As Salam
As per informed. Bermula dari hari ini aku akan banyak cerita tentang persediaan aku untuk company trip kali ini 😁. Kali ni memang ada barangan BARU yang aku kena sediakan sebab trip kali ni memang lain dari yang sebelum ni dan aku pun dah belajar dari "kesilapan" dalam bawak keperluan semasa trip yang sebelum ni.
Benda pertama yang aku fikir masa dapat tahu company trip kali ni adalah macam mana aku nak compact-kan barang-barang yang aku bawak supaya muat dalam luggage. Jadi solusinya aku beli set ini.
2 bulan jugak rasanya set ni duk diam-diam je dalam shopee cart aku sebab nak tunggu harga promo. Actual price almost RM90 and above. Lepas lama memerhati masa yang sesuai dan dapat harga promo terus la aku grab. Dapat la beli dengan harga below RM70. Ok la..Untung more than RM20. Dapat free shipping jugak.
Alhamdulillah, sehari lepas aku check out, esoknya dah terima parcel ni. Trip kali ni kena pilih untuk bawa pakaian yang tebal sikit atau pakai beberapa layer sebab destinasi pertama kami pada hari kedua adalah tempat yang waktu paginya agak sejuk - based on google update tentang cuaca pada date yang kami pegi. Inilah yang aku order dan yang aku dapat. Harapnya dengan adanya set ni, luggage aku akan ada space untuk masuk barang lain.😁
Dalam bag ni ada 18 pcs storage bag.

3 size berbeza dengan 6 pcs setiap size.
Rechargable electric vacuum pump. Kuat jugak bunyinya masa aku test.
Aku test masukkan selimut & vacuum...
Alhamdulillah menjadi.
Alhamdulillah aku puas hati dengan pembelian set ni. Ini adalah kali pertama aku guna storage bag untuk company trip 😁
Korang pernah ada set ni?



