As Salam
Aku rasa tajuk entry aku ni terlalu berterus terang. 😂
Hari Jumaat minggu lepas ofismate aku ajak aku lunch dekat kedai Chinese Muslim block belakang ofis aku ni. Mula-mula aku macam malas nak join sebab nasi lemak pagi jumaat tu masih ada sebungkus aku bawak ke ofis. Tapi entah apa la yang dia ayat aku ni sampai aku setuju untuk join.
Masa sampai dekat meja makan yang mana 2 ofismate aku yang lain dah sampai dulu, aku nampak meja aku dah ada semangkuk mee tarik / mee hiris soup dengan hirisan daging. Ofismate cakap chef silap dengar dan terbuat 2 order yang sama. Jadi dia letak dulu dekat meja kot-kot aku nak amik je order ni walaupun at the first place aku nak amik nasi & lauk yang mereka dah siap letak dalam mangkuk.
Tapi bila nampak makanan tu, aku terus rasa malas nak amik nasi sebab kedai ni adalah pertama kali aku pergi. Jadi aku tak tahu harga semangkuk lauk yang dijual. Untuk tidak terkejut dengan harga semangkuk lauk-pauk yang ada, aku kira macam amik langkah selamat dengan terima je mee tarik beef soup tu. Portionnya banyak kome.
Inilah mee tarik / mee hiris yang aku makan.
RM12.90
Kenyang berdooh aku makan ni kome. Aku tak dapat habiskan. Mungkin aku berjaya makan suku aje dari semangkuk ni. PAda aku kuah dia OK. Cuma rasa daging tu aku tak boleh terima. Ntah la.Tak kena dengan tekak aku. Daun pudina yang macam sejambak tu, ofismate aku amik & makan. I cannot eat la that pudina. 😆. Atas daun pudina tu aku tak tahu sambal apa. Tapi bila digaul semuanya. Rasanya OK je. Aku tak kata sedap dan tak kata tak sedap.
Yang pasti aku mungkin tak akan makan lagi menu ni dekat kedai tu. Kalau datang lagi mungkin aku nak try nasi dan lauk pauk yang mereka dah sediakan. Dulu ada 1 kedai mee tarik muslim dekat food court Giant batu Caves ( Sekarang dah jadi TF). Anak-anak & Hata suka makan dekat sana. Sejak Giant dah jadi TF. Kedai tu dah takde & kami pun dah lama tak ke TF.
Korang suka mee tarik / mee hiris yang macamana? Soup or dry?

Kak SA suka dua2...soup and dry tapi nak kena tgok betul2 menu...kalau makan aje sebab dah order, takut turn off...tp mee tarik Nieza tu nampak sedap
ReplyDeleteofismate sy 3 org mkn smp licin sis..=D
DeleteLama tak makan mee tarik.. ada sekali tu time pregnant rajin juga beli tapi lepas dah bersalin tu dah tak minat dah mee tarik. Pembawakan budak je kot :D
ReplyDeleteWow...Rare ni baby suka mkn mee tarik masa dlm perut=D...
Deletelama tk mkn mee tarik..suka dua2 yg soup and dry..jrg mee tarik ltk daun pudina
ReplyDeleteitu la tu.kedai ni letak daun pudina =D
DeleteSuka yang soup. Kalau nasi goreng dia pun sedap juga.
ReplyDeleteOwhh...nnt bleh la try nasi goreng dia =)
DeleteKalau rasa daging tak kena tekak, mungkin lain kali nasi dan lauk pula lebih selamat untuk dicuba.
ReplyDeleteBetul tu =)
Deletegambar nampak menarik. saya pun tak pernah lagi makan mee tarik. kena cuba juga ni
ReplyDeleteKalau nk try kena gi berdua utk share. Portion bleh tahan byk jgk =D
DeletePernah 1x je makan mi tarik. Sedap jugak yang Cie order tu. Portion memang banyak jenuh nak habiskan.
ReplyDeleteSy mcm kurang sikit la mee ni..=D...Betul tu.Portion mmg byk,. =)
DeleteDaun pudina tu, boleh terima kalau dekat ubat gigi je.. hahaha..atau pun gula²
ReplyDeleteAgreed.Hahahaha
Delete