DATING DI CBTL

As Salam

Dari masjid Usamah bin Zaid, kami ke Melawati Mall. Memula nak pergi terus ke The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Tapi Hata ajak jalan-jalan sekejab sebab dia nak cari t'shirt kerja yang baru. Yang ironless sebab kalau outstation Hata nak minimaliskan aktiviti iron baju. Gitewww...Jadi kami ke Padini. Alhamdulillah Hata jumpa 2 helai baju kerja dia. Lepas tu baru kami ke CBTL. Kali ni aku order air passionfruit tanpa gas, Hata order hot latte & kami amik carrot cake 1 slice.
Sedap air passionfruit tu sebab ada sekali mango jelly...Carrot cake ni pada aku macam lagi sedap yang dekat Secret Recipe. But aku makan je.Sedap jugak. No so sweet & cream cheese tu tak masam sangat..
Kami amik meja hujung tepi sorang akak tengah buat keje.
Ok jugak.Takdelah bising sangat.

Lepas minum kami ke Village grocer. Beli lauk untuk lunch. Aku nak makan simple-simple je. Aku amik labu & kacang panjang. Plan nak buat masak lemak putih lepas tu goreng ikan rebus yang aku beli & goreng ayam untuk kids. Tengh round-round dekat bahagian lauk, aku nampak daging ni. Pada aku murah kot sebab bahagian daging yang elok. Jadi amik 2 pcs untuk buat raso-raso. Nak masak bila belakang cerita. Kita grab dulu sementara tengah promo ni.😁
Beef patty ni nampak menarik betul.
Aku grab daging wagyu ni 2 pcs.

Lepas Zohor baru aku start masak. Anak-anak pun dah makan cornflakes untuk breakfast . Jadi takdela kelam kabut sangat aku nak masak. Siap masak terus la makan. Lapo kome. Walaupun dah makan carrot cake, tapi nasi kena makan jugak.😁
Siap...
Gulai lemak labu, ikan rebus goreng, ayam goreng kunyit & ulam budu Hata.

Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat clearkan sikit pakaian yang dah lama tak pakai, yang dah tak muat pada Ammar & Hata. Tudung Ppun ada yang aku bagi sebab aku rasa aku dah tak pakai dah design tu. Alhamduillah semuanya masih dalam keadaan elok & boleh dipakai.

Mujur la program ni dibuat dekat dengan rumah. Kalau jauh-jauh memikir jugak nak pegi.

Malam ni nak dinner apa kome?

1 comment:

  1. Carrot cake kalau kat SR memang sedap. Kat CBTL ni memang tak pernah lagi merasanya.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.