UNPLANNED DINNER AT SOGO

As Salam

Hari Jumaat minggu lepas adalah hari terakhir kids follow Hata ke ofis. Balik kerja aku ajak Hata dinner dekat MyTown. Waze suruh ikut jalan dataran merdeka. Tapi jalannya tutup & suruh lencong ke Pertama Complex & mesti la lalu depan SOGO. Jadi aku bagitahu Hata, kita cancel la pegi Mytown. Dinner dekat SOGO aje la dah alang-alang lalu sana. Jadi kami parking kereta dekat Pertama Kompleks. Jalan kaki ke SOGO terus ke level 7.

Alhamdulillah waktu ni orang memang tak ramai & meja pun banyak pilihan. Dah pilih meja, kami terus la order makanan pilihan masing-masing.
Aku dan che mek pilih menu yang sama sebab kami berdua lapar tapi tak nak makan nasi.

Ammar request nak nasi ayam. Hata pulak beli yong tau foo. Dua-dua tak sempat amik gambar sebab memasing tengah layan mengadap menu masing-masing. Lepas makan kami naik ke tingkat 7 sebab ada event promo untuk perfume. Aku berkenan pulak dengan bau dari Micheal Kors. 4 items hanya RM199.00. Dapat 100ml pulak tu. Tapi bila teringatkan semula perfume dekat rumah. Terus kita bawak balik bau aje la. 😆.

Jalan dekat concourse area pulak. Takde yang berkenan. Jadi kita jalan kaki balik ke Pertama Komplkes. Alhamdulillah sampai rumah sebelum maghrib. Aku cakap dengan Hata next time balik kerja boleh la singgah SOGO lagi sebab boleh sampai rumah sebelum maghrib. 😆

Sabtu pagi aku & Hata tak briskwalk sebab jam 10.30 pagi kami akan ke Puncak Alam untuk majlis kesyukuran bos Hata yang waktu tu anak dia dapat masuk universiti dekat Pantai Timur. Jadi pagi tu hata hanya masakkan indomee untuk sarapan.
Alhamdulillah kenyang sementara nak sampai Puncak Alam yang perjalanannya amik masa dalam sejam 10 minit.

Lepas makan, hujan turun dengan lebatnya. Nak lari ke kereta pun tak bleh sebab kami parking kereta keluar dari simpang / lorong rumah bos Hata ni. Hujan dah reda sikit kami berlari la masuk dalam kereta. Sampai rumah dalam jam 3 petang tu panas terik ye kome. 

Jam 4.10 petang Hata seorang hantar Ammar ke padang training bola lepas tu Hata pun balik rumah. Jam 6.10 petang Hata pergi semula ke padang untuk ambil Ammar.

0 Comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.