As Salam
Hari Selasa pagi aku & Hata cuba mencari pulut kuning nak makan dengan rendang atau sambal. Kami ke medan selera dekat Melawati. Kedai tu kami pernah bersarapan suatu masa dulu. Tapi dah 2 kali pagi kami pergi kedai tu tutup. Mungkin hari yang kami pergi tu memang hari dia off day kot.
Sudahnya aku & Hata hanya beli karipap dan mihun siam bungkus dekat Petron then panaskan dekat rumah & sarapan ringkas dengan air chocolate hazelnut. Lepas sarapan aku suruh anak-anak bersiap. Kami ke Kajang jumpa kak ipar sekejab...
Kami kesini seawal jam 10.30 pagi kome.
Ditemani oleh kak ipar & abang ipar.
Mulanya mereka hantar kereta ke kedai tinted. Lepas tu kami amik mereka disana & naik kereta kami ke kedai ni. Kedai tinted dengan kedai ni tak jauh pun. Dalam 10 minit je. Kebetulan pulak warna baju kami sama. Baby blue. 😁
Aku trade in gelang sauh ni sebab dah banyak yang kemek-kemek.
Yang ini pun 1 set gelang pandora dengan 7 biji charms aku trade in. Kuatkan hati je tengok kesayangan dilepaskan demi kebaikan bersama. Gitew.
Sebenarnya "misi" aku & Hata hari Isnin tu adalah ke kedai emas Puteri Melayu dekat Wangsa Delima tu. Kisahnya hari Sabtu malam ahad yang kak ipar datang tu, dia bawak sekali hasil dari kedai emas tu. Salah satu gelang yang dia grab adalah gelang yang memang dah lama aku aim. Kebetulan harga emas & harga trade in agak ok bagi perkiraan aku, jadi aku pun terasa nak trade in la gelang yang sedia ada.
Masa ke kedai yang dekat Wangsa Delima tu, design yang aku nak tu hanya ada yang 1 layer. Aku nak yang 2 layer. Lepas tu staff tu call cawangan dekat bangi dan alhamdulillah ada stock yang sama macam kak ipar. Jadi aku letak booking fee RM300.00 dan lock harga emas hari Isnin sekali dengan harga trade in. Jadi hari Selasa tu aku ajak kak ipar temankan aku ke cawangan dekat bangi untuk ambil stock yang aku dah locked.
Lepas timbang dan bakar, aku pun dapat berapa total berat dari semua yang aku nak trade in. Selain dari gelang yang aku dah locked, aku add on jugak lagi 1 gelang dan sebentuk cincin. Aku tambah lagi RM412.00 dari total harga bersih. Selepas tolak harga trade in & harga emas yang aku locked hari Isnin lepas. Sebab harga hari Selasa dah lain. Kak ipar aku ade jugak tolong bagi pandangan & setuju dengan pilihan aku.

Kata orang inilah hasil menjala dekat kedai emas. 😁
Inilah hasilnya..Alhamdulillah..Rezeki di hari Maulidur Rasul.
Aku sendiri terkejut dengan hasil yang aku dapat. Rezeki kumpul yang kecik-kecik dari beberapa tahun yang lepas. Bila trade in dapat yang ini. Jadi bermula tahun depan kena kumpul pitih semula la. 😆. Kami dalam kedai tu dalam sejam setengah dekat 2 jam jugak. Sebab gelang yang aku locked tu kena potong sikit sebab panjangnya 20cm. Pergelangan tangan aku hanya dalam 17cm-17.5cm je. Lepas tu banyak charm aku yang dia kena cuci, bakar & timbang semula. Gelang sauh yang aku trade in & tukar ke gelang sauh design lain tak perlu potong sebab dah memang size pergelangan tangan aku. Cincin tu pun dah memang size aku.
Lepas selesai bayar lebihan dengan tolak deposit yang aku letak semalamnya, kami pun diberi cenderahati atas amount yang aku beli. Jadi aku dapat la item-item ni.
Sekampit beras 5kg, senaskah buku surah pilihan, sebatang payung & sebuah bag dari kain felt yang tebal.Lepas selesai urusan dekat kedai emas, aku ajak kak ipar & abang ipar pergi minum. Ye lah..Dah dekat 2 jam mereka meneman aku memilih. Takkan tak belanja minum sebagai tanda terima kasih. Mujur abang ipar aku free hari tu kome. Abang ipar nak minum cendol dekat depan Sony R & D. Jadi kami pun kesana. Dekat je dengan rumah ipar.
Hata & che mek makan laksa.
Aku pilih mee rebus sebab memang dah lama rasa nak makan.
Kami minum air cendol biasa. Kak ipar & abang ipar hanya minum cendol pulut sebab mereka dah sarapan berat sebelum jumpa kami. Lepas makan kami terus hantar kak ipar balik rumah dia sebab kereta mereka kena tinggal untuk 3 hari. kami drop by je kak ipar dirumah sebab dah tengahari. Kak ipar pun suruh aku balik rumah terus sebab risau gelang aku tu. 😁
Sampai rumah dalam jam 2 petang. Lepas tu aku berehat je. Penat memilih, penat menunggu proses dan masih terkejut dengan apa yang Allah izinkan aku dapat hari tu. Alhamdulillah sekali lagi. Hata pun bagitahu. Tak sia-sia pelaburan ni. Memang pulangannya berbaloi. Hata happy dengan pilihan aku & dia pun ada pilih jugak untuk aku & aku setuju dengan pilihan Hata. Selesai.
Dalam sebulan dua tiga empat bulan ni kita duk senyap aje lah dulu ye. Kumpul modal semula untuk beli yang kecik-kecik sekali lagi. Ok tak macam tu?😆






Ok sesangat, Nieza. Alhamdulillah. Itulah, harga emas beransur-ansur makin tinggi. Kalau dulu harga cincin belah rotan simple setakat beratus. Sekarang silap-silap boleh cecah seribu. Memang pelaburan yang berbaloi. Banyaknya free gifts Nieza dapat.
ReplyDelete