Wednesday, July 26, 2017

TERUNG MASAK SAMBAL

As Salam

Kelmarin, pening memikir menu utk dinner...Lepas jenguk2 dalam peti sejuk, rupa2nya terung yg aku beli last 2 week x terusik pun lagi..Plan nak masak makan malam mase my kak yong ade...huhu

Makanya melilau la saraf2 otak cuba berhubung utk memikirkan menu yang boleh aku masak...Huhu

Lepas sel-sel otak berhubung, idea yang datang is menu sambal terung...1st try ni wehhh..Selama ni aku x layan terung kaler purple ni..( walaupun aku adalah purple lover )...Huhu
Terung Bakar..
Aku bakar dulu terung ni dgn minyak yg sgt minima..
Kasi lembut sikit terung tu...

Lepas dah bakar, letak tepi...
Then kite blender cili besar (x pedas sgt)...dan tumis smp kering mcm dekat bawah ni..Lepas tu rasela masam, manis & masinnya...Lepas dah kering, masukkan terung yg dh dibakar tadi dan gaul sebati... 
Terung Sambal...

Lepas makan dekat kedai mamak mase membeli baju raya hari tu..Tetibe rase sedap la plk terung masak mcm ni..Rasenye kalo pejeri terung mgkn lagi sedap kan?huhu

Ok..Makan-makan juga...Mari lah kite belajar sikit tentang TERUNG ni ye....Banyak khasiat rupenya terung kaler fevret aku ni..huhu

Terung ade banyak jenis...Antara terung yang aku biase tgk adalah terung panjang, terung bulat & terung pipit...

Terung ada banyak kandungan nutrisi yang ada kalsium, mineral, kaya dengan serat, bioflavonoid, abu, karotin, vitamin B1, B2, C adan P, Asam Nikotinat dan vitamin K. Setiap 100 gram terung mengandungi 750 mg vitamin P. Terung jugak dikatakan bagus tuk kesihatan jantung, otak dan tulang...

Khasiat Terung :

1.Kaya Zat Besi

Terung kaya dengan zat besi. Jadi, kalau nak lebh sihat dan kuat dengan supplement semulajadi, jadikan terung salah satu menu dalam masakan kita. Jenis masakan terung bleh dipelbagaikan..Contohnya digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.

2.Rendah Kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari. Bagus utk aku yang cuba untuk mencapai target 2017..Calling for 48kg..Walaupun Nampak lembik2 bile dah masak..Tapi tetap sedap bile da melalui lidah & tekak tau..huhu

3.Serat

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus..Sesiapa yang sukar untuk membuang air besar..Boleh la cuba amalkan makan terung ni…Mencegahlebih baik dari mengubati…

4.Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung

Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.

5.Mengatasi Diabetes

Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.

6.Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

7.Makanan Otak

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut. Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stress.

8. Melancarkan Peredaran Darah 

Dalam terung juga ada Flavanoid yang mana khasiatnya bertindak sebagai anti oksidan dalam melancarkan pengaliran darah ( Baik utk kaum lelaki ). Ia bertindak dalam merapatkan antara sesame sel dan memperbaiki kerosakannya sehingga pembuluh darah tetap dalam keadaan normal dan elastik, menjaga biologisnya dan mencegah pecahnya pembuluh darah.

9. Masak tanpa digoreng & tanpa dibuang kulit.

Cara masakan terbaik yang disarankan adalah dimasak tanpa mem buang kulit terung kerana kulitnya mengandungi phytonutrients. yang bertindak sebagai pesaing, pemangsa & patogen

10. Bagus Untuk Perokok

Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok. Amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi. Apa2 pun, semuanya terletak pada nawaitu seseorang itu,,Makanan ini hanyalah sebagai penyokong anda dalam meneruskan niat baik tu...huhu

11. Boleh Mencegah Kanser 

 Antioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.


Jadi sulusionnya adalah?
Marilah kita sama2 jadikan terung sebagai salah satu menu kite dalam seminggu ye..jangan terlebih & jangan terkurang..Biar seimbang..Sejak2 umur dah meningkat dicampur pulak dengan segalanya dihujung jari ni, memang kena rajin celik makanan sihat..huhu




End




1 comments:

Mia Liana said...

sedap ni... sekali sekala makan terung kat rumah...