As Salam
Hari Jumaat lepas kak Yong ada update yang dia sekeluarga OTW to KL sebab semalam adalah hari convocation anak sedara aku yang belajar dekat Subang Jaya. Mereka update mereka stay dekat ARTE Cheras. Balik kerja aku bagitahu Hata kalau sempat nak pegi singgah jumpa mata dengan kak yong & familynya sekejab. Anak sulung kak yong tak join sebab husbandnya demam. Tapi kami santai-santai aje...Alhamdulillah Hata said OK untuk pegi melawat sekejab.
Masa dekat ofis hujan boleh tahan lebatnya. Sayang kasut punya pasal aku pun wrapped la kasut ni dan masukkan kedalam handbag. Mujur bawak handbag besar hari Jumaat tu.
Balik kerja dengan pakai selipar ini..Ini dalah selipar yang aku guna setiap kali nak keluar pegi beli lunch meal. Selipar seharian berjalan ofis selipar lain pulak, Kiranya aku ada 2 selipar di ofis 😁. Korang ada berapa?
Masa balik, Hata amik dan terus la kami ke Family mart sebab Ammar nak oden, che mek pulak tetibe tukar selera nak makan onigiri tuna je. Lepas tu aku pulak tetibe je tekak ni nak makan sandwich sardin. Lepas beli oden, singgah giant mini beli sardin tin kecik sebab Hata cakap sardin yang dekat rumah tin besar. Lepas tu beli roti Gardenia.
Sampai rumah aku terus masak sardin. Lepas tu makan dengan muka puas hati. Lepas Isyak kami keluar ke Jalan 223. Lama dah tak pergi sini. Kami makan laksa, nasi lemak, otak-otak (RM1.40/pcs) dan telur separuh masak. Lepas makan, baru la aku kol kak yong cakap OTW ke Arte Cheras tu. Aku belikan nasi lemak 10 bungkus sebab nasinya sikit je dengan ayam goreng 5 ketul. Sebab mereka ada 5 orang.
Sampai dekat Arte Cheras, pening mencari parking lot yang anak sedara aku bagitahu. Unit yang dia sewa tu dapat free 1 parking lot. Dah masik basement, ingat adalah laluan naik ke CP6. Sekali tak jumpa. Keluar semula & aku mintak Hata tanya guard. Lepas dapat parking aku kol anak sedara untuk mereka ambil kami.Aiyoooo..agak complicated jugak nak masuk residence sini ye kome. Parking & lobby lift lain, nak ke residence kena tukar lift lain pulak.
Anak sedara aku amik studio unit. RM188/night. OK la.Dapat 2 bilik, 1 katil queen dekat tingkat atas sekali dengan tempat tengok TV. Studio ni complete dengan dapur, sink,fridge,pinggan mangkuk, cawan, kettle & microwave. Borak punya borak, sambil kak yong & salah sorang anak sedara aku makan nasi lemak, jam
11.30 malam kami pun gerak balik. Sebab esoknya jam 6.30 pagi mereka dah kena ke Hotel Royal Chulan KL tu.
Sekeping sebelum balik.
Tangga alik kanan tu untuk naik ke tempat tengok TV & ada 1 katil queen.
Balik rumah masih kena tengok waze sebab jalan sini memang agak complicated. Silap jalan kena uturn jauh jugak. Alhamdulillah dalam jam 12 lebih kami pun sampai rumah. Aku hanya perlu mandi & ready to Zzzzzz je sebab dah Isyak sebelum keluar ke Jalan 223. Gambar sandwich sardin & menu dekat jalan 223 lupa nak snap 😁
Semalam kemana kome?





11 comments:
Selipar saya kat ofis satu je. Tu pun jarang guna sebab kalau saya ke surau, kat sana dah ada selipar dah. btw, selipar awak tu cantik la :)
Tahniah buat anak saudara yang konvo tu.
Sekarang banyak bangunan fesyen macam tu, kan. Aritu yang kami dok masa raya, dari parking ke lobby, lif lain. Nak naik ke rumah, lif lain. Agak memeningkan juga.
Tahniah untuk anak saudara Nieza atas convocation dan seluruh family.
Kak SA ada lambakan kasut tinggi je kat opis...itupun jarang pakai..ada event baru guna..atau nak pi level lain htr document...akak dlm perjalanan balik Seremban dari Kuantan..
Uncle ada selipar rumah je.... (sebab uncle takde opis) Hehehehe
Tahniah untuk anak saudara akak. Rindu pula nak konvo..
Lama sudah berlalu.
Congrats utk anak sedara 👏🏻👏🏻👏🏻
Sbb tu PH kalau cari homestay suka landed property. Leceh la nak cari parking, lift dsbnya. Tapi kalau di KL ni mmg high rise la yg banyak option kan nak² di tengah bandar.
Teringin sandwich sardin la pulak 😅
selipar kat opis ada satu jer ie utk pakai gi amik wuduk, kasut ada 2 ie tukar2 gilir pakai ikut mood..mcm nak bwk lagi kasut2 kat rumah/dlm keta then letak kat opis hahahah 2nd home kan!
tahniah buat anak saudara Nieza...
linda ada selipar 1 je dekat pejabat.. kalau keluar pejabat, memang pakai kasut pejabat je, masuk pejabat tukar selipar
Dulu saat masih kerja saya pun sedia sendal khusus di kantor. Apalagi kaki saya tipe yg memang wajib pakai sendal di dalam ruangan manapun . Yg di rumah macam sendal kakak yg purple tuh, tp punya saya hijau 😄. Untuk toilet pun beda. Makanya kalau menginap di hotel dan tidak ada slipper disediakan, saya pening juga 😅. Cuma skr dlm tas travel selalu ada slippers. In case hotel tak menyediakan
Baizura : Owhhh...Sy solat dlm tempat khas dkt ofis. Sbb dlm ofis kami mmg tak kasut kasut yg dpakai dr rumah =D
Cie : Alhamdulillah. Thx cie =D
Tot : Betul tu sis. Pening sy =D
SA : Wahhh..SY dh agak lama x beli heels. Raya tahun ni pakai kasut sarung flat =D
Uncle : Jimat =D
Cuya : Thx dear =D
PH : Thx sis.Iye.Dlm KL susah nk jari yang landed. Ini pun anak sedara cari sbb dkt dgn TBS =D
MZ : 1 pun dh ok sis. Sy mmg kena lebih sbb utk pakai dlm ofis & pegi beli mknn. Sbb biasanya sy pakai kasut yg kena brstokin dari rumah. Jadi mls nk pakai stokin & kasut utk beli mknn yg x smp 15 minit =D
Linda : Thx dear =D
Fanny : Dirumah sy pun ade 1 selipar sarung tapi hanya pakai Waktu pagi sbb lantai sejuk Waktu itu =D
Post a Comment