As Salam
Oh Ya...Lupa nak cerita....
Masa sarapan dekat Taman Melati hari tu, waktu aku tengah ambil nasi kerabu & kembali ke meja, Hata cerita yang tukang hantar air tetibe bagi name card dia pada Hata. Name card tempat perubatan ruqyah & urutan tradisional. Lepas tu Hata cerita dia urut-urut sikit bahu Hata. Ahhh sudah...Dia nampak "sesuatu" ke pada Hata? Atau dia nampak muka Hata macam penat so dia offer urutan tradisional untuk bagi segar sikit.
Aku cakap jangan percaya sangat. Dah la tukang hantar air tu pakcik Indon / Jawa. Jangan dia tinggalkan apa-apa pada Hata masa urut-urut tu sudah la. Kita ni memang sokmo overthingking bila bab-bab urutan ni. Susah nak cari yang betul-betul tulus merawat. Majority mesti mintak kita datang 2-3 kali.
Aku bukan kondem mereka-mereka yang ada ilmu ni. Kalau ada dan tulus nak merawat memang niat nak membantu, itu bagus. Tapi kalau ada kelebihan, tapi guna sikit-sikit supaya orang datang berulang kali, aku dah start was-was dah. Aku kalau dengar kes-kes macam ni. Rasa darah ni terus Zapppppp naik ke muka. Mujur tak jadi merah atau hijau je...😆
Korang pernah kena macam yang Hata kena? Tetibe je orang datang offer urutan tradisional?
eh bahaya tu! sbb pernah gak baca, ada yg terkena ie org tu letak benda2 sihir/tak elok ..kena hati2 sentiasa
ReplyDeletebetul tu sis. Trkejut sy waktu Hata cerita tu.
DeleteTang ni tak pernah tapi akak yg suruh cleaner kat hpj dulu cari kan tukang urut bila badan sakit semuanya. Alhamdulillah lah 1 jam lebih urut tapi sebab dah lama tak urut Dan urat semua tegang Dan buat kali ke 2 baru OK. Tapi memang tegang semua urat badan masuk angin sebab tu sakit satu badan.
ReplyDeleteKalau urut betul2 x pe sis. Ini tetibe je. Risau jgk sy pun =)
DeleteBiasanya tolak, jenis nak sapu minyak pada tangan. Inikan pula nak sentuh kita picit-picit. Tak mahulah. Berniaga teknik memaksa tu.
ReplyDeletekami kalau nmpk yg jual calit2 tu mmg kami sanggup pusing ikut jln jauh =D
DeleteSaya tak akan biarkan orang sentuh saya begitu saja. Apalagi yg pijat2 ini. Dr dulu saya tak suka pijat jenis apapun. Memang tak mau. Mama pernah tawarkan pijat habis melahirkan. Tak nak, langsung saya tolak. Krn memang tak suka dipijat. Minum jamu saya suka, tp jangan pakai pijat
ReplyDeleteBetul tu.Tp sy suka urutan. Aduhai..lama x pegi brurut =D
DeleteSusah jugak nak elak overthinking kalau situasi macam ni! Susah nak jumpa yang betul-betul ikhlas merawat. Tapi Encik Hata ada rasa beza tak lepas pakcik tu urut bahu?
ReplyDeleteBetul tu.Alhamdulillah setakat ni mcm xde apa2 yg pelik... =)
DeleteSetuju sangat Nieza! Bab-bab urut urat atau ruqyah yang tetiba offer macam ni memang kena berwaspada. Kita bukan nak buruk sangka, tapi zaman sekarang ni macam-macam taktik ada. Bagus Nieza tegaskan jangan percaya sangat
ReplyDeleteKan sis.Pelik2 la org skrg ni =D
DeleteKalau orang tetiba approach . Kita takut
ReplyDeleteKan. Betul tu ...
Delete