As Salam
Hari Isnin Hata kena ke ofis di Selayang. Balik dari ofis dekat Selayang, Hata terus amik aku dekat LRT Taman Melati. Masa sampai dekat depan sekolah rendah Taman Melati tetibe enjin kereta MATI. Start sekejab lajak ke depan sikit untuk ketepi lepas tu mati semula. Lama jugak kami berdua duk dalam kereta sebab nak tunggu jalan lengang sikit. Lepas tu Hata start enjin, aku masukkan gear. Kereta looks like boleh start enjin tapi tak boleh slowkan enjin untuk masukkan gear.
Alhamdulillah Hata berjaya drive kereta sampai ke parking lot rumah tanpa berhenti. Risau betul waktu ni. Bila Hata hantar video pada mekanik, mereka syak alternator atau pun compressor. Jadi dari hari Selasa sampai Jumaat nanti, anak-anak kena naik van ke sekolah. Hata pulak ke ofis dekat Selayang naik motor. Hari minggu baru dapat hantar kereta ke bengkel sebab sepanjang Hata dekat Selayang memang akan balik lewat sampai bengkel pun dah tutup.
Memandangkan ofis Selayang tu amik masa perjalanan dalam 10 minit kalau drive & almost 30 minit bila naik motor sebab Hata ikut jalan lain selain dari MRR2, jadi lepas anak-anak naik van, aku sempat la buat sarapan ringkas untuk kami berdua bersarapan sebelum keluar rumah jam 7:30 pagi. Day 1 aku buat telur rebus, day 2 aku buatkan indomee & Ammar pun bawak bekal indomee ke sekolah.
Hari Isnin aku memang plan nak masak spaghetti carbonara je sebab stock semua ada dekat rumah. Dah siap kuah, sambil tunggu spaghetti masak, che mek pulak nak sagoo gula melaka...
Dinner with spaghetti carbonara & sagoo gula melaka.
Aku masak separuh je dari sepakert yang dibeli.
Tinggal sesenduk je baki lepas makan malam tu. 😁
Spaghetti carbonara ni aku guna yang dalam tin jenama Prego je.Lepas tu aku add on fresh milk, blackpepper, cheese slice & serbuk perasa sikit.
Walaupun hati tengah gusar fikir tentang kereta, tapi makan tetap kena makan sampai kenyang. 😀.Harapnya kos repair kereta nanti idak le over dari budget kami.
Esok dah Jumaat kome. 😁



Cemas berdebar sungguh bila enjin kereta tiba-tiba mati. Pernah alami, berdebar sangat sebab mati di jalan yang sibuk area Seri Kembangan. Lorong tengah pulak tu.
ReplyDeleteMoga kos repair nanti mesra poket.
Betul tu sis.Mmg seriau kalau jadi waktu keluar =)
DeleteAlamak..benda macam ni la akak x suka..bukan kereta awak je..kereta akak punnnn...dah la mileage dah hampir 200k dah..jalan jauh kan..
ReplyDeleteByk jgk dah mileage tu sis =)
Deletesebab mula- mula keluar kereta tu kan buat Grab...lepas tu ulang alik KL-Seremban ngan travel jauh2...maunya x banyak mileage...
DeleteKereta saya pun buat hal...tiba2 mati dekat simpang...x boleh start langsung...kereta tu masih lagi parking belum jumpa pomen lagi...huhu bertabah la...
ReplyDeletesama la kita sis...=(
Deletememang risau bila keta buat hal..Allahuma yassir utk nieza dan hata, moga dpt setel cepat repair keta tu
ReplyDeleteAmin.Thx sis =D
DeleteLamanya tak buat sagu gula melaka.
ReplyDeleteSama la.Sy pun dh lama x buat. Buat ni renyah jgk =D
Deletebab kereta ni.. memang pening kepala lah.. moga takde la rosak yang serius..aamin
ReplyDeleteIye.Amin.Thx Linda =)
Delete