As Salam
Hasil dari permintaan Hata, maka petang Sabtu tu aku pun masak la serawa durian. Aku masak simple je. Mujur semua bahan dah ada kecuali gula merah. Aku ganti dengan brown sugar. Aci tak? 😁
Aku masak seperiuk yang sederhana je.
Bila santan dah mendidih baru aku masukkan durian.
Arwah mak aku pesan, kalau isi durian dah terlerai dari bijinya, consider dah masak elok la serawa ni. Aku tak masukkan kacang hijau dalam serawa ni.
Serawa Durian.
Alhamdulillah..Dalam sejam jugak nak masak serawa ni. Dah siap masak Hata sanggup turun pegi kedai runcit beli roti gardenia. Makan serawa ni dengan roti. Alhamdulillah. Hata kata LULUS. 😆
Aku kalau serawa durian ni memang suka makan dengan roti atau makan begitu sahaja. Dulu-dulu dekat kampung tiap kali musim durian memang selalu la arwah mak masakkan untuk kami. Lempuk durian pun aku suka jugak. Kadang-kadang kalau jumpa dekat Pasar Siti Khadijah tu memang aku akan beli sebatang. Tapi nak mengabiskannya tu memang amik masa. 😆
Selain dari durian sahaja & tempoyak, korang suka durian dalam versi yang mana?




Kalau kat area kampung mak akak, kitorang x panggil serawa durian..kitorang sebut gula durian..baru ni akak buat..dapat la seperiuk kukus tu..suami la suka..akak kureng kalau serawa ke bubur ke...
ReplyDeletesy plk 1st time dgr gula durian =D
DeleteFinally durian in da house ye Nieza hehe ...
ReplyDeletePH kecik² hanya makan durian mentah (durian itself) je. Tak makan tempoyak, lempuk dsbnya. Dah besar baru reti makan tempoyak, lempuk kurang gemar sikit
Ya sis. Dh brjaya bwk masuk rumah =D
DeleteSis juga tak buat-buat.. nak buat aja tak jadi.. last-last rasanya akan habis durian tu di makan begitu aja hahahaha
ReplyDeleteAlamak =D
DeleteTak makan serawa. Tempat Cie kuah durian makan dengan pulut.
ReplyDeleteIye.Kak ipar sy mkn serawa ni dgn pulut. Sy dh try.OK jgk la =D
DeleteSama la wak... kat rumah kita ni pun baru lepas makan serawa durian haha burp burp bau doyan 😁
ReplyDeletehahaha..ok.Kita geng =D
DeleteSaya nih penyuka durian dalam bentuk apapun kak 😍😍😍😄. Mau makan begitu saja, atau dijadikan kolak durian, dijadikan kue, tempoyak, semua sukaaaa. Kalau di Jogja ada juga kopi durian. Itupun sedaaaap sangat.
ReplyDeleteOk..Kita geng. Tp part kopi durian tu sy belum pernah cuba =D
DeleteErrrrrr... uncle bukan 'orang durian'.... huhuhuhu
ReplyDeleteOk.tak geng =D
DeleteSedap.. nanti pokcik nak suruh bini pokcik buat serawa ni
ReplyDeleteNice. Mkn cicah roti pun sedap ni =D
Deletesaya suka pengat durian sbb tu menu fav my arwah ayah dan our family..serawa ni..saya hanya tahu nama dan kenal kewujudannya last few yrs ajer hahhah
ReplyDeleteOk kita geng sis. Baru tahu pun kita geng =D
DeleteSejak makin berusia ni tak kawan dengan durian dah.
ReplyDeleteAdehhh..Sy pun dh x bleh mkn byk dh...Buat raso2 boleh la =D
Delete