As Salam
Hari Khamis tu balik kerja hujan. Jadi Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Sampai rumah letak bag semua dulu then dalam jam 6.20 petang kami berempat berpayung la jalan kaki ke kedai mamak diatas sebab Hata fikir kalau hujan ni susah nak dapatkan parking.
Sampai-sampai terus order. Teh o ais untuk che mek, milk shake chocolate untuk Ammar. Lepas tu aku order mee rojak, che mek order kuey teow goreng dan Ammar amik nasi campur. Nak minta Ammar buat comparison. Mana lagi OK. Nasi campur dekat Q Bistro atau sini.
Chocolate Milk Shake.
Ammar cakap nasi letak kuah kari ayam dan kuah madu dia biasa je. Sedap lagi gabungan tu dekat Q Bistro. Ayam gorengnya Ammar suka. jadi lulus ke idak kalau nak makan nasi dekat sini? Jawapan dia adalah 50/50. 😆
Aku order mee rojak. Not bad. Boleh makan cuma takde kentang.
Lepas dinner singgah Giant Mini beli carrot, capsicum dan nenas dalam tin sebab nenas sebiji takde stock dekat Giant Mini tu. Aku nak mintak Hata masakkan ikan siakap sweet sour untuk dibawa bekal hari Jumaat.
Sampai rumah jam 7.20 malam. Lepas semua mandi & solat maghrib, che mek tunjuk 1 paperbag. Katanya kawan kelas dia yang pernah datang ke rumah kami beraya yang bagi. Bila buka paperbag tu terkejut aku sebab banyak yang dia bagi.
Alhamdulillah rezeki che mek. Dapat notebook, ramen, ferrero rocher, snack top & cermin stand tu.
Aku bagitahu che mek. Nanti time birthday dia kena balas jugak la yang berbaloi. Che mek cakap dia dah bagi dah masa birthday kawan ni beberapa bulan yang lepas. Che mek bagi dia hoodie & 1 lagi barang lain. Lepas che mek cerita tu baru aku teringat kome. Memang che mek ada beli barangan tu. memang che mek ada cerita dia nka bagi hadiah pada kawan. Cuma aku je tak ingat kawan yang mana. 😁
Apa pun harga dekat nasi kandar stadium ni pada aku murah sikit dari Q Bistro. 😁



terliur tgk air tu
ReplyDeleteHahahah..Manissss =D
DeletePH baru sekali makan di Nasi Kandar Stadium ni. Satu company dgn Q Bistro juga rupanya ye
ReplyDeleteLahh..Iye ke...Sy pun baru tahu ni =D
DeleteSelamat mendinner
ReplyDeleteTerima kasih =D
DeleteSedapnya choc milk shake tu segar je tekak lepas sedut tu.
ReplyDeleteIye.Tapi manisss ni =D
DeleteManis ye..sesekali boleh la layan kan..jangan selaluuuuuu....
ReplyDeleteAgreed =D
Deletewah..rezeki cek mek tu..Alhamdulillah..
ReplyDeletebetul tu, orang berbudi, kita berbahasa...
eh betul ke ye?? hahaha
Alhamdulillah..Betul dh rasanya tu =D
Deletemacam dah lama tak pergi pasar malam..sebab balik kerja, rasa kenyang je.. haaha
ReplyDeletebagus mcm tu linda.Pasar mlm ni mcm kedai ECO. Rambang mata semua nk rasa =D
Deletei lom sempat singgah la restoran nasi kandar stadium yg kat sri gombak tu...sbb my cheat day sehari jer seminggu so limited lah tmpt yg i boleh gi mkn hahaha
ReplyDeleteMaksudnya 1 hari cheat day nnt kena gi try mkn sini sis =D
Delete