Apa yang menyebabkan berlakunya kemurungan selepas bersalin?
Ia berkait dengan perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Walaubagaimanapun, anda lebih berisiko untuk mendapat masalah ini sekiranya:
- Anda mempunyai masalah kemurungan pada kelahiran bayi yang lepas.
- Anda kurang mendapat sokongan dari suami dan ahli keluarga
- Bayi anda kerap sakit dan mengalami kolik
- Anda mengalami banyak tekanan perasaan
- Anda juga berisiko tinggi sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami masalah bipolar disorder
Apakah simtomnya?
Wanita yang mengalami Postpartum Depression seringkali:
- Berasa sangat sedih, kecewa, rasa tak berguna
- Rasa tidak bermaya dan hilang minat kepada segala benda
- Tidak lalu makan dan kehilangan berat badan
- Sukar tidur
- Tidak dapat memberikan tumpuan
Bagi mereka yang mengalami Postpartum psychosis simtomnya adalah lebih serius:
- Melihat atau mendengar benda-benda yang pelik dan tiada iaitu halusinasi
- Rasa seperti mahu membunuh diri dan mencederakan bayi dan orang sekelilingnya
Bagaimana Postpartum Depression boleh didiagnos?
Doktor selalunya akan membuat pemeriksaan fizikal dan bertanya tentang gejala yang anda . Pastikan anda bertanyakan doktor tentang perasaan anda pada pemeriksaan pertama selepas lahir. Doktor mungkin akan membuat follow-up terhadap simtom anda.
Bagaimana ia diubat?
Postpartum depression selalunya dirawat dengan ubat anti-murung dan nasihat kaunselling oleh pakar psychiatri. Untuk memastikan anda pulih dengan cepat, pastikan anda mendapat makanan yang seimbang dan buatlah senaman setiap hari. Dapatkan tidur yang secukupnya dan sokongan dari keluarga dan rakan juga diperlukan.
Jangan merasa rendah diri sekiranya anda mengalami masalah ini, ia tidak bermakna anda seorang ibu yang tidak baik. Memang ramai yang mengalami masalah yang sama dengan anda, tetapi ia mengambil masa untuk sembuh dan rawatan seharusnya akan membuatkan anda pulih dengan lebih cepat.
0 Comments:
Post a Comment
DISCLAIMER: All content provided on this "thisni3zahata.blogspot.my" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of thisni3zahata.blogspot.my will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.