As Salam
Hari Khamis dalam jam 4.57 petang Hata message aku bagitahu yang manager dia dah pergi tinggalkan semua. Sedangkan pada hari yang sama dalam jam 1.25 petang Hata update aku yang doctor dah buat keputusan akan hentikan bantuan pernafasan semalam selepas solat Jumaat. Semua ahli keluarga sudah dimaklumkan dan wife arwah pun dah isi semua borang yang berkaitan. Tak sempat pun doctor buat apa-apa, oksigen manager Hata semakin drop dan meninggal dunia.
Aku yang baca message Hata jam 4.57 petang tu rasa terkejut dan sayu sangat. Bertambah sayu bila mengingatkan salah seorang anak arwah adalah anak special. Jadi hari Khamis lepas waktu kerja kami bungkus makanan untuk dinner. Jam 6:30 petang Hata bagitahu yang selepas maghrib, jenazah akan dibawa dari hospital UITM Sungai Buloh ke masjid Puncak Alam.
Jadi jam 7:50 malam, kami sekeluarga bergerak ke masjid Puncak Alam yang mengambil masa selama 55 minit. Sampai masjid orang dah ramai. Hampir 100 orang sedang baca doa dan surah yassin untuk arwah. Hata & Ammar terus join team detective conan dia. Aku & che mek duduk dikalangan muslimah alik belakang sikit.
Selesai berdoa, ahli keluarga bukak keranda dan kain yang menutupi arwah untuk tatapan terakhir. Hata pilih untuk pergi hari Khamis sebab semalam Hata balik KB seorang. Ada hal nak kena selesaikan dekat KB. Aku dan anak-anak tak follow sebab Hata balik naik flight. In Shaa Allah esok petang Hata balik KL semula.
Gambar ni waktu para tetamu menatap wajah arwah buat kali terakhir.
Aku tak pegi tengok sebab ramai kaum lelaki disekeliling arwah.
Sejam kemudian kami pun berangkat pulang. Arwah dikebumikan semalam sekitar jam 11:00 pagi lewat sekitar 3 jam sebab dekat area sana hujan di sebelah paginya.
Semoga arwah diempatkan dikalangan orang-orang yang beriman & diampunkan segala dosa & diangkat segala pahalanya yang ada.Amin.
Al-Fatihah ( Dibaca)

0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.