Sep 20, 2025

CROCHET BY CHE MEK : ORDERED

As Salam

Minggu lepas ofismate aku ade tunjuk 1 gambar bantal hasil dari benang kait..Dia tunjuk dekat aku dan nak mintak che mek buatkan keychain untuk dia...Maka balik kerja aku tunjuk la dekat che mek..Che mek bagitahu stock benang kait warna putih dah habis..Jadi kita bawak la che mek ke NINSO untuk stock up...

Hari Khamis che mek tunjuk dia dah dapat siapkan keychain yang ditempah oleh ofismate aku...Ini gambar yang ofismate aku request untuk che mek buat...
Bunny head...
Ini kalau kait guna benang yang tebal tu mesti comey giler kan? 😍
Ini pulak hasil yang berjaya che mek siapkan...

Semalam aku pun pass la keychain ni dekat ofismate aku..Mujur la dia suka dengan hasil kerja che mek..Ok la.. Aku harap che mek dapat improve lagi skill mengait dia....Masa dekat Ninso hari tu pun che mek ade add on pin untuk mengait ni..Jarum untuk mengait tu pun che mek ade stock up..Alang-alang NINSO tengah ade SALE, bleh la aku tolong sponsor...Niat nak bagi semangat la katakan...😆

Sehari dua ni aku ade nampak che mek dah slowly pegang balik crochet hand bouquet dia..Slowly dia letak bunga...Lepas tu che mek ade jugak add on benang kait warna kuning & orange untuk buat tempahan itik dari kawan sekelas dia...Ok la..Janji che mek happy & tak buang masa dengan benda-benda lagha...

Ketahuilah bahawasanya hati mak-mak yang bekerja ni memang akan selalu teringat ke anak yang di sekolah, ditaska, dirumah...Nampak je boleh gelak ketawa...Tapi time ibu-ibu ni buat kerja sorang-sorang, mesti dia akan teringat..Kan?

1 comments:

adnil linda said...

Selagi namanya anak...anak Linda yang baru tingkatan 1 pun, Linda dah fikir..apa lah dia nak jadi beso kang..mcm takde cecita je .hahaha .