jahit amik masa sekejab je dah siap. Nak buat macamana..Nak kena seru betul-betul semangat menjahit tu baru boleh start the engine. 😁
Harapnya minggu ni aku dapat teruskan lagi project kain perca aku ni.Amin.



cantik sgt hasilnya! terbaek laaa
ReplyDeleteThx sis..Sy jahit yg simple2 aje ni =D
DeleteWah cantek bag baru ammar, of coz lagi bersemangat dia nak ke sekolah.
ReplyDeleteNak start menjahitbtu mmg kena dtg serunya haha baru la kerajinan auto je muncul🤣🤣
Kan sis.Nk seru tu mmg mncabar =D
DeletePlastik pos laju tu ye? Rumah Cie ni banyak plastic ziplock tudung. Kalau anak camping senang letak baju ikut hari dalam tu. Banyakla kegunaan. Pandai jahit sendiri boleh buat je.
ReplyDeleteIye.Plastic pos laju tu tebal sikit. Sy pun ada zip lock tu.Tp x muat sepasang baju melayu, sampin & underwear Ammar =D
DeleteRare bag Ammar...
ReplyDeletehahaha.Kan.
DeleteWah, kreatif sekali projek kain perca ini. Menarik melihat kain sisa yang biasanya dianggap tidak terpakai boleh diolah menjadi beg yang cantik dan berguna. Selain mempunyai nilai seni, idea seperti ini juga bagus kerana membantu mengurangkan pembaziran bahan tekstil. Terima kasih kerana berkongsi proses dan hasil projek yang inspiratif, semoga terus menghasilkan karya-karya menarik yang lain.
ReplyDeleteThank you. =D
DeletePasti Ammar suka.
ReplyDeleteKreatif
Alhamdulillah. Setakat ni dia xde complain apa2 lg..=D
DeleteIni kalau jual pun laku ni..!
ReplyDeleteKan.Uncle kena jadi 1st customer la sy nnt =D
DeleteLama tak dengar perkataan gelenya tu 😁
ReplyDeleteCantik sangatttttt Nieza. Untung Ammar Ibu pandai jahit beg lawa gini
Hahaha..Sy pun dh lama x guna ayat tu sis. Sy jahit yg simple2 & guna kain mana yang ada je sis =D. Byk lg nk kena improve ni. =)
DeleteCantik la...so Ammar dah ada foldable bag yang baru.....corak pun sesuai dengan anak lelaki kan...
ReplyDeleteIye sis.Kebetulan ada lagi baki kain hari tu. Guna je sbb nk habiskan stock =D
DeleteAkak ada minta tolong kawan buatkan beg macam ni pada laptop akak tapi dia buat patch kain iaitu perca kain di cantum petak2 lebihan kain tempahan. Yang ni memang cantik dan rare beg baju ammar
ReplyDeletebag patchwork mmg cantik sis.Tp nk jahit tu kena tekun beno =D
Delete