As Salam
Tajuk entry tak nak kalah macamkan nak pegi kutub utara selama sebulan. 😆
Update sebelum fly esok. Harapnya aku sempat update apa-apa story dalam draft yang belum sempat dikongsikan sepanjang aku dekat sana. Takdelah blog ni sunyi sangat kan?. 😁
Flight kami dijadualkan pada jam 9:05 pagi esok (Jumaat - 6 November 2026). Jadi bos mintak kami semua sampai dekat airport jam 6:00 pagi. Aku pulak bila tahu kena ada dekat sana waktu tu, aku plan nak naik ERL Express dari KL Sentral je ke KLIA 2. Sebab kalau Hata nak hantar ke airport, macam terlalu awal dan mungkin akan kalut sebab anak-anak kena bangun seawal jam 3:00 pagi dengan pakaian sekolah. Dari airport Hata kena singgah sekolah hantar anak-anak, lepas tu baru boleh ke ofis. Kalau Hata hantar aku ke KL Sentral takdela kalut sangat Hata nak patah balik urus anak-anak. Aku OK je pergi sendiri ke KLIA 2 tu sebab dah pernah 2 kali naik ERL kesana. Kira macam dah pandai bawak diri la cerita dia ni. 😁
Tapi seminggu ke 2 minggu sebelum fly esok ni, big bos update yang flight kami diawalkan dari jam 9:05 pagi ke jam 8.05 pagi dan bos minta kami berada dekat airport seawal jam 5:00 pagi sebab nak buat group check in dan sarapan pagi bersama. Sama macam masa ke HCMC 2 tahun lepas. Flight kami jam 11:30 pagi. Tapi bos mintak kami semua sampai dekat airport jam 8:30 pagi sebab nak group check in dan bos nak belanja breakfast.
Waktu operasi paling awal untuk ERL Express dekat KL Sentral adalah jam 5:00 pagi. Jadi memang tak dapat la aku nak naik ERL ke KLIA 2 tu. Sudahnya Hata decided untuk "cutikan" anak-anak sebab Ammar pun dah habis exam UPKK & che mek pun takde buat apa dekat school minggu ni dan In Shaa Allah esok pagi jam 3:30 pagi kami akan bergerak ke KLIA 2.
Kali ni lambat sikit aku announce destinasi percutian company trip sebab aku nak make sure tiada perubahan disaat-saat akhir. Atas beberapa issue lain, aku juga nak make sure big bos & ladybos tetap dengan keputusan yang mereka pilih untuk kami. Alhamdulillah setelah diambil kira dari pelbagai sudut dan aspek, big bos teruskan destinasi company trip kami kesini..

Walaupun sejak beberapa bulan yang lepas banyak perkara terjadi kepada Indonesia, tapi tempat yang kami nak pergi ni, Alhamdulillah selamat untuk dilawati. Setakat hari ni, big bos & ladybos takde update sebarang perubahan dalam trip kali ni. Aku dengar travel agent menjamin keselamatan kami dan In Shaa Allah tempat-tempat yang kami akan pergi nanti masih selamat untuk dikunjungi.
Tempat baru ni kome. Sebab tu banyak jugak barang baru yang aku kena laburkan. Walaupun banyak modal yang telah dikeluarkan, aku harap trip kali ni dapat bagi kenangan manis buat diri aku yang dah 40++ ni. Doakan trip aku kali ni berjaya ye kome. Amin.
Sebenarnya bila dapat tahu destinasi company trip tahun ni, aku terus teringat ke blogger Fanny. Adalah beberapa soalan yang aku tanya tentang destinasi ni. Thanks to Fanny sebab sudi melayan soalan aku.. In Shaa Allah nanti kita try set time jumpa dekat Comic Fiesta ye. 😁
Tentang itinerary penuh, nanti aku balik dari Surabaya aku cerita 7 hari 7 malam ye kome. 😁
Sapa yang pernah ke Surabaya? Share sini ye sebab aku nak tahu port mana yang best untuk shopping sebab our last night will be at Surabaya.
Korang tolong doakan perjalanan pergi,perjalanan dekat sana dan perjalanan pulang kami sekeluarga dan semua dipermudahkan dan dilindungi ye.Amin.
See you again on Tuesday. 😁


0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.