As Salam
Alhamdulillah aku berjaya penuhkan aktiviti hari minggu cuti sekolah anak-anak kali ni. Hari Ahad aku bawak kids ke Zoo Negara. Dekat bebenor dengan rumah teman ni kome wehhh...Tak sampai pun 15 minit dah boleh sampai kalau MRR2 tu tak jammed.
Malam sebelum tu aku mintak Hata buatkan inti sandwich tuna. Pagi lepas subuh, tak tido semula tapi kami semua bersiap-siap . Hata sempat jugak masakkan kami mihun goreng separuh paket. Bawak jugak sebekas roti sandwich tuna. Air tu bawak air masak je. Jam 8.15 pagi kami dah ada dekat parking lot Zoo Negara.
Sekeping untuk kenangan. Last pegi sini masa hari Wesak 2024.
Contact abang sedara aku untuk amik ticket. Dia tolong belikan.
Dia jaga kandang harimau kumbang.
Jumpa burung ni penuh dekat atas jalan nak meneruskan lawatan.
Bertaburan mereka berjalan-jalan atas laluan kami ni. Tapi burung ni baik je. Tak mengejar kami pun. Kami lalu slow-slow dia gerak jugak jarakkan diri dia dengan kami. 😁
Memula jumpa girrafe / zirafah ni seekor je.Rupanya dekat area safari ada lagi 2 ekor kalau tak silap aku. Pagi tu girrafe ni aktif ber jalan kesana kesini.
Hata cakap inilah itik serati yang kami makan tiap kali sebelum ke Pengkalan Kubor untuk bersarapan. Aku memula was-was. At the end accept aje la sebab Hata je yang tahu sebab dia kan memang orang kelate. 😁

1st time aku nampak tiger / harimau ni aktif kome.
Sebab 2 tahun lepas, waktu kami pergi Zoo Negara, harimau ni duk diam je.Mungkin sebab baru lepas makan kot. Tapi hari tu harimau ni aktif duk main kain yang tergantung tu. Sampai ralit aku amik video dia. 😁
Sekali pandang comel pulak le si rimau ni...😁
Gajah ni ralit makan je. Takde jalan kesana kesini.
Seekor lagi membelakangkan kami. Tengah makan jugak.
Tengah tengok white tiger, abang sedara aku laung nama aku ...Terkojot den.
Dia panggil untuk datang dekat kandang yang dia jaga.
Lepas tu dia keluarkan anak musang ni untuk kami pegang sekejab.
Bising kebenor anak musang umur sebulan ni kome. 😁
Dekat sebelah kandang black panther ni ada kandang kancil.
Black panther ni pun aktif betul dia pagi tu. Abang sedara aku panggil, dia terus datang dekat tepi pagar dekat dengan abang sedara aku sekali dengan bunyi seh seh..Takut jugak aku dengar dengusan tu. 😁. Masa abang sedara aku bercerita tentang black panther ni, datang la pelawat lain...Black panther ni pulak bila abang sedara aku tak panggil, dia pegi masuk gua dia sebab dia sejenis yang tido waktu siang. So pelawat tu mintak abang sedara aku panggil balik dia untuk datang mendekat. Tapi black panther tu datang duk situ aje. Tak datang mendekat. Abang sedara aku cakap, bila dengar suara abang sedara aku ni, dia ingat abang sedara aku ajak dia masuk balik dalam cage untuk tido. Padahal baru je keluar masuk kandang ni. 😆
White tiger.
Habis sesi melawat black panther & anak musang, kami sambung semula melawat white tiger. Ada 2 ekor white tiger dalam kandang ni. Seekor tak banyak bergerak. Tapi yang aku snap gambar ni aktif kesana kemari sampai masuk dalam air berjalan hujung ke hujung.
Lama tak jumpa lembu 😁
Aku lupa nama binatang ni. Tapi bau dia wangi...
Sebelum masuk tempat panda, jumpa unta ni dulu. Unta ni tak aktif.
Dekat sini ada 2 ekor panda. Seekor tido je. Seekor lagi aktif kesana kemari.
Besar betul orang utan ni. Duk diam je dekat sana tak bergerak.
Sapa nak tengok real capybara boleh datang sini. Waktu ni oyen yang viral tu macam tak nampak duk dalam ni. Oyen tu adalah kucing viral yang tinggal bersama dengan capybara dalam Zoo Negara ni.😁
Kangaru ni banyak dalam Zoo Negara ni kome.
10:20 pagi kami dah duduk dekat sini untuk tunggu show jam 11:00 pagi. Pegi awal sebab nak makan bekalan yang kami bawak. Waktu orang takde ni la boleh makan senyap-senyap. Memasing pun dah lapar kome. 😁
Dia ni la yang aku cakap wangi tu. Korang google aje la ye. 😁
Tengok la show ni ha...
Habis show pegi dekat akuarium sekejab.
Selesai lawatan dekat akuariaum, kami pun berangkat pulang. Tak sempat pun nak jumpa abang sedara aku sebab Ammar cakap dia masih lapar. Jadi sebelum balik rumah kami singgah Q Bistro. Hata & Ammar je yang makan nasi. Aku & che mek minum air je. Sampai rumah mandi, solat. Jam 2.30 petang aku habiskan baki mihun goreng bekal pagi tadi lepas tu jam 3:30 petang suruh anak-anak lelap sekejab.
Sebelum maghrib Hata ingat nak masak. Tapi penyakit M mengatasi segalanya. Sebab aku pun M jugak. Jadi lepas maghrib aku & Hata ke Plaza Idaman dekat Ong Tai Kim tu beli shawarma...
Dekat setengah jam jugak menunggu sebab ramai orang.
Kami beli shawarma ayam & daging.
Aku suka shawarma dekat sini sebab daging ayam / lembu dia juicy, lembut & shawarma tu sendiri tak kering. Cukup rasa & sos. Harga untuk yang size kecik RM13.00 & yang besar RM18.00 kalau tak silap aku.
Selesai aktiviti hari Isnin. Dua tahun sekali melawat Zoo Negara. 2 tahun akan datang pulak la melawat lagi kalau ada umur yang panjang. 😁
Korang dah berapa lama tak pergi Zoo Negara?


























Hahahaa lama sangat wak kita x jejak zoo negara ni. Rasa nya last jejak dh lbh 10 thn kot.. ermm nak kena jejak balik la camninkan 😅😅
ReplyDeletecute sungguh harimau tu! last i gi zoo last few yrs bwk razeen (rasa2nya sbb menang tix hadiah contest)...dh tak ingat tahun berapa, may be 2022 kot
ReplyDeletelama dh tk ke zoo..bw tisya dlu time die kecik umur 3 thn lps tu ada lawatan opis buat time cuti sekolah 2018
ReplyDelete