As Salam
Aku rasa dalam sejam lebih sikit perjalanan ke villa, kami berenti makan dekat sini. Allahuakbar..Panas giler kome. Masa bergambar ada 1 gambar tu aku perasan muka aku merah. Kami order yang simple-simple je. Driver bas persiaran yang bawakkan. Masa kami datang tu takde orang sangat sebab ofismate lelaki aku cerita, drive bas bagitahu, sejak ada highway baru , jadi orang lebih ramai gunakan highway berbanding jalan kampung yang kami lalu ni.
Sepanjang perjalanan nak ke kedai makan ni, majority penduduk sini tanam pokok jagung.
Kami makan disini...Panaih ting ting kome...Hangat pijo kate orang perak. 😆

Kedai tertutup. Tapi takde aircond. Hanya ada kipas.
Itu pun tak berasa sangat. Kena on handfan jugak.
Sementara menunggu order siap, aku tanya pada staff sini ade surau tak? Staff tunjuk surau mereka ditepi kedai ni. Jadi aku pilih untuk solat jamak Zohor & Asar dekat sini terus. Boleh jimat masa waktu sampai dekat villa nanti. Dekat sini waktu Zohor masuk jam 11.15 pagi. Waktu kami sampai ni dah jam 12:00 tengahari.
Surau share lelaki & perempuan. Amik wuduk diluar. Malangnya takde kipas kome. Udah solat macam dalam oven. 😆
Kami makan share 4 orang. Jadi kami sepakat untuk order menu ini. Rasanya ini ayam popcorn masak black pepper.
Telur dadar curah sos sweet sour. Sedap jugak ni kome.

Lepas tu amik tumis sawi ni.
Semestinya ambil ais tea. Tapi rasa dia lain dari air teh o ais dekat KL. Rasa macam lain cuma tak reti nak describe. Sedap jugak la air ni. Boleh mintak level gula biasa atau kurang manis atau kosong.
Lepas makan kami pun bergerak ke villa. Panas masih terasa ye kome. Dalam jam 2.30 petang kami sampai ke villa. Ingatkan sampai villa dah takde apa-apa aktiviti dah. Rupanya ada 1 aktiviti yang bos add on. Kami diberi masa 1 jam untuk letak bag, nak mandi atau nak tukar baju. By 3.30 petang kami semua turun ke lobby untuk ke destinasi berikutnya...
Hari ni dah hari Khamis kome...









0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.