Showing posts with label crochet. Show all posts
Showing posts with label crochet. Show all posts

CROCHET BY CHE MEK : LIPSTICK & LIP GLOSS POUCH

As Salam 

Semalam ada parcel aku sampai dekat ofis. Memandangkan minggu depan baru aku dapat masuk ofis, jadinya aku mintak ofismate aku yang duduk dekat area Keramat AU2 tu untuk bawak balik & malam tadi lepas hantar che mek ke kelas tuisyen aku pergi ke rumah dia untuk amik barang tu. Aku ingatkan aku akan masuk kerja hari Selasa lepas. Tapi tak dapat masuk. Barang-barang dekat shopeeah kan kena click order received dalam masa yang dihadkan. Jadi barang yang aku beli tu kena tengok dulu ok ke idak then baru boleh click order received.

Jadi sebagai tanda terima kasih aku pada ofismate ni, aku mintak che mek buatkan 1 lipstic pouch dari benang kait yang kak TOT bagi. Lepas tu Hata pun ada mintak che mek buatkan tumbler cover untuk dia dan project ni che mek masih dalam process nak siapkan.
Aku mintak che mek buat warna purple sebab ofismate tu pun 
purple lover macam aku 💜
Dari atas nampak macam ni.
Ini untuk size lipstic yang biasa...
Ini pula pouch untuk lip gloss ke lipmatte ke...Versi panjang sikit.
Gini rupanya...
Boleh digantung dekat bag atau handbag.

Alhamdulillah berjaya jugak che mek buat lipstic pouch ni. Che mek baru habis exam week. Itu yang dia lapang sikit untuk buat kerja-kerja craft ni. Sebelum ni dia busy sikit.

Tetibe rasa macam nak suruh che mek buat fon pouch dia dengan tali gantung jadi macam sling pouch. Boleh buat as teachers day nanti. Agak-agak che mek nak layan tak permintaan aku ni?.😆

CROCHET BY CHE MEK : ORDERED

As Salam

Minggu lepas ofismate aku ade tunjuk 1 gambar bantal hasil dari benang kait..Dia tunjuk dekat aku dan nak mintak che mek buatkan keychain untuk dia...Maka balik kerja aku tunjuk la dekat che mek..Che mek bagitahu stock benang kait warna putih dah habis..Jadi kita bawak la che mek ke NINSO untuk stock up...

Hari Khamis che mek tunjuk dia dah dapat siapkan keychain yang ditempah oleh ofismate aku...Ini gambar yang ofismate aku request untuk che mek buat...
Ini kalau kait guna benang yang tebal tu mesti comey giler kan? 😍
Ini pulak hasil yang berjaya che mek siapkan...

Semalam aku pun pass la keychain ni dekat ofismate aku..Mujur la dia suka dengan hasil kerja che mek..Ok la.. Aku harap che mek dapat improve lagi skill mengait dia....Masa dekat Ninso hari tu pun che mek ade add on pin untuk mengait ni..Jarum untuk mengait tu pun che mek ade stock up..Alang-alang NINSO tengah ade SALE, bleh la aku tolong sponsor...Niat nak bagi semangat la katakan...😆

Sehari dua ni aku ade nampak che mek dah slowly pegang balik crochet hand bouquet dia..Slowly dia letak bunga...Lepas tu che mek ade jugak add on benang kait warna kuning & orange untuk buat tempahan itik dari kawan sekelas dia...Ok la..Janji che mek happy & tak buang masa dengan benda-benda lagha...

Ketahuilah bahawasanya hati mak-mak yang bekerja ni memang akan selalu teringat ke anak yang di sekolah, ditaska, dirumah...Nampak je boleh gelak ketawa...Tapi time ibu-ibu ni buat kerja sorang-sorang, mesti dia akan teringat..Kan?

CROCHET BY CHE MEK : HADIAH BIRTHDAY AYAH

As Salam

Masa birthday Hata yang lepas, che mek berusaha nak siapkan birthday gift untuk si ayah..Plan asal nak bawak naik flight sekali dengan kami...Tapi rasa macam banyak pulak barangnya nanti..Aku pun ade belikan 1 hadiah untuk Hata..
Aku belikan Hata coffee cup ni sebagai permulaan hadiah sebab hadiah yang sebenar masih mencari sampai sekarang..Gambar sebenar aku terlupa nak snap..Lagipun Hata dah bawak gi office coffee cup ni..Sebab Hata said dia nak jacket kerja yang baru tapi masih tak jumpa yang sekali pandang terus berkenan...Jadi kita simpan budget jacket ketepi dan tunggu aje la sampai dia jumpa design yang berkenan dan kita belikan..
Inilah lagi hasil crochet yang che mek berjaya siapkan 
sebagai hadiah birthday untuk si ayah...
Ini dari benang size besar dari yang biasa...
Besarkan benang dia..Gebusss...

Hari Ahad kami sampai rumah, che mek & aku terus bagi hadiah ni..Hata bawak hadiah che mek ke Bentong sampai partner Hata tanya kenapa bawak bear ke Bentong..Hata cerita la ini hadiah birthday dari anak...😁

Sekarang che mek masih lagi dalam proses nak siapkan order classmate dia...Progress hand bouquet dari benang kait tu actually dah 70% dah..Cuma che mek stuck / give up masa nak jahit bunga rose disetiap beberapa selang bouquet tu..Jadi dia hold dulu proceed hand bouquet tu...Samalah macam aku masa nak siapkan tentacles si davy jones tu dulu...Seminggu otak aku "jammed" memikir macamana nak cover tentacles yang aku jahit at the 1st layer...Last-last aku buat 2 layer la topeng tu...Alhamdulillah menjadi...Dapat la jadi champion untuk One True Pair Cosplay Competition dekat Comic Fiesta 2022...The Best Moment Ever la kiranya nih sebelum kami slowly kurangkan aktiviti cosplay sebab tanggujawab pada kerja hakiki...

In Shaa Allah kalau sempat Comic Fiesta hujung tahun ni aku & Hata nak cuba siapkn COSPLAN kami...Bulan ni sampai MID of October kot Hata takde outstation mane-mana sebab dia kena incharge virtual pulak..Harap-harapnya adalah masa Hata nak gerakkan project COSPLAN kami tu...

Mula-mula ingat day 1 of Comic fiesta nak recycle costume last year..Sekali tengok 1 gambar ni..Teringin pulak nak teruskan COSPLAN yang terbengkalai 2 tahun lepas..Kain dah ada..Tinggalkan jahit je sebab kain dah siap potong..Masa tu aku tak proceed jahit costume tu sebab nak kena siapkan costume lain...

Costume ape?

Costume tu warna purple watak wanita 😀

Malam ni nak kena kemas bag lagi...Alhamdulillah semua laundry dari Perak & Pekan dah berjaya dibasuh & dikeringkan...Esok lepas kerja Hata amik aku dekat LRT & terus gerak...Overnight dekat pertengahan perjalanan sebab budget sampai area sana jam 10 malam..Aku dah tak bagi Hata drive lewat malam sangat...In Shaa Allah lepas subuh hari Sabtu kami akan teruskan perjalanan menuju ke destinasi...Jangan risau...Kali ni ade laptop yang menemani untuk aku update dari tempat dituju...

Kemana kita?Tungguuuuuuuu

CROCHET BY CHE MEK : MEMBIAK

As Salam

Hari Rabu pagi sebelum kids ke sekolah, che mek tunjuk hasil mengait dia dekat aku...Che mek cerita dia dah dapat beberapa tempahan dari kawan sekelas..Jadi dia nak buat banyak-banyak..Ade jugak classmate dia ajak bukak booth masa hari kantin sekolah nanti (tak tahu la bila)...

Jadi inilah beberapa hasil mengait che mek yang sudah ditempah oleh beberapa orang classmate dia..Asyik tanya aku nak amik gambar ke tak sebab dia dah nak distribute product ni kepada customer dia 😆...Sementara tunggu Hata beli roti dekat Petronas, meh la kita snapkan gambar-gambar ni buat katalog che mek...Kena guna flash la sebab dalam kereta waktu jam 6.50am...
Dinasour comey...
Ring keychain yang warna pink tu aku sponsor...
Aku order 100 pcs mixed color...
Jadi che mek padankan hasil kerja dengan warna keychain yang ada...
Octopus comey...
Dino lagi...
Ehhhh..Ada lagi...
Yang ini che mek cerita kawan dia order 2 pcs nak bagi dekat kawan sorang lagi...
Octopus comey lagiiii...

Alhamdulillah...Aku rasa hasil kerja che mek dah ade peningkatan dari segi kekemasan...Sekarang che mek fokus buat dari jam 5pm sampai 6pm..Lepas dinner akan sambung lagi kalau takde kerja sekolah..Kalau ada kerja sekolah, che mek hanya akan buat dari jam 5pm ke 6pm je sebab nanti bila aku dah balik kerja macam-macam kerja yang aku akan suruh che mek buat...😆...Aku ni asyik lupa je nak amik gambar flush toy yang di-transform jadi bear oleh che mek as birthday gift dia kepada Hata...Actually anak patung tu bentuk puppy, tapi che mek transform bagi nampak macam bear..Bezanya telinga bear tu panjang macam puppy...

Bila aku tanya kenapa buat bentuk puppy? Che mek cakap itu je yang sesuai dengan stock warna benang yang dia ada...Ikut la..Janji tak nampak sangat macam puppy tu 😆..Ini ha flush toy yang che mek buat untuk Hata...



CROCHET BY CHE MEK LAGI

As Salam

Nampaknya makin rancak che mek belajar buat crochet dia...Alhamdulillah better she do crochet dari tengok TV or baca novel 😆..Baru-baru ni che mek mintak Hata belikan benang kain jenis lain pulak...Bila dah sampai memang tak sempat apa che mek dah test siap-siap dah...Malam kelmarin che mek tunjuk hasil dari crochet yang baru...
Bag comel ni....
Diisi dengan foam aje dulu..
Aku suruh che mek buat 1 pouch untuk Hata letak wireless mouse...
Sambil-sambil tu mane la tau ayah boleh promote dekat ofismate 😁
Octopusssss....
2 ordered dari classmate & kawan dekat taska..
1 lagi saje-saje che mek buat..
Pouch ni anak sedara Hata order dekat che mek...
Anak sedara Hata aka cousin che mek suruh jual RM20
Hanya nak tunjuk yang coaster ni boleh jadi 
hand bouquet yg kecik comey 😆

Jadi la buat permulaan...Aku tak paksa pun untuk che mek cari duit sendiri...Dah che mek suka..Aku ikut je selagi tak melampau atau melalut kelaut...

Dalam kepala aku sekarang ni hanya fikir nak sambung mengemas rumah je...😁