Showing posts with label Healthy Info. Show all posts
Showing posts with label Healthy Info. Show all posts

TIPS HILANGKAN JERAGAT

As Salam

Hari tu nmpk kwn update dlm insta story dia pakai kunyit utk hilangkan jeragat...Terus terigt kunyit jidup yg aku tanam...Dan dan tu jgk rase nk buat..Haha..Terasa muka dh semakin kasar kulitnya...Semalam, Hata blk kerja awal sikit...Plan nk tebang pokok betik yg dh kian x menjadi utk digantikan dgn alihkan pokok terung dari dlm pasu ke tanah...Aku pun alihkn jgk pokok kunyit yg kian membesar..Mase korek2 tu, aku amik sikit kunyit hidup tu utk teruskan misi buat masker..

Bile search dekat google, terlalu byk tips2 yg diberikan..Jadi aku amik mane2 tips yg bahan2nya dah sedia ada dekat rumah...
Ramuan utk hilangkan jeragat..
Sini aku share 3 tips yg ada utk buat ramuan ini...Aku buat tips nombor 1..

1. Gunakan Beras :
- Rendam beras selama 1 jam / semalaman & tumbuk halus
- Ambil dlm 1 inci kunyit hidup & tumbuk halus
- Ambil 1 sudu air perahan limau nipis / lemon
- Ambil 1 biji TELUR PUTIH
- Gaul semua bahan supaya menjadi paste & letakkan pada bahagian muka..
- Biarkan hingga 20 - 30 minit yg mana paste akan menjadi tegang dlm tempoh itu.
- Bilas muka dgn AIR SUAM dan lap lembut dgn tuala bersih

2. Gunakan Tepung Ubi: 
- Ambil 1 inci kunyit hidupp & tumbuk halis
- Ambil 1 sudu tepung UBI.
- Ambil 1 sudu air perahan limau nipis / lemon.
- Ambil 1 biji TELUR PUTIH
- Gaul semua bahan supaya menjadi paste & letakkan pada bahagian muka..
- Biarkan hingga 20 - 30 minit yg mana paste akan menjadi tegang dlm tempoh itu.
- Bilas muka dgn AIR SUAM dan lap lembut dgn tuala bersih

3. Gunakan Serbuk Kunyit & Tepung Gandum :
- Ambil 5 sudu serbuk kunyit.
- 10 sudu susu cair tanpa perisa.
- 1 sudu tepung gandum.
- Gaul semua bahan supaya menjadi paste & letakkan pada bahagian muka..
- Biarkan hingga 20 - 30 minit yg mana paste akan menjadi tegang dlm tempoh itu.
- Bilas muka dgn AIR SUAM dan lap lembut dgn tuala bersih.

Amalkan 3 kali seminggu & tengok hasilnya..

Mase 1st time guna, lepas basuh tu memang kulit muka rase halusssss sgt...Alhamdulillah, bangun pagi ni pun masih halusssss aje rase kulit muka...Huhu

Esok malam kite buat lagi...Ade lebihan yg mlm tadi, aku simpan dlm peti sejuk...Setengah jam sebelum tepek pada muka kite keluarkan...

Mase pakai semalam, anak2 mula pelik...Duk la bertanya 

Kenapa ibu pakai benda ni? 
Kenapa muka ibu nampak mcm kuning2?
Kenapa ibu cakap tak bukak mulut?
Kenapa ibu tak boleh ketawa?
Kenapa ibu cakap mcm robot?

Jenuh nak menjawab....Lepas basuh Ammar cakap " Ibu dh habis ke tampal muka?"
Time tu la aku jawab mcm biase...Huhu
Bile dah usia 3 series ni..Mcm2 benda kena buat utk kekalkan kulit mcm mase umur 20an...
Rase penat jgk, tp nk dptkan kulit yg OK..Mesti kena berusaha...
Sama mcm mase breastfeeding dulu..Nk susu banyak, kena pump every 2 hours...
Taknak badan masuk angin, kena mkn menda yg x berangin...
Nak slim cepat, kena buat mcm2..Huhu

Ape2pun, aku harap usaha ni menjadi...Nak beli product gempak2 x mampu lagi...Kite pakai la yg tradisional..Sendiri bikin, sendiri yakin akan tahap kebersihan & keberkesanannya kan?


Korang ade buat mcm tips2 diatas?
Sharing is caring... =)





End

DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS

As Salam

Lanjutan dari kisah aku ke klinik hari ISNIN yang lepas...Memula aku cerita dekat doctor kaki aku rase mcm cramp mungkin penangan dari mengemas dan ditambah pulak dengan sakit sebab turun tangga dari tingkat 39 hari Rabu minggu lepas...Walaupun pecah record aku turun tangga dari tingkat 39 tu dalam 30 minit je..Tapi kesan dia mcm 3 hari ko kena tanggung...

Lepas tu aku tanya pulak pasal tangan ni..Memang sakit dan ngilunya kadang2 bawak ke siku dan ke bahu..Sememang mintak diurut je setiap malam...Sengal sgt...Lepas doctor check, dia syak tangan aku kena DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS..

Aku pun tak paham, tapi doctor tu tunjuk serba sikit dekat internet gambaran sakit tu dan berikan aku contact doktor yg pakar dalam bab2 gini...Meh aku share sikit tentang sakit ini ye?

APA ITU DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS:
De Quervain's Tenosynovitis adalah keadaan dimana beberapa tendon ( Tali tisu penghubung berserabut yang biasanya menghubungkan otot ke tulang dan mampu menahan ketegangan. Tendon adalah serupa dengan ligamen; kedua-duanya diperbuat daripada kolagen. Ligamen bergabung satu tulang ke tulang lain, manakala tendon menyambung otot ke tulang.)pada ibu jari anda. Tendon ini, yang dikenali sebagai penculik longus pencemar dan extvisor brevis brevis, pergi melalui terowong snug di pergelangan tangan, yang dipanggil kompensor dorsal ekstensor pertama. Anda boleh melihat tendon di bahagian belakang tangan anda apabila anda meluruskan jari anda. Bila, untuk apa jua sebab, terowong itu menjadi terlalu ketat, ia membentuk kitaran ganas; setiap kali anda menggerakkan ibu jari anda dengan cara tertentu, ia menarik tendon melalui terowong yang ketat, menyebabkan sakit dan memburukkan lagi keadaan.

BAGAIMANA DIAGNOSIS DIBUAT KEATAS PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Pakar bedah tangan boleh membantu menentukan sama ada anda mempunyai Quervain. Jika anda mempunyai kelembutan pada tendon dan kesakitan apabila anda membuat penumbuk dengan ibu jari anda terselip di dalam dan bengkokkan pergelangan tangan dengan merah jambu menghadap ke bawah, maka anda mempunyai apa yang dikenali sebagai tanda Finkelstein yang positif, yang akan menunjukkan bahawa anda mungkin mempunyai de Quervain. Walau bagaimanapun, terdapat sebab-sebab lain kesakitan di kawasan ini, seperti arthritis di sendi di pangkal ibu jari anda, yang boleh merasakan sama seperti de Quervain. Oleh itu, x-ray boleh digunakan untuk membantu membuat diagnosis. Pakar bedah tangan dapat membezakan antara keadaan ini, walaupun agak mungkin seorang pesakit mempunyai keduanya.
Part perkataan surgery tu yang aku takut..Doctor cakap mungkin kena cucuk / kalau parah mungkin kena bedah..terus telan air liur kelat...

APAKAH PENYEBAB KEPADA PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Penyebab keadaan ini tidak menentu. Nampaknya terdapat beberapa komponen genetik, kerana sesetengah orang mempunyai banyak masalah berkaitan seperti jari-jari pemicu atau sindrom carpal tunnel. Sesetengah berfikir bahawa berlebihan boleh menyumbang, bersama dengan pembengkakan atau keadaan umum seperti penyakit kencing manis dan tiroid.

Part kencing manis aku rase aku xde penyakit itu..Tapi kalo THYROID, aku hanya ada simptom2nya sahaja mase pregnant kan Ammar dulu...Means THYROID aku x serius, hanya perlu pemantauan je..Mungkin jugak sebab asal2nya urat salah parking, tapi aku buat dek je...Jadi makin tersimpul2 la urat tu smp sakitnya melarat2...

SIAPA YANG BERISIKO UNTUK MENDAPAT PENYAKIT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS INI?
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan de Quervain, tetapi ia adalah yang paling biasa di kalangan wanita. Wanita-wanita muda dengan keadaan baru melahirkan atau sedang menyusu. Sekiranya anda seorang ibu baru dan baru-baru ini anda telah mengalami sakit nyeri di pergelangan tangan anda di dekat pangkal ibu jari anda, kemungkinan anda telah mengembangkan penyakit ini. Ia juga biasa berlaku pada wanita dalam usia lima puluhan dan enam puluhan.

Macam yang aku cerita sebelum ni..Memang rase sakit tu dah ada since 2 days before Aidiladha..Tapi aku tak layan sakit tu sebab fikir.."Sakit sikit je ni"...Lalu aku biarkan sampai sakit tu tak tertanggung dek diri sendiri..

CARA MERAWAT DE QUERVIAN'S TENOSYNOVITIS :
Rawatan boleh melibatkan rehat dan splinting, suntikan kortison, atau, jika semuanya gagal, pembedahan untuk melepaskan petak ketat. Biasanya, pada waktu seseorang melawat pakar bedah tangan dengan de Quervain, mereka mencari bantuan dari kesakitan yang tajam. Suntikan kortison sering memberi kelegaan yang sangat baik dalam masa yang singkat. Jika dua hingga tiga suntikan tidak berjaya dalam menyelesaikan keadaan, pembedahan sering dipertimbangkan. Terdapat risiko kepada semua bentuk rawatan, jadi pilihan rawatan harus dibincangkan dengan doktor anda.

Solution yang menakutkan aku...Tapi buat mase ni aku igt nk pergi berurut dulu..Kalo ok, kite abaikan aje nama penyakit ni..kalo tak ok jgk, baru la sediakan duit note RM50 tebal dari duit belanja bulanan utk jumpa pakar...Doktor pun ade bg aku contact doctor pakar tu..
DR.MUHAMMAD RAHMANI
Ape2 pun kena kol tanya ke-available-lan dia dulu...Itu kalo confirm nak jumpa nnt la...

So kawan2 yg ada masalah mcm aku ni jangan ambil ringan ye..Sekali dah serius..Memang mengeletar lutut bila baca penerangan tentang sakit tu...

Buat masa ni doctor mintak aku makan ubat ini dulu :
Radang Sendi

Kawan2 doakan tangan aku baik dgn hanya urutan ye..Takmo le cucuk2 ni...Meks ngeri tengok jarum..memang tiap kali nak kena cucuk mata ni tak pernah tengok jarum..Mata ni akan pandang tempat lain / tutup terus..Huhu




End

BRAND'S : BIRD'S NEST with BROWN SUGAR

As Salam

Bulan lepas aku ade menang magazine contest...Alhamdulillah dapat product BRAND'S. Aku mintak pihak magazine post aje prize tu sebab aku xde mase nak pegi collect...Weekday & Opis hour..Memamg tak sompek ler....
6 bottles.. 
The ingredients...
Yang penting HALAL...Sebab majority BIRD NEST ni chinese yang amalkan....huhu 
Botolnya sama besar dengan botol BRAND'S perisa lain..Cuma JERNIH....huhu 
Macam ni la isi kandungannya....Yang macam hampas tu rasenye bird's nest tu...
Masa mula-mula tengok isi kandungan botol ni, tetibe je mind aku set MINUMAN NI MESTI PAHIT...Tapi bile dah bukak, tetibe laju je hidung aku gi hidu pulak dulu....Aku ni memang bukan orang yang jenis hidu dulu makanan baru makan kalo yakin kondisi makanan tu masih baik...Bile dah hidu, Alhamdulillah..takde bau yang kurang menyenangkan...

Sambil pejam mata aku pun minum....Terus bukak mata balik...SEDAP rupanya...Manis je...Hampas2 tu rase macam bunga kulat yang biase diletak dalam air lai chee kang..Huhu..Over sangat imagination aku ni kan?huhu...

Minuman ini sesuai utk kesihatan, kecantikan, pregnant women, kids & orang2 tua...Banyak lagi kebaikan minuman yang berasaskan sarang burung ni..

Meh kite kaji sikit KHASIAT SARANG BURUNG ni ye...

1.'Gen Kecantikan'
Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
 
2.Untuk rawatan penyakit pernafasan
Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai "agen pembersihan paru-paru" untuk perokok tegar.
 
3.Mengkuatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
 
4.Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
 
5.Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil 
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi. 
Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. 
Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu,dan meningkatkan imuniti.
 
6.Anti-Penuaan, Memperbaiki Saluran Pencernaan
Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
 
7.Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid.
 
8.Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 
9.Lain-lain faedah 
Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekanan. 
Menguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.


Hari tu tengok dekat Watson / Guardian..4 botol dalam RM60++...6 Botol dalam RM90... Kalau mampu boleh la beli dan jadikan amalan...Dulu sebelum kahwin, aku amalkan minum BRAND's Inner Shine Prunes..Aku minum 2 hari sekali..Alhamdulillah...Sistem pencernaan lancar, kulit rase licin, OTAK PUN CERGAS...Part otak tu mmg aku tak nafikan..Memang jadi cekap...Aku sendiri dapat rasekan..Jadi, kite2 yg dh berusia ni..Kalo agak2 nk refresh blk sel2 otak utk berhubung, boleh la try minum Brand's Inner Shine pulak...huhu

Kalo korang pernah pergi KELANTAN..Dekat pasar Siti Khadijah, sometime bising bunyi burung...Actually dekat area situ, memang ade disediakan rumah untuk burung WALIT / Burung Layang-Layang utk buat sarang..Kadang2 dengar bunyi bising dari corong speaker yang digunakan utk menjadi daya penarik kepada burung walit utk pergi ke rumah tu dan buat sarang...

Nak tahu lebih lanjut? Click KHASIAT SARANG BURUNG




End

MAJUN DHUHA - BONDA ROZITA

As Salam

Mase my SIL datang ke rumah hari tu, my SIL ade tny aku ttg makan jamu2...Aku mane pernah makan jamu2 ni....Dulu mase makan dalam pantang sebelum stop sebab panas pada che mek yang time tu masih breastfeed...Bile stop aku dah x sambung blk...Ekek..

Lepas tu my SIL offer utk aku try Majun Dhuha dari Jamu Ratu Malaya ni...Makanya, Masa hari raya Aidilfitri hari tu aku ambik separuh dari 1 bekas utk tester..Bekasnya macam ni..
Maaf..Kualiti Gambar x berapa nk cantik sebab tangan tengah terketar2..haha
Isi didalam ada 12 biji..Sizenya besar duit syiling 20 sen yang baru...
Harga sebekas adalah RM100 utk 12 biji.

Aku ambil 4 biji aje dulu utk tempoh percubaan...Aku x makan sebiji besar ni ye..Kang jadi lain plk..Ekek...

1 biji belah 4...
Makan setiap pagi 1/4 dari sebijik tu sebelum sarapan.. ( Tapi aku makan 2 hari sekali sebab nak jimat..kiki)
Cara makan : Kenyah2 macam chewing gum sebelum ditelan..
Rasanya ok..Tapi dah nama MAJUN...harus la ade rase herbs2 & rasa habbatussauda sikit...
Kalo rase nak loya..Lepas telan..Tenguk air ye..kiki

Aku ni, mula2 mula makan 4 hari direct, memang ada rase perubahan sikit pada badan...Especially part breast...Terasa macam "susu" kite tu, tengah memproses susu badan...Actually ia sedang memperbaiki prngaliran dalam "susu" kita tu..Badan pun rase mcm ringan jgk...

Meh aku share sikit ttg MAJUN DHUHA yang dikongsi oleh Puan Rozita ni ye...

Majun Dhuha Untuk Kesihatan Dalaman Lelaki dan Wanita.

Khasiat Majon Dhuha bg lelaki : 
ü  Majun ni dapat menguatkan dan memulihkan Tenaga Batin Lelaki
ü  Mendatangkan selera seks lelaki
ü  Perubahan saiz
ü  Ketahanan
ü  Pengaliran darah lebih baik pd organ sex lelaki..

Khasiat Majon Dhuha bg Wanita : 
ü  Payudara besar dan tegang
ü  Air susu yang banyak
ü  Tegangkan Punggung
ü  Rawat keputihan
ü  Elak perut buncit

Khasiat lain : 
~ Merawat Urat Saraf & Sendi Sakit tengkuk Sakit bahu Sakit belakang Sakit Pinggang Sakit Tangan Sakit Siku Sakit lutut Sakit kaki Sakit dalam buku lali Sakit dalam tumit kaki Sakit dalam tapak kaki Kebas kaki Kebas Tangan Lenguh kaki & tangan Tersalah Urat Badan bertenaga Semangat dan menenangkan minda Buang racun dlm badan Xmudah letih Elak rambut botak rangsang hormon lelaki Suburkan lelaki Kuatkan tulang dan gigi Elakkan perut buncit Turunkan kolestrol dgn cepat Hilangkan letih badan sgt cepat Redakan tegang urat pinggang Buang angin. Hilangkan migrain Rawat keputihan Ia bagus utk kesan kuatkan sex lelaki. Makin power bg lelaki yg mmg sihat


Secara keseluruhannya, Majun Dhuha ni bukan sekadar utk tenaga batin (Husband & Wife) je...Ia jugak baik utk kesihatan tubuh badan kita sendiri...My SIL bgtau, Majun Dhuha ni HOT SELLING dekat KB...Agak susah nak dapatkan sebab stock cepat habis...Kena cepat2 grab kalo time stock masih ada...

Harap2nya, bile dah habis yang ini, boleh la aku order 1 bekas..Kalo makan 2 hari sekali, ok la budget RM50 utk sebulan..Kan?

Bile dah masuk 3 series ni, macam2 benda kena jaga supaya kite kekal sihat...Macam2 penyakit boleh hinggap di usia aku ni kalo x jaga betul2..






End

TERUNG MASAK SAMBAL

As Salam

Kelmarin, pening memikir menu utk dinner...Lepas jenguk2 dalam peti sejuk, rupa2nya terung yg aku beli last 2 week x terusik pun lagi..Plan nak masak makan malam mase my kak yong ade...huhu

Makanya melilau la saraf2 otak cuba berhubung utk memikirkan menu yang boleh aku masak...Huhu

Lepas sel-sel otak berhubung, idea yang datang is menu sambal terung...1st try ni wehhh..Selama ni aku x layan terung kaler purple ni..( walaupun aku adalah purple lover )...Huhu
Terung Bakar..
Aku bakar dulu terung ni dgn minyak yg sgt minima..
Kasi lembut sikit terung tu...

Lepas dah bakar, letak tepi...
Then kite blender cili besar (x pedas sgt)...dan tumis smp kering mcm dekat bawah ni..Lepas tu rasela masam, manis & masinnya...Lepas dah kering, masukkan terung yg dh dibakar tadi dan gaul sebati... 
Terung Sambal...

Lepas makan dekat kedai mamak mase membeli baju raya hari tu..Tetibe rase sedap la plk terung masak mcm ni..Rasenye kalo pejeri terung mgkn lagi sedap kan?huhu

Ok..Makan-makan juga...Mari lah kite belajar sikit tentang TERUNG ni ye....Banyak khasiat rupenya terung kaler fevret aku ni..huhu

Terung ade banyak jenis...Antara terung yang aku biase tgk adalah terung panjang, terung bulat & terung pipit...

Terung ada banyak kandungan nutrisi yang ada kalsium, mineral, kaya dengan serat, bioflavonoid, abu, karotin, vitamin B1, B2, C adan P, Asam Nikotinat dan vitamin K. Setiap 100 gram terung mengandungi 750 mg vitamin P. Terung jugak dikatakan bagus tuk kesihatan jantung, otak dan tulang...

Khasiat Terung :

1.Kaya Zat Besi

Terung kaya dengan zat besi. Jadi, kalau nak lebh sihat dan kuat dengan supplement semulajadi, jadikan terung salah satu menu dalam masakan kita. Jenis masakan terung bleh dipelbagaikan..Contohnya digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.

2.Rendah Kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari. Bagus utk aku yang cuba untuk mencapai target 2017..Calling for 48kg..Walaupun Nampak lembik2 bile dah masak..Tapi tetap sedap bile da melalui lidah & tekak tau..huhu

3.Serat

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus..Sesiapa yang sukar untuk membuang air besar..Boleh la cuba amalkan makan terung ni…Mencegahlebih baik dari mengubati…

4.Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung

Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.

5.Mengatasi Diabetes

Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.

6.Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

7.Makanan Otak

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut. Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stress.

8. Melancarkan Peredaran Darah 

Dalam terung juga ada Flavanoid yang mana khasiatnya bertindak sebagai anti oksidan dalam melancarkan pengaliran darah ( Baik utk kaum lelaki ). Ia bertindak dalam merapatkan antara sesame sel dan memperbaiki kerosakannya sehingga pembuluh darah tetap dalam keadaan normal dan elastik, menjaga biologisnya dan mencegah pecahnya pembuluh darah.

9. Masak tanpa digoreng & tanpa dibuang kulit.

Cara masakan terbaik yang disarankan adalah dimasak tanpa mem buang kulit terung kerana kulitnya mengandungi “phytonutrients”. yang bertindak sebagai pesaing, pemangsa & patogen

10. Bagus Untuk Perokok

Terung mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung boleh membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok. Amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi. Apa2 pun, semuanya terletak pada nawaitu seseorang itu,,Makanan ini hanyalah sebagai penyokong anda dalam meneruskan niat baik tu...huhu

11. Boleh Mencegah Kanser 

 Antioksidan dalam terung, memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.


Jadi sulusionnya adalah?
Marilah kita sama2 jadikan terung sebagai salah satu menu kite dalam seminggu ye..jangan terlebih & jangan terkurang..Biar seimbang..Sejak2 umur dah meningkat dicampur pulak dengan segalanya dihujung jari ni, memang kena rajin celik makanan sihat..huhu




End




Laya : Detox Foot Patch

As Salam

Last week my opismate bagi foot detox patch..Geng dgn kinohimitsu tu..Plan jumaat lepas nk pakai..Tapi lupe je..Smp la mlm tadi baru terigat nk pakai..hoho..
Laya - Detox Foot Patch 
Bukak pelekat & tepek gini... 
Tepek dkt kaki...

Malam tadi memula nk tido rase kurang selesa sikit sbb dah lama x guna mende ni..Lepas mata dh lelap tu mmg rase lena sgt...huhu 

Pagi tadi bukak...gini haaaa...hasilnya
Hasil DETOX..

Agak byk jgk toksid dlm badan kita ni kan?
Mujur la ms.P dtg tetiap bulan so boleh kurangkn sikit toksid dlm bdn...
Kaum lelaki la kesian..Kena buat mcm2 perkara utk buang toksid...
So rasenye dieorg dh boleh rehat sikit bile dh ada detox ni...Membantu jgk nih...

Malam ni aku nk suh Hata pakai...Nk tgk hasil dari kakinya pulak..hoho

Pagi ni kaki aku still rase geli2 bekas tampalan detox smlm...Wakaka
Badan ada rase segar lebih sikit dr sebelum ni...huhu
Takde la mendadak segarnya..Ada la bertambah 10%..
Nk ckp byk takut kate menipu plk..hoho



Ok..Mane2 Detox foot patch pun ok...
Tgk pada keserasian dgn pengguna..
Aku plan nk pakai smggu 2 kali je..huhu





End

Bila Sel Otak Mula Tak Berhubung...

As Salam

Haihhhh..semenjak 3 bulan setengah x bekerja yg lalu, aku rasa mcm agak LEMBS sikit lahhh..haha..

Sebabnyer tetibe aku rase mcm bile time mengira tu dh x bleh nk congak2 dah..kalo sebelum ni congak2 je dh dpt jawapan..skrg MESTI kena mintak tolong mr.calculator jgk..huhu..Nampak sgt byk urat2 aku putus time berusaha KERAS nk keluarkan Ammar..Haha

Actually mgkn bg setengah org product ni hanya untuk kulit & good digest..Tapi pada aku product ni bukan untuk 2 perkara itu je...Ia juga mengaktifkan sel2 otak aku untuk terus berhubung secara aktifnya..huhu

Inilah dia...
Brands Inner Shine

Dulu b4 kawin aku minum ini 2 kali sehari...
Lepas kawin pun same..
Lepas ade che mek 3 hari sekali..
Lepas blk kelate stop..huhu

Now baru nk mula secara consistence semula...
Harap2 aku terus Istiqomah...huhu

Aku x tipu tau..
Mase aku minum secara consistence dulu, aku cepat je dpt solve SIMPLE MATHS problem..
Sekarang mcm LEMBS sikit..huhu

Harap2 usaha aku diberkati & diperkenankan..Amin





Psss..Nampak laptop dkt background pic ni??hihi
Aku dpt laptop dr opis..PC yg aku pakai dah wassalam..huhu
End

Tips Buang Bendasing Dari Sweet Potato

As Salam

Saje nk share new info bagi AKU....huhu
Actually sebelum ni aku ade beli sweet potato dkt Jaya Grocer. Lepas rebus, aku biarkan sejuk..Dalam sejam gitu aku nmpk kulit sweet potato tu bertukar jadi hijau ke biru-biruan gitu...Terus buang sebab takut..

Tak lama lepas tu aku tgk dkt FB ade mengatakan pengeksport letak bahan kimia mende ntah utk bagi buahan kekal SEGAR...

Bile aku cite dkt opismate, they advice me utk RENDAM DENGAN AIR PANAS terlebih dulu sweet potato tu sebelum rebus. Rendam dgn air yg baru masak ye..
Sweet Potato.

Aku rendam dalam 15-30 minit gitu...
Nampak ade buih2 kecik/halus keluar dr setiap bintik hitam..
Nampak air rendaman little bite OILY ...

Lepas 30 minit, aku bilas & potong..Lepas tu rebus macam biase...
Alhamdulillah....lepas masak, aku biarkan sejuk dalam sejam..Warna kulit sweet potato tu x bertukar jadi mcm yg sebelum ni...


So harap2 info ini berguna pada kita sebagai ibu2 ni prevent family dari perkara yg x diingini..
Usaha Tangga kejayaan..
Kalo dh rendam jadi jgk..itu Kuasa Allah..





End

Rashes Pada Ammar

As Salam

Seminggu lepas Ammar lahir. cuaca dkt KB Panas Terik sgt...Smp rase nk ON air-con 24jam..Sampaikn Ammar naik ruam dekat setiap pelipat..Maksudnya...dekat blkng lutut, lengan, tengkuk, ketiak.. Kesian sgt...

Bile blk KL, aku tny kakak2 aku..Dieorg suggest aku bancuh tepung beras + air dan tepek pada tempat ruam mcm bedak sejuk.. Gini :
Alhamdulillah teknik ini menjadi...
Pakai 3-4 kali je dh hilang..Syukur sgt...Kesian tgk Ammar time tu...huhu





#throwback
End

Madu

As Salam

Udah lama nk update entry ni..Tapi asyik la lupe sajok.. Ape kes ntah.. Cite lain ingat.. Cita yg dijanjikan x tercite-cite-kan..kiki..

Ok.. Igt lg x entry suprise dr Hata.. Bkn suprise ape sgt pun... Hata beli brng online, then address ke opis aku.. Nama aku..Mau x conpius kan? Huhu.. Actually brng yg Hata beli dulu tu adalah ini :
Madu Lembah Hadramawt

Alhamdulillah.. So far makan ini ok sikit badan.. Mase aku dirundung LOW BLOOD PRESSURE hari tu & kini, bile dah makan madu ni 1 stick/day.. Dah rase ok sikit dah.. Che mek pun suka.. Kalau ikut mood, boleh makan smp 2-3 stick in 1 time..boleh?

So, kalo berminat, boleh la search dkt internet ye...huhu



End

Makanan Tambah Darah...

As Salam

Atas nasihat doktor yg mngatakan blood pressure aku berada di atas pagar.. Makanya kelmarin aku ajak Hata g mkn ini :
Kerang rebus - Uptown D'Sara..

Alhamdulillah...
Lepas makan almost 30 biji, badan rasa ok sikit...
Menakjubkn betul rasenye....


So to those yg low blood pressure, boleh la makan ini.. Agak2 x bleh telan ini, makan la sayur bayam ke.. Hati ayam ke...ape2 la (sila cari dlm tenet) mknn yg boleh tingkatkn tekanan darah kita.. Bahaya wooo..kalo low blood pressure ... Aku rase mcm nak menangis mase nak tumbang waktu tggu nasi lemak hari tu...




End

Khasiat Buah Delima..

As Salam

Sekarang ni aku rase mmg musim buah delima kot..kan?
Sebab nampak ramai je org jual dekat pasar malam...
Aku tak terkecuali jadi pembeli sebab dah lama rasenye x makan buah ni...
Tetibe terigt mase pregnant kan che mek dulu.. Azab betul rasanya mncari buah ini sebab waktu tu bkn musim dia...Sampai ke sudah aku x dpt mkn..Mcm tu jgk dgn air kelapa...X sempat nak mimum..udah che mek keluar dr oven..huhu

Ok..Semalam & mggu lepas aku dh mngadap buah ini..So skrg saje nak share khasiat yg kite boleh dapat dr buah delima nih..Byk khasiat dia sebenarnya..Cuma part nak minum just dia tu...Kita kena pandai cari jus minuman yg berkualiti..kan?

Merah...Sedap...Manis...Layan...

KHASIAT BUAH DELIMA


MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Buah delima bkn khusus utk ibu2 mngandung je...Kite yg biase2 ni pun boleh makan jgk..
Sementara ada musim, baik la kite makan sebaiknya..Nnt dh bkn musim, sila la minum jus - nya sahaja..huhu



Sumber - Tenet & FB
End

Low Blood Pressure

As Salam

Dah 3 hari x menghupdate blog..Kesian blog..Kesunyian nak dgr bunyi keyboard keletung keletang aku menaip..hoho

Actuallty since monday, badan aku x berapa nak segar sgt...Rase ting tong sikit tertambah dgn ada 1 rasa sakit...X bleh nak cite byk sbb aku pun x sure penyakit ape...

Makanya, semalam aku dah x tertahan lagi...Lepas je amik che mek terus ajak Hata g klinik...Rupa2nya " Low Blood Pressure ".. Now wonder la kekadang aku ada rase mcm nak melayang sikit.. Tapi still boleh imbangkn diri.. Semalam mmg x tertahan. Blk je dr AEON Wangsa Maju, terus kene baring dekat seat blkg. Smp rumah, terus je selesaikan apa yang patut & Zzzzzz.. Sedar2 bunyi alarm pkol 5.50am td sajok..

1st time aku kene Low Blood Pressure nih.. Xtau la kena & macam mane bleh kena...

Setelah bertanya & tgk tenet... Maka MILO & HOLICKS adalah minuman yang terbaik untuk si pengidap LOW BLOOD PRESSURE.. But skrg..I'm NOT IN MILO/ HORLICKS MOOD.. So camner tuh??

Jom aku share sikit ttg LOW BLOOD PRESSURE :

What are low blood pressure signs and symptoms?

If low blood pressure is the normal state for a patient, then there will be no symptoms. However, if low blood pressure is symptomatic, then the patient may feel the following:
  • Lightheaded and dizzy
  • Unsteadiness as blood flow to the brain is decreased
  • Blurring of vision
  • Weakness
  • Confusion
  • Nausea
Blood pressure is the force exerted by circulating blood on the walls of blood vessels. It constitutes one of the critically important signs of life or vital signs which include heart beat, breathing, and temperature. Blood pressure is generated by the heart pumping blood into the arteries modified by the response of the arteries to the flow of blood.
An individual's blood pressure is expressed as systolic/diastolic blood pressure, for example, 120/80. The systolic blood pressure (the top number) represents the pressure in the arteries as the muscle of the heart contracts and pumps blood into them. The diastolic blood pressure (the bottom number) represents the pressure in the arteries as the muscle of the heart relaxes following its.
Ehsan : Google

Sampai sekarang sometimes aku rase bdn aku ni mcm shaking2 sikit.. Ting tong sikit.... Rase nak baring je..hoho

Harap2 weekend ni dh boleh ok...Kalo x ok jgk mmg kena serah diri pd doktor semula..


Kwan2...Doa2kn aku cepat sembuh ye..Kesian plk dkt Hata sebab kena jaga che mek sensorang..hoho




End