MENU SIMPLE JANJI KENYANG

As Salam

Ada satu hari tu aku rasa malas nak pergi makan malam dekat luar. Aku nak lepas dinner, basuh pinggan & boleh duduk dekat sofa sambil tengok TV. Aku tak nak lepas makan, masuk kereta & mengadap jalan raya untuk sampai ke rumah. Jadi aku cakap dengan Hata aku nak dinner dekat rumah je. Masak yang simple-simple janji semua boleh makan.

Jadinya balik kerja kami singgah kedai runcit beli telur & daun kari. Sampai rumah che mek dah defrost ayam. Hata masak kari sardin. Aku potong dan goreng ayam kunyit. Goreng telur dadar & potong kobis untuk buat ulam.
Kari Sardin, ayam goreng kunyit, telur dadar & ulam kobis.

By 7:35 malam kami dah selesai makan siap package basuh pinggan & clearkan meja. Lepas tu aku dah boleh relax sekejab sementara nak solat maghrib. By 8:30 malam dah boleh lepak atas sofa, tengok TV sambil makan mamee. 😁

Setenang ini je yang aku nak hari tu. Takde terkejar-kejar nak balik rumah. Kadang-kadang kita nak bertenang-tenang je selepas penat seharian dekat ofis. Ammar pun nak bertenang-tenang jugak sebab dia sampai dari SRA pun lebih kurang dalam jam 6.10 petang sama dengan aku. 

Korang pernah rasa apa yang aku rasa?😁

Esok dah koje kome. 😁

11 comments:

  1. Cie pun jenis dinner awal. Kalau hari anak tuisyen sebelum Maghrib dah dinner. Kalau tak, lepas Maghrib dah dinner. 8pm tu dah santai2 je.

    ReplyDelete
  2. Cie pun jenis dinner awal. Kalau hari anak tuisyen sebelum Maghrib dah dinner. Kalau tak, lepas Maghrib dah dinner. 8pm tu dah santai2 je.

    ReplyDelete
  3. pernah je...dan selalunya puas hati kan? eh..dah banyak kali nampak orang share kari sardin..nak buat la..tapi suami mintak sambal sardin plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.Haaa..Kena buat 2 jenis la gitu sis.Sambal & kari sardin.dua2 masak yg tin kecik =D

      Delete
  4. selalu sangat rasa gini Nieza.. plan asal lepas maghrib nak dinner diluar tapi menjelang nak azan maghrib plan betukar. Sila tapau je dari kedai di sebelah lorong rumah tu, kita makan je santai-santai kat rumah.

    ReplyDelete
  5. Makin berusia nih, saya dah makin tak nak mengejar Macam2 kak. Maunya santai saja 😂.

    Contohnya traveling lah. Dulu kalau travel saya buat ITIN bisa padat maksimal. Tak nak bazirkan masa. Tapi kalau sekarang, sesantai mungkiiiin kalau bisa 🤣

    Ada kalanya saya lebih memilih santai di hotel, menikmati fasilitas hotel, malas kemana2, makan pun di hotel 😄. Padahal dulu pengen eksplor sebanyak mungkin.

    Mungkin kita dah sadar diri juga, usia tak macam dulu 😄. Jadi lebih ingin santai menikmati hidup

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.