As Salam
Hari Rabu yang lepas jam 7.15 pagi Hata dah gerak ke Monkey Canopy dengan ofismate Hata. Jam 8.20 pagi sampai sana. Bos Hata ajak main golf dekat sana. Tapi last minit bos tu tak dapat join pulak. Jadi yang ada hanya staff aje la seramai 7 orang - semua lelaki. Lepas habis 100 biji bola memasing pun balik tak singgah minum ke apa. Tapi jam 12:00 tengahari jugak baru Hatasampai dekat rumah.
Aku dekat rumah ni jam 10:00 pagi baru start masak untuk breakfast & lunch sekali. Masak simple aje kome. Lempeng cicah kari ayam. Lempeng ni Ammar yang request. Katanya dah lama tak makan lempeng. AKu layankan aje la sebab bukan susah pun nak prepare. Bahan-bahan aku simple je. Tepung gandum, sebiji telur, garam sikit, air. Lepas tu aku BLEND aje kome. 😁. Masak atas pan. Kalau nk keliling lempeng tu crunchy sikit, aku letak minyak masak sikit masa masak tu.
Lempeng cicah kari ayam & kentang.
12:00 tengahari Hata sampai rumah aku suruh Hata makan lempeng ni jugak. Hata makan lempeng cicah kari ayam..Dah habis makan dengan kari ayam, Hata makan pulak lempeng dengan nutella.
Lepas Zohor aku & Hata ke Mr.DIY dekat M3 Mall. Nak beli barang sikit. Kami pergi naik motor je sebab nak cepat & aku pun takde rasa nak beli benda lain selain dari barang dekat Mr.DIY. Sebelum keluar dari M3 Mall, kami singgah Kaiju untuk beli corndog untuk kids. Lepas tu kami kemana? Nanti aku cerita.
Kemana kome hari ni?

Hari ni bkfs dengan blogger sislin & carney kat tgsk.. pastu lunch smp ptg layan k-drama back to back 😅
ReplyDeleteWahhh..best ni breakfast dgn blogger2 =)
DeleteMelepak di rumah je hari ni. Tengahari je keluar cari makan.
ReplyDeleteSama la..X gi mana yang jauh2 =D
Delete16 September duduk rumah sorang sorang.. sebab wife kena outstation dari isnin dgn selasa so dia lajak terus sampai hari khamis sekali semua anak2 dia angkut.. Duk rumah sorang2 pastu member call ajak mancing terus on hahaa..
ReplyDeleteWah...best jgk gi mancing..janji ada bwk blk ikan =D
Delete16/9/26 kena kerja sebab staf training.Dapatlah cuti ganti nanti.
ReplyDeletedpt cuti ganti tu yg best walaupuin kene keje on PH =D
DeleteHari Malaysia ari tu akak lepak je kat rumah..tgok movie kat netflix
ReplyDeleteSamala sis..Tak pegi jauh2 pun =D
Deletesedapnya lempeng tuuu
ReplyDeleteBetul tu sis...Kenyang kami =D
Delete