IKAN CENCARU SUMBAT

As Salam

Disebabkan hari tu nampak sis Tot rasanya masak ikan cencaru sumbat. Aku pun teringin jugak kome. Lagipun memang dah lama tak makan menu ni. Jadi masa dekat Giant aku beli 3 ekor ikan cencaru size sederhana. Tukang siang ikan tak siang size ikan yang aku amik. Aku OK je sebab ikan ni tak bersisik. Cuma kena berhati-hati masa belah dari atas kepala ikan ni.

Dari giant, kami ke kedai runcit dekat Taman Melati sebab aku nak beli kelapa parut. Tak jumpa pulak dalam giant tu. Nak beli sikit memang tak dapat la. jadi kena beli sebiji RM4.00. Pakainya sesenduk nasi je. 😁. Siap menu aku. Aku masakkan kari ayam letak kentang untuk anak-anak. Lepas tu goreng je kentang & baki terung buat sayur.
Siap menu late lumch sebab dalam pkol 4 petang baru makan. 

Aku masak dulu sambal, lepas tu baru letak kelapa parut & disumbat kedalam perut ikan. Lepas tu goreng. Dalam kari ayam tu aku masukkan jugak 2 biji telur rebus sebab risau anak-anak tak cukup lauk. Anak-anak amik telur rebus tu sebiji seorang baru amik ayam. 😁

Hari Sabtu tak keluar kemana sebab Hata mengemas bilik menjahit. Ada banyak storage box yang nak kena sorting semula. Hata disburst semua hasil kerja design dia yang disimpan dari rumah lama. Mintak tolong anak-anak koyakkan kertas, mana-mana costume lama-lama taua yang pakai sekali tak nak pakai dah kami letak dalam plastic untuk dikitar semula.

Ada 2-3 paperbag yang masih elok aku tak buang sebab plan nanti boleh guna untuk letak hadiah ke apa ke. Tak perlu beli yang baru dah sebab yang jumpa ni pun masih elok dan ada yang tak guna lagi. Hata berjaya kosongkan 6 pcs storage box. Ada 3 plastic sampah hitam size XL yang berisi sampah berjaya dikumpulkan. 

Buat masa ni rumah aku udah macam rumah lama semula. Hanya ada lorong pejalan kaki je dari pinmtu masuk nak ke ruang tamu dan bilik. Nak iron baju pun kena dekat tepi meja makan sebab bilik menjahit tak boleh masuk. Allahuakbar. Apa jugak lagi la yang kami simpan kan? Tapi elok jugak Hata buat clearance macam ni. Sebab masa nak akhir-akhir pindah dulu kan kalut dengan Hata outstation, ulang alik KB untuk arwah FIL. Sekarang ni bila dah betul-betul set time dan takde aktiviti keluarga. Baru boleh fokus. Aku nampak ade 2 storage box tulis barang menjahit. Itu aku kena check semula nanti.

Seronok tengok bilik menjahit aku semakin lapang. 😁

Esok cuti..Kemana kome?

11 comments:

  1. Esok akak nak kemas rumah...lepas tu masak as usual la...then nak declutter baju2 lama...supaya boleh beli baju baru..eh...hahahaha..sedapnya ikan cencaru sumbat belakang...ajom la buat esok erk..

    ReplyDelete
  2. Eh, terjangkit kita ya, masak cencaru sumbat juga. Tapi lain sikit, Nieza guna kelapa parut. 😋
    Selamat bercuti esok, Nieza. Tak pi mana kot, lepak rumah saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye.Kalau blogger up gmbr mknn sy mmg mudah terpengaruh..Hahahah

      Delete
  3. Tu la kan teringin jugak nengok ikan cencaru sumbat tu.

    ReplyDelete
  4. Cuti esok tak tahu nak ke mana, dengan jerebu makin meningkat harini. Tapi kita ajak husband makan pizza, mengidam pulak hahha.

    Jemput join saya punya segmen. https://beehaazman19.blogspot.com/2026/09/segmen-mencari-blogger-aktif-2026.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh..Pizza pun sedap jgk tu. Thx for your invitation. In Shaa Allah. jab lg sy join =D

      Delete
  5. Nieza berjangkit dgn Tot buat ikan cencaru sumbat, yg PH ni masak telur puyuh + kentang + terung yg Nieza masak hari tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah..Ngam.Kita ni mmg mudah terpengaruh bila blogger lain up entry menu mknn. Tambah2 menu yang dh lama kita x makan...=D

      Delete
  6. saya tak reti mkn ikan cencaru... part declutter tu..best bila dh clear dan dispose brg2 yg tak dipakai. i nak kena cari masa jugak utk declutter ni

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.