As Salam
Hari Sabtu, Lepas Asar kami keluar rumah semula sebab Hata nak main baseball in cage dekat Melawati Mall. Kenapa tak pegi terus masa lepas Ammar potong rambut? Sebab aku nak suruh Ammar mandi dulu lepas potong rambut tu & kami tak nak solat Zohor dekat mall.
Bayar RM10 untuk 20 biji bola.
Tempat ni tepi laluan so orang boleh tengok kita pukul bola.
Waktu ni aku sedih sebab semua bola aku tak dapat pukul.
Aku kan lefthanded. Bola pulak pegi alik kanan.
Mana maunya kome.
Menunggu dalam 10 minit untuk 1 team ni habis main.
Hata la syok. Habis 20 biji bola dapat dipukul.
Hata cakap puas hati dapat pukul bola-bola tu semua. 😁
Lepas main, kami turun ke PADINI. Dieorang tengah buat SALE. Ade seluar cargo baggy yang aku berkenan harga tengah SALE. Dapat la 2 helai untuk aku, sehelai untuk che mek dan sehelai baju kerja Hata. SALE jugak. Lepas membeli, kami order ZUS Coffee dekat apps then minum dekat level 4 ke 3.
Aku order 3 je. Aku & Hata share.
Habis minum air, kami pun gerak balik la kome. Walaupun aku tak puas hati sebab tak dapat pukul bola, tapi aku puas hati sebab dapat grab SALE seluar jeans baggy cargo dekat PADINI. Sekarang ni aku memang dalam mood seluar jenis-jenis macam tu.😁
Tapi aktiviti kami tak sampai disitu sahaja ye kome. Lepas maghrib tetibe je Hata ajak kami pergi 1 tempat ni. Kemana? Tunggu aku share.





wahh beria tu hata main pukul2 bola heheh mesti fun sgt
ReplyDeleteIye sis.Semangat betul dia =D
DeleteAiiiih teringin nak cobaaa 😍😍. Dulu sukaaa olahraga batting nih, zaman sekolah. Dah lama tak main, tak tahulah masih bagus refleks memukul atau tak 😂.
ReplyDeleteJenis celana cargo nih saya pun sukaaaa. Memang nyaman utk jalan Dan traveling.
Brand padini pula salah satu fav saya. Sayang tak masuk Indonesia brand ini. Jadi saya beli biasanya saat sedang di Malaysia
Nnt time dtg M'sia kena singgah. Waktu tu mesti ada year end sale =D
DeleteNyesal pulak tak masuk Padini minggu lepas Cie pi MM jugak.
ReplyDeleteAduhai.Dieorg tgh sale waktu tu. xpe..Dieorg selalu je ada sale cuma kena tgk outlet =D
DeleteBest plak tgok aktiviti ni...
ReplyDelete