Apr 19, 2026

JUMAAT MALAM SABTU

As Salam
Hari Jumaat lepas kak Yong ada update yang dia sekeluarga OTW to KL sebab semalam adalah hari convocation anak sedara aku yang belajar dekat Subang Jaya. Mereka update mereka stay dekat ARTE Cheras. Balik kerja aku bagitahu Hata kalau sempat nak pegi singgah jumpa mata dengan kak yong & familynya sekejab. Anak sulung kak yong tak join sebab husbandnya demam. Tapi kami santai-santai aje...Alhamdulillah Hata said OK untuk pegi melawat sekejab.
Masa dekat ofis hujan boleh tahan lebatnya. Sayang kasut punya pasal aku pun wrapped la kasut ni dan masukkan kedalam handbag. Mujur bawak handbag besar hari Jumaat tu.
Balik kerja dengan pakai selipar ini..Ini dalah selipar yang aku guna setiap kali nak keluar pegi beli lunch meal. Selipar seharian berjalan ofis selipar lain pulak, Kiranya aku ada 2 selipar di ofis 😁. Korang ada berapa?

Masa balik, Hata amik dan terus la kami ke Family mart sebab Ammar nak oden, che mek pulak tetibe tukar selera nak makan onigiri tuna je. Lepas tu aku pulak tetibe je tekak ni nak makan sandwich sardin. Lepas beli oden, singgah giant mini beli sardin tin kecik sebab Hata cakap sardin yang dekat rumah tin besar. Lepas tu beli roti Gardenia.

Sampai rumah aku terus masak sardin. Lepas tu makan dengan muka puas hati. Lepas Isyak kami keluar ke Jalan 223. Lama dah tak pergi sini. Kami makan laksa, nasi lemak, otak-otak (RM1.40/pcs) dan telur separuh masak. Lepas makan, baru la aku kol kak yong cakap OTW ke Arte Cheras tu. Aku belikan nasi lemak 10 bungkus sebab nasinya sikit je dengan ayam goreng 5 ketul. Sebab mereka ada 5 orang.

Sampai dekat Arte Cheras, pening mencari parking lot yang anak sedara aku bagitahu. Unit yang dia sewa tu dapat free 1 parking lot. Dah masik basement, ingat adalah laluan naik ke CP6. Sekali tak jumpa. Keluar semula & aku mintak Hata tanya guard. Lepas dapat parking aku kol anak sedara untuk mereka ambil kami.Aiyoooo..agak complicated jugak nak masuk residence sini ye kome. Parking & lobby lift lain, nak ke residence kena tukar lift lain pulak.

Anak sedara aku amik studio unit. RM188/night. OK la.Dapat 2 bilik, 1 katil queen dekat tingkat atas sekali dengan tempat tengok TV. Studio ni complete dengan dapur, sink,fridge,pinggan mangkuk, cawan, kettle & microwave. Borak punya borak, sambil kak yong & salah sorang anak sedara aku makan nasi lemak, jam 
11.30 malam kami pun gerak balik. Sebab esoknya jam 6.30 pagi mereka dah kena ke Hotel Royal Chulan KL tu. 
Sekeping sebelum balik.
Tangga alik kanan tu untuk naik ke tempat tengok TV & ada 1 katil queen.

Balik rumah masih kena tengok waze sebab jalan sini memang agak complicated. Silap jalan kena uturn jauh jugak. Alhamdulillah dalam jam 12 lebih kami pun sampai rumah. Aku hanya perlu mandi & ready to Zzzzzz je sebab dah Isyak sebelum keluar ke Jalan 223. Gambar sandwich sardin & menu dekat jalan 223 lupa nak snap 😁
Congrates to my anak sedara.


Semalam kemana kome?

0 comments: