As Salam
Kipas sebelum ni ade je. Tapi aku nak cari yang lebih senyap. Yang sedia ada brand goojodoq tu selama setahun pakai ni, macam makin bising berdesing bunyinya walaupun pada speed yang pertama.
Cerita asal macamana aku boleh rasa nak beli brand Jisulife ni pulak adalah apabila aku terbelek gambar-gambar lama masa kami ke HCMC. Ade 1 gambar kami selfie 4 orang. Aku baru perasan dekat dada roomate aku tu ade benda tergantung nampak macam DSLR . Bila aku zoom in, baru la aku perasan yang tergantung tu adalah handheld fan dia. Memang waktu dia pakai aku tak perasan langsung sedangkan kami selalu je berjalan sebelah menyebelah. Senyap je bunyi kipas ni. Jadi dari situ la aku tertarik.
Esoknya masa dekat ofis aku tanya roomate tu dia pakai kipas brand apa & series mana yang dia beli. Dia pun bagitahu aku brand & series yang dia guna. Masa aku tengok dekat Shopee, harganya hampir cecah RM90.00. Agak mahal la pada aku. Lepas tu aku tengok dekat Tiktok shop mahal jugak. Last sekali aku tengok dekat Lazada. Dah agak lama aku tak membeli apa-apa dari Lazada. Kali ni masa tengok harga kipas ni dalam RM80.00. Aku biarkan lagi...Lepas tu masuk sekali lagi dekat Lazada dan waktu tu harganya kurang dari RM65.00. Terus la aku check out kome. Mungkin tengah flash sale kot kan? Tak pun SALE 10:10.
Aku dapat parcel 5 hari kemudian. Lama jugak nak tunggu. Macam biasa aku memang buat COD dan bila dapat notification barang dah sampai Batu Caves, esok paginya aku letak sampul dalam mailbox.
Inilah yang aku beli... Jisulife Handheld Fan 7
Macam biasa dapat buku instructions, USB cable type C & tali penyangkut.
Boleh tahan besar jugak kipas ni.
Tapi masa dekat level 1 & 2, bunyinya tak sekuat kipas yang lagi satu.
Aku pilih battery yang 5000mAh warna grey.
Selain dari ini ada jugak yang 3900mAh.
Harga jer berbeza. Series ni ada 3 warna. Hitam, grey & pink.
Boleh dilentok ke depan...
Dan dilentok kebelakang macam huruf L.
Bila dah pakai, kipas ni akan jadi macam ni.
Kita boleh adjust tinggi rendah tali kipas ni ikut keselesaaan kita.
View dari depan muka. Button tu adalah button untuk adjust speed level yang kita nak. Kalau ditekan lama-lama, kipas ni akan switch off.
Main on off switch ada dekat belakang button tu.
So far aku puas hati gunakan kipas ni. Nanti sambil berjalan tak perlulah aku pegang ditangan. Hanya gantung ditengkuk dan tangan aku bebas bergerak. Hanya pegang fon sahaja. Mungkin. 😁. Harapnya kipas ni berfungsi dengan baik sepanjang aku dekat sana nanti.
Kipas ni bukan sahaja akan digunakan semasa company trip ni. Tapi ia akan terus digunakan selepas ni dan memang akan jadi penghuni tetap dalam bag kerja aku. Kadang-kadang memang diperlukan masa tengah menunggu LRT sampai. Kadang-kadang bila penumpang dah ramai, aircond dalam LRT tak terasa sangat. Jadi harapnya kipas ni dapat beri kerjasama yang baik pada aku nanti.
Sebelum ni memang aku guna je kipas tangan yang sedia. Tapi tu la..Semenjak dua ni bunyi dia makin berdesing. Malu pulak nak pakai waktu orang ramai. Kalau tempat yang tak ramai orang aku OK je. Kipas tu pun sekarang aku dah bagi pada Ammar. Time diperlukan memang Ammar guna sebab Ammar takde kipas tangan.
Korang ada kipas tangan yang macamana?








Mcm² jenis ada kat rumah ni..tapi, bila nak guna..kipas nya tak bawa.. hahaha
ReplyDeleteHahaha..Gitu la...Time nak beli semedang.Time nk guna tak jumpa aje letak dimana =D
DeleteHa ah... kadang2 bunyi kipas ni kuat sangat kan?
ReplyDeleteItu la tu.Malu la plk =D
DeleteHahaha btul tu, bila bawa kipas yg berdesing bunyi nya auto jadi segan plak nak guna 😅😅 ada juga nmpk kipas brand ni masa mula² keluar dl, mmg bole tahan mahal nya ye hehe.. tp mmg berkenan juga kipas camni.. nak kena riki² harga yg reasonable sket utk poket kita 🙈🙈
ReplyDeleteBeli time sale sis.Mmg brbaloi =D
DeleteSenang ada tali tu boleh sangkut je kat leher. Cie pakai brand apa entah mur mur je kat Shopee.
ReplyDeleteIye.Senang nk brjln =D
Deletewahhh.. nak travel ye. ke mana la tu ek.
ReplyDeleteIye.In Shaa Allah sis.=D
DeleteWell prepared betul ni Nieza :)
ReplyDeleteIye sis.At this age mmg mcm saknika benda nk dibawak =D
Deletebest jugak sbb boleh gantung! famous jugak kan brand ni
ReplyDeleteIye sis fames brand ni. Mujur sy dpt beli time sale =D
DeleteEh bagus juga yaaa. Jadi tak payah pegang 😄. Saya tak pernah bawa handheld fan. Tapi sekarang nih lagi tertarik nak beli fan yang dikalungkan dekat leher, bentuknya semacam earphone , tapi lebih tipis lah. Cuma agak mahal juga
ReplyDeleteDulu2 sy ada yg Dikalung dileher.Tp yang murah2 aja. Cuma masa pindah sudah tak tahu letak dimana =D
Delete