BRISKWALK 13.0

As Salam

Hari Sabtu aku & Hata briskwalk jauh sikit sampai ke Danau Kota. Lepas tu pusing ke are Taman Melati. Tak singgah mamak. Aku ajak Hata ke Nasi Lemak Saleha sebab terasa nak makan nasi lemak sana. Kami ke sana naik motor je sebab hari Sabtu area tasik Sri Rampai tu ada pasar pagi. 
Wajib sekeping sebelum gerak tapi kali ni mintak bantuan chatGPT. Warna windbreaker Hata tu sebenarnya warna hijau lumut. Bukan warna purple macam baju aku.
Dapat la 6.03km dengan 8235 steps.
Tengah jalan nampak pemandangan macam ni dekat langit yang biru.
Terang nampak bulan waktu briskwalk ni.
Breakfast nasi lemak 1.5 bungkus seorang.

Lepas sarapan, singgah pasar tani. Beli sikit udang galah & sotong kena charge RM55.00. Lepas tu beli bawang merah kecik, bawang besar, bawang putih & bawang holland. RM18.00. Lepas tu beli kuih denderam.

Sampai rumah jam 10:15 pagi. Terus kejutkan anak-anak untuk bersiap sebab aku nak pegi salon rambut. Lepas hantar aku ke salon rambut, Hata kena layan kerenah anak lelakinya Ammar untuk cari mainan ape ntah la..Aku pun tak sure.

Masa sampai dekat salon, aku tunjuk gambar patern boy cut yang aku nak. Lepas tu aku cakap aku nak warnakan rambut ikut warna yang aku memang dah aim. Taukey cakap dia kena bleach dulu rambut aku lepas tu baru boleh warnakan mengikut warna yang aku nak. Aku OK. Lepas tu bagitahu Hata yang salon ni boleh penuhi permintaan aku. Lepas tu baru la Hata gerak.

Duk dekat salon dari jam 11.20 pagi sampai jam 2.30 petang baru selesai. 3 jam yang berbaloi dan aku memang berpuas hati dengan hasilnya. Dimulakan dengan potong rambut, bleach, cuci, keringkan, warnakan, cuci dan keringkan. Potong rambut amik masa dekat 30 minit. Bleach amik masa dalam 40 minit. Cuci rambut 5 minit. Keringkan rambut dalam 5-10 minit. Warnakan rambut dalam 40 minit jugak. Lepas tu cuci letak treatment. Lepas tu alter sikit patern then keringkan. Stylish kan rambut .Lepas tu baru siap.

Ini adalah pengalaman pertama aku dalam bleach dan warnakan rambut. Alhamdulillah aku puas hati dengan hasilnya.Berbaloi la aku keluarkan modal dengan hasilnya setanding dengan harga. Dah boleh pegi trip dengan kepala yang ringan. 😆

Aku cakap dengan Hata nanti aku nak kumpul budget untuk buat treatment rambut pulak. 😁

Korang pernah buat treatment rambut? Aku tak pernah buat. Ini baru nak mengumpul modal untuk buat. 😁

JOB COSPLAY : CHARACTER SELECTION

As Salam

Thanks Linda sebab bertanya...😁

Kalau job cosplay biasanya kena pakai costume yang ikut tema event. Macam event yang kami pergi ni tema dia halloween. Jadi kawan cosplay kami ni akan propose kepada organiser beberapa halloween character yang ada. Biasanya dia akan propose gambar costume cosplayer yang sedia ada. Jadi organiser akan pilih mana-mana character yang dia minat dan kena dengan tema event. Deal with berapa lama organiser nak character-character yang dipilih ni keluar ke tapak event & deal harga per hour. Sebab tu biasanya kalau pakai apa-apa costume, kami akan amik gambar full body. So that kalau kawan ni nak pakai cosplayer , dia boleh tunjuk gambar costume tu pada organiser.

Sama macam masa Hata dapat job jadi Batman dekat Sunway Pyramid dulu masa movie Batman. Pay by hour. Macam masa kami jadi skeletor & he man sempena movie He-Man tu takde payment. Tapi ada la merchandise yang diberikan. Biasa kami yang dapat job ni, akan bawa nama team yang propose kepada event organiser. 

Contoh masa jadi The Mummy, kami bawa nama team koppow...Masa jadi Skeletor bawak nama OutPost. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat dengan character kami waktu kami bekerja dengan mana-mana team, kami akan minta mereka deal dengan team tu. Kami takde la sailang team yang bawa kami tu.

Melainkan kalau masa cosplay event jalan berdua dengan Hata dan tetibe ada yang propose minat dengan costume & character kami. Masa tu baru la kami deal sendiri tanpa libatkan mana-mana team.

Gitew lah cerita dia kome. Kalau job, cosplay costume tu memang ikut apa yang organiser pilih. 


Harap menjawab pertanyaan Linda ye. 😁.. 

BORONG GLAD2GLOW GLOWY TINT LIP BALM

As Salam
Kita mintak chatGPT edit gambar kita dekat drug store. 😁

Masa aku tengah pening nak pilihkan hadiah untuk birthday che mek, tetibe ofismate aku kecoh ofis kakak dia ada buat offer untuk product glad2glow ni. Jadi aku pun menyibuk jugak la nak tengok product apa yang ada dijual. Aku nampak lip balm yang memang che mek ada mintak dengan aku. Awalnya aku ingat nak beli online sebab dekat fizikal store harganya dekat RM30.00. Tapi yang offer ni harganya hanya RM15.00 setiap satu.

Aku pulak lupa che mek nak warna apa masa dia bagitahu aku tu. Jadi aku pilih la 3 warna yang ada. Order hari Jumaat, Hari selasa dah dapat. Mujur sempat dapat sebelum birthday che mek. 😁

Waktu order dah sampai, baru la aku teringat yang aku ada snap gambar masa che mek pilih tu.Aduhai. Tapi takpelah. Extra ni aku boleh pakai.
Che mek pilih yang ini. Rose Milk Tea.

Aku dah try yang lagi 2 extra tu. Ok jugak kome. Jadi rasanya aku akan bawak salah satu dari warna tu masa trip nanti. Semua keychain dari 2 lip balm yang extra tu aku bagi pada che mek. At this age rasanya tak perlukan dah keychain-keychain fancy gitu. 😆

Korang ada pakai apa-apa lip balm dari product glad2glow ni?

DINNER AT SRI GOMBAK

As Salam

Lepas habis job, kami dinner dekat Sri Gombak. Kali kedua kesini. Alhamdulillah dapat parking tak jauh dari kedai walaupun parkingnya adalah ditepi jalan. kami order 4 nasi putih dengan lauk pilihan masing-masing.
Telur bungkus aku share dengan Hata.
Sayur cendawan. Ingatkan guna oyster mushroom, rupanya guna cendawan butang & cauliflower. Ok je rasanya. Cuma aku makan lebih cauliflower. 
Che mek nak paprik ayam. Aku makan cauliflowernya.
Ammar habiskan ayam goreng kunyit & sup kosong.
Add on sotong kangkung. Terliur kome. Duk teringat pedasnya tu 😁

Alhamdulillah kenyang kami sekeluarga malam tu. Mujur la servisnya tak lambat sangat. Next time kalau datang nak try dia punya western pulak.

DINNER AT NASI KANDAR STADIUM

As Salam

Hari Khamis tu balik kerja hujan. Jadi Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Sampai rumah letak bag semua dulu then dalam jam 6.20 petang kami berempat berpayung la jalan kaki ke kedai mamak diatas sebab Hata fikir kalau hujan ni susah nak dapatkan parking.

Sampai-sampai terus order. Teh o ais untuk che mek, milk shake chocolate untuk Ammar. Lepas tu aku order mee rojak, che mek order kuey teow goreng dan Ammar amik nasi campur. Nak minta Ammar buat comparison. Mana lagi OK. Nasi campur dekat Q Bistro atau sini.
Chocolate Milk Shake.

Ammar cakap nasi letak kuah kari ayam dan kuah madu dia biasa je. Sedap lagi gabungan tu dekat Q Bistro. Ayam gorengnya Ammar suka. jadi lulus ke idak kalau nak makan nasi dekat sini? Jawapan dia adalah 50/50. 😆
Aku order mee rojak. Not bad. Boleh makan cuma takde kentang.

Lepas dinner singgah Giant Mini beli carrot, capsicum dan nenas dalam tin sebab nenas sebiji takde stock dekat Giant Mini tu. Aku nak mintak Hata masakkan ikan siakap sweet sour untuk dibawa bekal hari Jumaat.

Sampai rumah jam 7.20 malam. Lepas semua mandi & solat maghrib, che mek tunjuk 1 paperbag. Katanya kawan kelas dia yang pernah datang ke rumah kami beraya yang bagi. Bila buka paperbag tu terkejut aku sebab banyak yang dia bagi.
Alhamdulillah rezeki che mek. Dapat notebook, ramen, ferrero rocher, snack top & cermin stand tu.

Aku bagitahu che mek. Nanti time birthday dia kena balas jugak la yang berbaloi. Che mek cakap dia dah bagi dah masa birthday kawan ni beberapa bulan yang lepas. Che mek bagi dia hoodie & 1 lagi barang lain. Lepas che mek cerita tu baru aku teringat kome. Memang che mek ada beli barangan tu. memang che mek ada cerita dia nka bagi hadiah pada kawan. Cuma aku je tak ingat kawan yang mana. 😁

Apa pun harga dekat nasi kandar stadium ni pada aku murah sikit dari Q Bistro. 😁

PASAR MALAM AREA AEON ALPHA ANGLE

As Salam

Hari Isnin yang lepas, Hata amik aku dekat LRT Taman Melati. Malam sebelum tu Hata dah masak ayam berlado untuk bekal ke ofis dan untuk anak-anak waktu balik sekolah. Aku tak tahu nak makan apa. Jadi ajak Hata ke pasar malam dekat sini sebab masa naik moto dekat SPE nampak bumbung khemah pasar malam ni.

Kami parking jauh sikit dari tapak pasar malam ni. Jadi jalan kaki lah kami. Tak jauh pun. Rasanya tak sampai 5 minit. 😁
Muka happy dapat beli makanan dekat pasar malam. 
Try cari pasembor tapi tak jumpa.
Laksa goreng, chicken wings, kepok lekor, kepok keping, murtabak mini 5 pcs RM5 dan mee kari untuk anak-anak.
Masa nak makan tengok nasi ada sikit lagi. Lepas tu ayam ada 3 ketul kecik. Jadi aku habiskan nasi & amik ayam seketul. 2 ketul lagi Ammar tolong habiskan.

Aku tak sabar nak tunggu misai Hata ni tumbuh semula kome. Lain benor nampaknya bila clean macam tu...Tak sabar tunggu hari Sabtu ni. Hari last Hata kena make sure muka dia clean..Lepas tu dah boleh maintain ada misai & kumis sikit.. 😆

Kalau pegi pasar malam korang suka beli apa?

PREPARATION FOR COMPANY TRIP : MINI FIRST AID

As Salam

Aku beli semua jenis ubat-ubatan ni untuk jadikan ia sebagai mini first aid aku. Aku tak beli terlalu awal sebab nak settlekan yang lain dulu. Dah settled yang lain, baru kita move to my mini first aid sebab ubat-ubatan ni senang je nak dapat. Tak perlu order online kecuali ameltz yoko yoko tu aku beli dekat shopee dapat la harga RM12.40 sebab dekat fizikal store regenya nak cecah RM20.00. Mungkin dekat 99 speedmart murah sikit kot. tapi aku takde kesana. Beli online, dapat jimat banyak jugak dari beli dekat fizikal store. Redoxon dan minyak gamat aku amik stock dekat rumah je. 

Kebanyakkan ubat-ubatan dan minyak ni aku beli dekat Guardian dan watson je mana yang aku jumpa dulu masa keluar kemana-mana. Takde specific time & date untuk beli barang-barang ni. Nampak aje harga berbaloi, terus grab.
Rasanya lengkap dah ni kan?
Panadol active fast, Uphamol 650, handy plaster, gula-gula batuk, air garam, panadol muscle relaxation, minyak angin roll on, panadol soluble, minyak gamat dan redoxon. Aku ada jugak add on salonpas patch & ubat selesema yang klinik bagi tapi tak ingat nak masukkan dalam frame.

Rasanya selesai dah part mini first aid aku. Kalau ada yang terkurang nanti pepandailah aku tanya ofismate yang lain.😁. Dah lama tak travel jauh-jauh. Memang macam nak bawak 1 bilik kesana. Berdebar dia tu Allah aje yang tahu kome. 

Korang tiap kali travel bawak ke ubat-ubatan macam aku ni?