MEE TARIK - CANNOT ACCEPT

As Salam

Aku rasa tajuk entry aku ni terlalu berterus terang. 😂

Hari Jumaat minggu lepas ofismate aku ajak aku lunch dekat kedai Chinese Muslim block belakang ofis aku ni. Mula-mula aku macam malas nak join sebab nasi lemak pagi jumaat tu masih ada sebungkus aku bawak ke ofis. Tapi entah apa la yang dia ayat aku ni sampai aku setuju untuk join.

Masa sampai dekat meja makan yang mana 2 ofismate aku yang lain dah sampai dulu, aku nampak meja aku dah ada semangkuk mee tarik / mee hiris soup dengan hirisan daging. Ofismate cakap chef silap dengar dan terbuat 2 order yang sama. Jadi dia letak dulu dekat meja kot-kot aku nak amik je order ni walaupun at the first place aku nak amik nasi & lauk yang mereka dah siap letak dalam mangkuk.

Tapi bila nampak makanan tu, aku terus rasa malas nak amik nasi sebab kedai ni adalah pertama kali aku pergi. Jadi aku tak tahu harga semangkuk lauk yang dijual. Untuk tidak terkejut dengan harga semangkuk lauk-pauk yang ada, aku kira macam amik langkah selamat dengan terima je mee tarik beef soup tu. Portionnya banyak kome.
Inilah mee tarik / mee hiris yang aku makan.
RM12.90

Kenyang berdooh aku makan ni kome. Aku tak dapat habiskan. Mungkin aku berjaya makan suku aje dari semangkuk ni. PAda aku kuah dia OK. Cuma rasa daging tu aku tak boleh terima. Ntah la.Tak kena dengan tekak aku. Daun pudina yang macam sejambak tu, ofismate aku amik & makan. I cannot eat la that pudina. 😆. Atas daun pudina tu aku tak tahu sambal apa. Tapi bila digaul semuanya. Rasanya OK je. Aku tak kata sedap dan tak kata tak sedap.

Yang pasti aku mungkin tak akan makan lagi menu ni dekat kedai tu. Kalau datang lagi mungkin aku nak try nasi dan lauk pauk yang mereka dah sediakan. Dulu ada 1 kedai mee tarik muslim dekat food court Giant batu Caves ( Skearang dah jadi TF). Anak-anak & Hata suka makan dekat sana. Sejak Giant dah jadi TF. Kedai tu dah takde & kami pun dah lama tak ke TF.

Korang suka mee tarik / mee hiris yang macamana? Soup or dry?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.