BILA MALAS MASAK TAPI LAPAR

As Salam

Alhamdulillah semalam dalam jam 7.50 malam Hata selamat sampai dekat umah. Waktu dekat LRT Sri Rampai Hata message dan aku pun get ready la untuk amik Hata dekat LRT naik motor aje kome. Alhamdulillah tak banyak kereta waktu tu. Aku pun dah lama tak bawak motor ke LRT. Selalu gi keje naik motor dengan Hata je. 😁. Actually flight Hata jam 2:00 petang. Tapi delayed sampai jam 3:00 petang. Sudahnya jam 4:00 petang baru boarding. Sampai dekat KLIA Hata decided untuk merasa naik bas. Jimat banyak katanya berbanding naik grab. Semestinya la abe wehhhh..😆

Hari Sabtu aku malas bebenor nak masak kome. Tapi perut ni udah lapo tapi malas nak start motor atau jalan kaki keluar makan. Jadinya masak aje la apa yang ada. Memula aku suruh Ammar turun ke kedai runcit beli santan, serai & cili padi. Bila balik dari kedai, aku tengok cili padi tu majoritynya dah buruk berair. Macam tu pun nak jual RM2.00 lagi sepaket. Aku suruh Ammar turun semula untuk pilih  cili lain. Ammar buat video call. Semua cili sama semua buruk kome. Aku suruh Ammar cari cili padi warna hijau. yang ada warna hijau suku, yang lain dah kuning dan berair. Berapi aje aku nengok gambar-gambar cili tu kome. Sudahnya aku suruh Ammar pulangkan cili padi dan mintak semula RM2.00 aku. Settled. Aku korek-korek dalam peti sejuk. Ada la jumpa baki 2 biji. Aku pakai yang itu aje la. Elok la dari cili padi berair dan busuk dari kedai runcit tu.
Ayam masak lemak & tumis blackpepper cendawan shimeji.

Alhamdulillah kenyang kami 3 beranak. Dalam malas dan berapi tengok cili padi, berasap jugak la dapur ni ha. Dapat la 2 jenis lauk. 😁. Semalam breakfast che mek masak ramen carbonara yang aku beli sebelum ni. Jam 4:00 petang aku goreng jemput ikan bilis segera dari adabi. 

Untuk dinner kami semua makan dekat mamak Syed. Plan asal nak makan dekat kedai nasi kandar stadium. Tapi takde parking. Nak jalan kaki malas & jauh jugak. 😁

Dinner ni rasa macam nak makan ringan-ringan je sebab anak-anak jam 4 lebih tadi dah makan nasi. Aku & Hata tinggalkan duit untuk Ammar dan che mek beli dekat Q Bistro. Hari ni Ammar tak nak pegi sekolah SRA sebab takde buat apa katanya.

Anak-anak korang dah ada yang start ponteng lepas habis final exam?

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.