DATING DI CBTL

As Salam

Dari masjid Usamah bin Zaid, kami ke Melawati Mall. Memula nak pergi terus ke The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL). Tapi Hata ajak jalan-jalan sekejab sebab dia nak cari t'shirt kerja yang baru. Yang ironless sebab kalau outstation Hata nak minimaliskan aktiviti iron baju. Gitewww...Jadi kami ke Padini. Alhamdulillah Hata jumpa 2 helai baju kerja dia. Lepas tu baru kami ke CBTL. Kali ni aku order air passionfruit tanpa gas, Hata order hot latte & kami amik carrot cake 1 slice.
Sedap air passionfruit tu sebab ada sekali mango jelly...Carrot cake ni pada aku macam lagi sedap yang dekat Secret Recipe. But aku makan je.Sedap jugak. No so sweet & cream cheese tu tak masam sangat..
Kami amik meja hujung tepi sorang akak tengah buat keje.
Ok jugak.Takdelah bising sangat.

Lepas minum kami ke Village grocer. Beli lauk untuk lunch. Aku nak makan simple-simple je. Aku amik labu & kacang panjang. Plan nak buat masak lemak putih lepas tu goreng ikan rebus yang aku beli & goreng ayam untuk kids. Tengh round-round dekat bahagian lauk, aku nampak daging ni. Pada aku murah kot sebab bahagian daging yang elok. Jadi amik 2 pcs untuk buat raso-raso. Nak masak bila belakang cerita. Kita grab dulu sementara tengah promo ni.😁
Beef patty ni nampak menarik betul.
Aku grab daging wagyu ni 2 pcs.

Lepas Zohor baru aku start masak. Anak-anak pun dah makan cornflakes untuk breakfast . Jadi takdela kelam kabut sangat aku nak masak. Siap masak terus la makan. Lapo kome. Walaupun dah makan carrot cake, tapi nasi kena makan jugak.😁
Siap...
Gulai lemak labu, ikan rebus goreng, ayam goreng kunyit & ulam budu Hata.

Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat clearkan sikit pakaian yang dah lama tak pakai, yang dah tak muat pada Ammar & Hata. Tudung Ppun ada yang aku bagi sebab aku rasa aku dah tak pakai dah design tu. Alhamduillah semuanya masih dalam keadaan elok & boleh dipakai.

Mujur la program ni dibuat dekat dengan rumah. Kalau jauh-jauh memikir jugak nak pegi.

Malam ni nak dinner apa kome?

20 comments:

  1. Carrot cake kalau kat SR memang sedap. Kat CBTL ni memang tak pernah lagi merasanya.

    ReplyDelete
  2. Carrot cake SR tu nombor syatuu kan hehe. .
    Suka betullah tenhok menu sis, simple tapi menggoda selera.

    Beef patty wagyu tu rasanya Mama Tisya pernah beli tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah btul tu PH ..tp beli time promo wagyu patty tu lg mantop jimat

      Delete
    2. Hahaha..Kita geng carrot cake SR =D

      Delete
  3. linda pun suka carrot cake dekat SR je.. yang lain tetap tak boleh lawan

    ReplyDelete
  4. Aksi clearing baju preloved elok-elok memang legakan fikiran! Best dapat chill CBTL Melawati Mall & dapat t-shirt ironless Padini. Simple tapi happy betul weekend macam ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agreed. X serabut kepala tgk pakaian yang kita dh x pakai =D

      Delete
  5. Daging wagyu tu murah betul..rasanya Mamatisya ada share gak sebelum ni dia beli kat VG...boleh la akak singgah VG nilai nanti bila- bila..kot2 ada kan...

    ReplyDelete
  6. syok dating kt cbtl tu...carrot cake yg versi lama sedap..yg versi baru ni kureng skit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owhh...Kira yg saya mkn ni new version la kot kan?

      Delete
    2. ye versi baru ni ...yg lama kek nya bulat cute..tk kuar dh versi tu

      Delete
  7. Menarik la beef patty tu boleh buat burger kat rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Tp sy belum buat lg..Tgk la weekend nnt =D

      Delete
  8. Setuju, carrot cake SR lagi sedap. Air passion fruit tu tak pernah beli lagi. Nanti boleh cuba sebab blogger Mama Zharfan pun cakap sedap. Tak pernah lagi beli beef patty tu. Okay juga kan beli buat stok. Nak masak apa pun boleh jadi.Sedapnya lauk labu masak lemak putih dan ada ikan goreng tu. Ada sambal belacan lagi sedap tu.
    Saya pun banyak dah berikan baju-baju pada anak buah. Selagi elok dan boleh pakai. Mana tak okay tu buang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bg pd yg trdekat elok jugak. Sy ni size anak2 sedara x sama dgn size sy..Hahaha..Sbb tu kena buat mcm ni.

      Delete
  9. MZ memang suka air mixer passion fruit tu sbb ada jelly ;) agreed with nieza..kek carrot tu lg sedap yg SR punya version

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.