As Salam
Hari tu, Hata bagitahu aku yang sebelum dia balik ke rumah dari ofis dekat Machang, dia ada singgah ke kubur FIL. Lepas tu Hata bagitahu yang kubur arwah adik tingkatan satu kes dekat SMK Tanjung Mas tu dikebumikan berhampiran dengan kubur arwah FIL iaitu di Tanah Perkuburan Kampung Gayong. Disembahyangkan pun dekat Masjid Taman Uda betul-betul dekat simpang nak masuk rumah kami.
Actually sekolah tu pun memang tak jauh dari rumah kami. Memang tepi jalan je sekolah ni. Kalau nak pegi bandar contoh ke Pasar Siti Khadijah, PCB, Billion Tanjung Chat, Taman Tengku Anis, biasa memang kami akan lalu depan sekolah ni. Kira macam jalan dalam la. Kita & anak-anak mungkin dah berhati-hati. Kita rasa kawasan sekolah dah cukup selamat untuk anak-anak. Tapi perkara dah jadikan? Siapa kita nak judge sedangkan kita takde di tempat kejadian.
Boleh tak kalau sekolah yang masih ada ruang area sekolah tu untuk buat 1 tempat khas untuk parking kereta cikgu je. Macam sekolah aku dulu, takde pulak cikgu parking dekat dengan kelas / surau. Semua jauh dari 2 area tu. Means kawasan sekolah aku ada space. Mungkin sebab sekolah kampung kot. jadi tanah tu luas. Sekolah rendah che mek dulu pun, cikgu parking memang dekat tapak macam court badminton tepi kantin & depan kelas. Sekolah Ammar pulak cikgu parking dekat depan area pejabat sekolah. Sekolah che mek pulak cikgu parking dekat depan gate sekolah macam ade court badminton. Cumanya student beratur dekat dalam dewan. Tapi parking cikgu dekat dengan dewan jugak.
Aku baca kes ni terasa jugak sebab kita pun ada anak perempuan & anak lelaki yang memang hari-hari aku kena letakkan kepercayaan & doa semoga che mek & Ammar selamat pegi & balik ke rumah. Kalau pegi biasanya Hata yang hantar, kalau Hata outstation, sejak pindah ni memang aku upah driver van sekolah agama Ammar & che mek yang lama tolong amik ( anak sedara akak van yang hantar & ambil Ammar ). Alhamdulillah mereka setuju nak amik Ammar dan che mek. Aku bayar secara harian. Bayaran lain dari bayaran bulanan. Masa dekat rumah lama, memang aku booking grab je sebab aku tak dapat hantar naik motor. Memasing dah besar. Mane muat naik bertiga.
Tak pe lah. Janji aku yakin yang anak aku selamat sampai ke sekolah dengan driver yang anak-anak aku kenal. Kalau naik grab tu, sebaik aje anak aku naik grab dari depan rumah, memang aku kena monitor grab punya apps sampai anak-anak aku sampai ke sekolah. Dulu dekat app grab takde alamat sekolah Ammar. Hanya ada alamat sekolah che mek. Sedangkan driver grab akan jumpa sekolah Ammar dulu. Jadi dulu kalau anak-anak naik grab, memang aku letak alamat sekolah che mek, tapi mintak driver drop both of them dekat sekolah Ammar.
Aku risau jugak kalau both of them turun dekat sekolah che mek. Ammar pulak jalan sorang ke sekolah. Walaupun jarak pemisah sekolah Ammar & sekolah che mek hanyalah sebuah padang sekolah yang dikongsi bersama. Kalau che mek tu aku harap dah la sebab dah umur 15 tahun. Waktu berjalan pun memang ada orang lalu lalang hantar anak-anak ke sekolah.
Sedih bila Hata cakap kubur arwah ada berdekatan dengan kubur arwah FIL. Sayu pulak hati ni. Sebab arwah baru je beberapa bulan melangkah kaki ke alam sekolah menengah. Baru nak kenal dunia sekolah menengah.
Semoga roh adik ni tergolong dalam orang-orang yang beriman. Amin.

0 comments:
Post a Comment