As Salam
Outfit day 2. baju aku ada 5 layer termasuk jacket tu.
2 layer pakai siap-siap untuk ke aktiviti selepas bukit Bromo.
Seawal jam 4:00 pagi aku & roomate dah bangun tidur untuk bersiap ke aktiviti dihari kedua. Kami berkumpul di lobby villa jam 5.30 pagi sebab kami tidak memilih untuk melihat sunrise atas beberapa factor. Bas pesiaran bawa kami dari villa ke satu pit stop dimana disana kami kena naik jeep. Aku pilih roomate untuk naik 1 jeep sekali.
Semua dah siap dengan baju tebal, neck warmer, spek mata & hiking stick.
Plan asal semua nak duduk belakang...Sekali seorang kena duduk depan. Aku pun duduk aje la depan. Seronok jugak sebab boleh tengok view dengan lagi jelas..Pagi ni sejuk ye kome walaupun dah ada matahari. Angin yang bertiup tu memang buat aku rasa tak menyesal pakai baju ber-layer-layer.
With our Jeep driver.
View perjalanan kami ke bukit Bromo.
Yeay!!!!! Dah sampai entrance. Waktu ni driver kena declare ape ntah la dekat guard yang ada. Udah cakapnya bahasa jawa indon.Mana aku nak paham. Kalau cakap bahasa jawa Banjar boleh jugak la aku terkebil-kebil cuba fahamkan. 😆
Dah start dah journey kami di kawasan gunung Bromo.
Suasana yang hanya Allah aje yang tahu perasaan aku waktu tu.
Cantik dia tak terkata kome.
Sepanjang perjalanan aku bukak tingkap. Lepas pintu gerbang tu jalan dah start jalan berpasir dan ada masa angin kuat memang nampak la pasir tu berterbangan macam ribut pasir. Sebab tu aku pakai mask merangkap neck warmer ni. Beli disaat-saat akhir aku beli quick dry towel. RM9.00 aje ni kome.
Selfie sekeping sebelum sampai di pit stop pertama.
Jeep yang kami naik.
Sekeping untuk kenangan. Angin sejuk ye waktu ni kome.
Angin kadang kuat, kadang ok. Ada masa sampai melayang jugak topi acik kebun aku tu.
Sekeping dari photographer.
Group photo...
Group photo lagi...
Actually ada banyak lagi gambar dekat sini. Kami masih menunggu update dari photographer. Selesai sesi bergambar disini, kami ke pit stop yang lain pulak. Masih belum sampai dekat bukit Bromo ye kome. 😆
Dekat sini je ada 2 pit stop sebelum sampai ke bukit Bromo lepas tu ada 1 lagi pit stop sebelum ke look up point yang berikutnya. 😁
.jpg)


















0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.