As Salam
Gitu la tajuk dia bila kita kena melayan kehendak tekak kita. Aku teringin nak makan tauhu bakar. Susah nak cari area rumah ni. Duk google tapi tak jumpa pulak. Lepas tu terus decided untuk ke jalan 223 Petaling Jaya. Medan selera ni kalau time hujan jangan berani la pegi. Area tu dah 2 kali naik air sampai paras meja makan. Alhamdulillah masa kami sampai tu cuaca elok.
Dapat meja terus order. Tapi ramai orang baru yang own kedai-kedai makan dekat sini. Yang senior-senior ramai dah takde. Bila budak-budak yang menjaga. korang tau aje la perangai memasing. Aku geram aje masa ni. Tapi fikir nak makan, aku lupakan aje la. Sebab aku pun pernah kerja F&B. Jadi aku tahu penatnya macamana tambah pulak tempat ni takde aircond. Masa aku keje F&B dulu duk dalam mall.
Akhirnya dapat jugak makan tauhu bakar...
Tapi tauhunya dah tak panas sangat. Rasanya OK.
Che mek order mac & cheese. Sedap jugak ni kome. Aku suka.
RM13.00 semangkuk. Banyak jugak isi dalam ni sebab guna macaroni yang kecik-kecik tu.
Hata belikan jugak latok untuk aku. Ok je. Cuma dah sampai bawah tu dah tak fresh dah latoknya.
Hata & Ammar makan nasi lemak & telur separuh masak. Kami makan jugak otak-otak. Sedap otak-otak dekat sini. Bakul warna hitam. Lepas makan kami terus la balik sebab Isnin sekolah & kami pun kerja. OTW balik nampak lampu ni dekat menara 118. Cantik sungguh kome.
Snap masa kereta bergerak dekat highway SPE,
memang gini aje la hasil yang aku dapat snap. 😁
Sampai rumah pilih baju untuk dipakai hari Isnin, lepas tu terus la tidurrr...
Salam Maulidurrasul 1448H semua...




Haruslah mencari bila tekak teringin, kan. Kalau tak dapat, terbayang-bayang pula.
ReplyDeleteTak pernah makan latok. Sedap ke, Nieza?
Cantik lampu Menara 118. Telefon canggih, ya. Kalau guna telefon zaman tok kadok saya, waktu kereta bergerak, memang blur le jawapnya. Hehe..
Latok ni kalau fresh time mkn meletop2 crunchy sikit. Mkn cicah sos mmg ngam. Fon biasa aje sis.=D...
DeleteBetul tu mmg cantek lampu² kat menara 118. Pernah sekali ternampak dari area rumah. Nice warna² bendera tak silap.
ReplyDeleteJauh juga ye g cari tauhu bakar😅😅 tapi nasib baik dpt juga merasa... ni kalau memgidam bahaya kalau x jumpa kan 😜
kalau mngidam risau sy kak..hahaha...Mujur la time Ammar & che mek dulu xde mngidam yg kuban-kuban. hahahaha
DeleteApa benda pulak latok tu?
ReplyDeleteKetinggalan bas betul uncle ni....
Nnt pegi kedai tomyam suraya dkt kg baru beli sebekas. Naik ferari laju sikit..Hahaha
DeleteTak pernah makan tauhu bakar. Tapi tengok gambar, nampak menyelerakan :)
ReplyDeleteowh...Sy pun jarang2 mkn.Skali skala je.Rasa dia ok if sos dia OK & tauhu masih fresh elok =D
Delete2 hari lepas baru komen pasal tauhu bakar dekat blog kak SK...datang sini jumpa pulak tauhu bakar...nak kena cari jugak ker ni....
ReplyDeletehahaha...Mmg menekan2 entry kami ni utk sis cari jgk tauhu bakar.,..=D
Deletelawa la menara 118 tu waktu mlm dgn lampu warna warna tema merdeka
ReplyDeleteBetul tu sis.Mmg cantik kami tgk mlm tu =D
DeleteTeringin pulak latok tu lama tak makan.
ReplyDeletekalau teringin kena gi cari this wekeend cie =)
DeleteBaru makan tauhu bakar malam semalam..nanti akak tayang ye...gambar x masuk2 ha...geram je akak..cantiknya menara PNB 118
ReplyDeleteMlm2 bangunan2 tinggi mcm menara 118 & Menara KL mmg cantik sis.. =D
Deletealhamdulillah..bila nak dpt tu memang puas sgt kan
ReplyDeleteIye sis.Lega bila dh dpt mkn =D
DeletePernah makan tahu bakar begini di Johor waktu itu, diajak kak Lin. Sedaaap sangat. Memang sukaaa lah. Jadi teringin cari di KL . Nanti saya cek dulu tempat Medan selera ini dekat dengan penginapan saya atau tidak 😄
ReplyDeleteYg latok blm pernah coba sampai skr. Kalau di sini namanya Anggur laut.
Medan selera ni di PJ. No nearest public transport sgt. Mgkn nnt bleh cari yang lain di KL =D
Delete