As Salam
Aku follower baru blog sis Mulan. Terasa nak join sebab soalan segmen dia membuatkan aku rasa nak share pengalaman dan sebab aku ada blog, mula berbelog dan masih meneruskan penulisan dalam blog.
Alkisah mula-mula ada blog bila tengok sorang dua ofismate dekat ofis ada blog. Bila baca blog mereka & blog kak Diana Ishak, hati ni mula la melonjak melompat tinggi nak ada blog jugak. Maka di pertengahan tahun 2009 aku pun mulakan entry pertama pada 5 May 2009.
Mula-mula aku banyak cerita tentang ilmu photography sebab waktu tu vibe DSLR sangat hipe. Lepas tu slowly cerita tentang kisah peribadi, aktiviti harian, shopping, makan, berjalan, balik kampung dan share kisah family.
Start dari tahun 2019 sampai 2023 aku dah slow menulis blog sebab kekangan masa dan kelengkapan nak menulis blog. Aku jarang update blog dari henfon. Aku lebih suka update blog dari laptop atau PC. Waktu tu update bila ada PC / laptop je. Lepas tu sendu sebab tetibe rasa macam takde idea.
Kenapa aku masih teruskan menulis dalam blog selepas beberapa tahun sendu? Sebab aku suka bercerita dengan bahasa santai dan tak terlalu formal. Dulu blog aku ada nuffnang. Masa tu aku dapat jugak beberapa invitation dari mereka tapi lepas tu aku stop terikat dengan nuffnang.. Dan aku dapat jugak invitation dari Traveloka. Ade jugak jumpa blogger-blogger otai masa tu. Tapi sekarang aku dah tak ingat dah.
Mula dari awal tahun 2024 aku dah active semula sebab aku dah mula dapat rentak pengagihan masa dan dah ada ruang untuk update blog. Alhamdulillah sampai sekarang aktif. Bertambah aktif sejak Google Adsense dah approved. Follower pun makin bertambah walaupun tak rancak. Setakat ni ada 382 followers yang masih sudi follow blog aku dan nak baca cerita aku.
Aku jadi seronok nak update tentang costume-costume cosplay yang aku dah ada. Semangat nak bercerita tentang cosplay competition, cosplay event, cosplay job, hasil jahitan yang aku dah pernah jahit.
Terima kasih pada semua blogger yang masih sudi follow, baca dan tinggalkan komen dekat blog ni. Korang salah satu sebab aku teruskan dunia blogging ni. Seronok ada korang sebab kadang komen-komen korang membantu aku jugak dalam mencari jalan penyelesaian dan kata-kata semangat. Segmen-segmen yang blogger anjurkan pun buat aku teruja nak join dan keep in touch dengan semua.
Wahhhh...Panjang cerita kita ye...
Korang yang belum join lagi segmen ni boleh join sekarang. Cara penceritaan adalah bebas. Klik banner untuk info lanjut.

0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.