CARA MENGATASI MASALAH KUTU DI KEPALA

As Salam

Aku terpanggil nak share ttg issue diatas sebab perkara dah terjadi pada che mek...Kesian tgk anak tergaru2 kepala mcm STRESS sangat...Aku pun sakit mata & sakit kepala fikir cara nak mengatasinya...

Sebelum tu, meh aku share dulu salasilah cik kutu kepala ni ye...

Apa / Siapa itu Kutu kepala?

Saiznya kecik je dalam 2-4mm…Kutu ni tidak bersayap ye..Dia merayap-rayap sambil hisap darah pada kulit kepala mangsa. Kutu ni port BERTELUR dia adalah dekat pangkal rambut (dekat dengan kulit kepala) dan akan menetas dalam tempoh 7-10 hari. Bila dah menetas si anak kutu akan mula menghisap darah sampai la dewasa (9-12 hari)… Kutu dewasa boleh hidup dekat kepala si mangsa hingga 4 minggu sebelum mati.

Kalau kutu betina, mereka boleh hasilkan 6 biji telur SETIAP HARI selama 30 HARI.. (30 X 6 = 180 biji telur) Boleh bayangkan tak betapa meriahnya mereka membiakkan diri?? Telur kutu boleh bertahan selama 3 hari yang mana mereka hanya akan menetas pada suhu kulit kepala..Suhu lain si telur tak boleh menetas. 

Walaupun kutu ni tidak bersayap..Tapi mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelari pecut untuk spesis mereka sebab ia boleh merangkak dengan kelajuan 23cm SEMINIT…Sebab itu kita kena sikat keseluruhan rambut kalau tiba masa menjalankan misi pencarian..Sebab masa kita sikat kepala sebelah kanan, kutu ni merangkak pecut ke kepala sebelah kiri..Macam main peek-a-boo..

Kutu kepala ini bukan macam kutu badan…Jadi binatang peliharaan macam kucing dan anjing bukanlah pembawa kepada kutu jenis ni.. Kutu ini jugak bukan pembawa kepada apa-apa penyakit.

Punca jangkitan KUTU :
  • Menggunakan skaf / sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti. 
  • Apabila rambut si pembawa menyentuh rambut si mangsa (biasa berlaku time tidur)

Tanda-tanda kepala dijangkiti KUTU : 
  • Rasa gatal di kepala. Rasa macam ada benda bergerak-gerak melawat kawasan dekat kepala pun iya jgk.
  • Tanda-tanda merah yang terdapat pada permukaan kepala, leher maupun belakang telinga.
  • Terdapat bengkak di belakang telinga.
  • Terdapat telur kutu kecil-kecil di rambut, bersinar seperti kelemumur tapi susah nak dibuang sebab telur tu melekat dekat rambut.

Cara Menghilangkan / Menghapuskan KUTU :

1. Sikat rambut ketika basah
Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut. Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat. Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah. Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

2. Ubat losyen atau penyembur
Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk. Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Aku recommend liquid gel macam gambar dekat atas ni sebab product ni langsung TIDAK MEMEDIHKAN KULIT KEPALA . Bertindak macam minyak rambut je...Mula-mula kita letak liquid ni dekat rambut dan urut pelan-pelan sampai rata 1 kepala..Biarkan dalam 30 minit . Dalam masa yang sama, kita sikat rambut dengan sikat kutu so that kutu-kutu yang dah pedih mata tu tak boleh lari pecut 23cm seminit dan tersangkut dekat gigi sikat. 

Kalau kawan aku dulu, mak dia guna ridset je....Suruh si anak tutup mata, si emak sembur ridset 1 kepala..Lepas tu balut kepala dengan tuala / shower cap dalam setengah jam...Lepas tu mmg bleh nmpk hasilnya...Then shampoo la kepala macam biasa...

3. Cuka dan minyak
Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya. Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil. Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif. Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

4.  Gunakan Sabun Buku
Korang pernah tengok sabun buku kan?
Sabun Fab Buku
Dulu zaman aku kecik, memang gunakan sabun ini utk basuh kain.. Namun, sabun ni bukan sekadar mampu menanggalkan kotoran pada baju, malah sabun ni jugak mampu untuk menhalau / menghapuskan KUTU.

Caranya korang kena buat sabun ni sebagaikan shampoo kepala..Bila dah shampoo, balut kepala yang masih bershampoo dengan tuala / shower cap dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih. Biasanya kutu akan mati / lari keluar dari kepala mangsa.

5. Gunakan Hair Straighten

Cara ini pun boleh diguna pakai jugak untuk mematikan telur kutu... Kalau dapat dengar bunyi letup-letup telur kutu tu, boleh jadi muka mcm PUAS gila..Matilah kau!!!..Gitu perasaannya... 


Cara Menghindari Jangkitan Kutu :
  • Hindarkan diri dari si pembawa..
  • Hindari dari menggunakan barangan yang digunakan oleh si pembawa..
  • Elakkan berlaga kepala dengan si pembawa - contoh selfie pipi ke pipi bagi yg free hair..
  • Sentiasa memeriksa kepala dengan sikat rambut menggunakan sikat kutu.

Ok...Rasenya penerangan dekat atas dah cukup utk kita berhati-hati dalam menangani serangan KUTU kepala ni..

Kalau kena dekat budak2, mereka boleh kehilangan selera makan jgk tau..


So..kepada parents yg anak2 mereka menjadi mangsa / si pembawa... Tolong lah ambil tindakan yang serius...

Jangan sebab nila setitik..Rosak susu sebelanga...



End

1 comments:

Wahhh guna ridsecr...ganas bunyinya...gahaha

Reply
CodeNirvana
Newer Posts Older Posts
© Copyright My Story Board Published.. Blogger Templates
Back To Top