COMPANY TRIP : DINNER AT BAWANGAN BROMO HOTEL & RESTO

As Salam
Selepas selesai sesi melihat sunset di Seruni Point, kami dibawa makan malam dekat restoran nama Bawangan Bromo - Hotel & Resto. Restoran ni satu jalan balik ke villa. Turun dari bas sejuk semula rasa badan ni kome. Restoran ni restoran dari kayu yang suram je lampunya. Ladybos order menu yang sama samuanya cuma buat 2 - 3 hidangan.
Bos order ayam bakar. Rasanya macam ayam bakar nasi kerabu kelantan.
Ayam dia kecik je tak macam ayam daging. Tapi sedap. Bos pilih yang pedas & kurang pedas. Semestinya group aku pilih yang pedas. 😁
Ikan goreng crunchy. Sedap bila cicah sambal tu.
Tempe goreng celup tepung. Sedap ni makan dengan cili kicap tu.
Pedas cili kicap tu padu.
Ini lauk berkuah daging yang dipanggil Rawon Daging. Sedap ni kome sebab dagingnya lembut empuk yang amat.
Ini pulak macam sup daging kambing. tapi aku tak makan sebab dah kenyang.
Aku order teh o panas kurang manis sebab sejuk. 
Air basuh tangan dekat sinki pun sejuk. 😁
Dalam restoran ni ada dijual kerepek-kerepek ini jugak. 
Tapi aku tengok saje. Tak membeli apa-apa.
Cookies.
Donuts.
Bun ke apa ni aku tak sure.
Bumbung restoran ni tinggi macam ni.
Corner lot dekat meja kami ada deko ini. Ini deko timbul ye kome. 😁

Selesai makan dalam jam 9:00 malam kot. Lepas makan sementara tunggu bigbos bayar, kami bergambar kenangan la sekeping dua dekat luar ni. Tak boleh lama-lama dekat luar ni. Aku kesejukan kome. 😆
Sekeping sebelum berlari naik bas. 😆

Sampai bilik, kami berehat sekejab sebelum memasing mandi, prepare baju untuk aktiviti hari kedua dan kemas luggage siap-siap untuk check out selepas 4 aktiviti disebelah pagi pada hari kedua. Aku rasa hari kedua ni kena buat beberapa entry sebab kami pergi beberapa spot yang menarik untuk bergambar. 😆

Sebelum tidur aku dah siap-siap telan panadol extend sebab badan dah start rasa sengal-sengal. So far makanan dekat restoran diatas sedap dan boleh dimakan. Aku suka ayam bakar pedas tu. 😋

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.