As Salam
Alhamdulillah dah seminggu lebih aku consistant untuk naik tangga lepas touch card dan naik ke LRT. Setiap hari tu aku hanya buat setiap pagi dan hanya masa nak naik ke LRT je. Lepas tu aku naik escolator aje sebab nak elak dari berpeluh. Kang rasa tak selesa pulak. Balik kerja aku turun guna escolator tapi berjalan. Tak berdiri tunggu escolator bawak sampai ke bawah. Ini antara gambar dari video yang aku nak share dengan korang.
Ini gambar dari screenshot video hari Jumaat 2 minggu lepas.
Aku mula dari hari Jumaat 2 minggu lepas.
Mujur la setiap kali aku sampai dekat area ni, memang takde
siapa guna tangga ni kecuali aku. Jadi senang la nak rekod.😁
Aku siap amik video kome...
Ini gambar screenshot dari video hari Isnin dari stesen KL Sentral.

Hari Selasa Hata dapat WFA.
Jadi dia hantar aku dekat stesen LRT Taman Melati.
Ini gambar screenshot hari Rabu.
Aku baru jumpa function dual camera masa on video dekat fon ni kome. Dah dekat 6 bulan guna baru jumpa function tu sebab nama function ni dekat option lain selain dari default video. 😆
Hari Rabu aku pakai lagi satu tudung bawal yang blogger Cie bagi. Hata macam terkejut sikit sebab aku dah lama sangat tak pakai tudung polkadot. Dolu-dolu ada tudung polkadot ni. Tapi jenis kain macam satin tu. Tudung tu aku dah sedekah dah dekat recycle box. 😁
Semoga aku terus istiqomah dalam buat aktiviti ni. At this age memang saknika benda nak kena jaga. Dalam berjaga pun ade jugak yang terlepas pandang. 😁.
Hari ni buat apa kome?



Kalau ada orang pun boleh je rakam... Rakam-rakan ni dah jadi new normal....
ReplyDeleteHahaha..Malu lah..Kahkahkah
DeleteSelalu nampak Nieza cakap saknika tu bahasa kelantan ke perak? Yang ZA polkadot ni cotton jadi selesa la pakai.
ReplyDeleteSaknika benda tu kira mcm bahasa harian org perak. =D
Deletebgs exercise naik turun tgga tp kalo penat kena guna escalator aje
ReplyDeleteAgreed sis.Buat mana yg mampu je.=D
Deletebagus nya nieza rajin naik tangga!! MZ pun suka la polkadots lately, ni baru jer beli 2 helai tudung polkadots, lom rasmi pakai lg
ReplyDeleteIye sis.Sy buat mana yg mampu je. Janji ada buat =D
DeleteAkak kalau naik LRT boleh la naik tangga..MRT de tangga macam ni kat Muzium tu..akak nak buat gak tapi akak buat kat opis..kalau pergi mana- mana tingkat contoh level 8 ke level 10 akak naik tangga...x selalu buat la sehari 2-3 kali
ReplyDeleteNaik tangga ofis pun ok jgk tu sis.Dpt jgk almost 100 steps =D
DeleteBaguuuus kak, jaga agar konsisten. Saya suka juga lewat tangga begini. Apalagi jika blm banyak bergerak di hari itu. Memilih lewat tangga supaya bakar kalori 😄
ReplyDeleteThx dear =D
Delete