Friday, July 21, 2017

CARA MENGATASI MASALAH KUTU DI KEPALA

As Salam

Aku terpanggil nak share ttg issue diatas sebab perkara dah terjadi pada che mek...Kesian tgk anak tergaru2 kepala mcm STRESS sangat...Aku pun sakit mata & sakit kepala fikir cara nak mengatasinya...

Sebelum tu, meh aku share dulu salasilah cik kutu kepala ni ye...

Apa / Siapa itu Kutu kepala?

Saiznya kecik je dalam 2-4mm…Kutu ni tidak bersayap ye..Dia merayap-rayap sambil hisap darah pada kulit kepala mangsa. Kutu ni port BERTELUR dia adalah dekat pangkal rambut (dekat dengan kulit kepala) dan akan menetas dalam tempoh 7-10 hari. Bila dah menetas si anak kutu akan mula menghisap darah sampai la dewasa (9-12 hari)… Kutu dewasa boleh hidup dekat kepala si mangsa hingga 4 minggu sebelum mati.

Kalau kutu betina, mereka boleh hasilkan 6 biji telur SETIAP HARI selama 30 HARI.. (30 X 6 = 180 biji telur) Boleh bayangkan tak betapa meriahnya mereka membiakkan diri?? Telur kutu boleh bertahan selama 3 hari yang mana mereka hanya akan menetas pada suhu kulit kepala..Suhu lain si telur tak boleh menetas. 

Walaupun kutu ni tidak bersayap..Tapi mereka ni boleh dikategorikan sebagai pelari pecut untuk spesis mereka sebab ia boleh merangkak dengan kelajuan 23cm SEMINIT…Sebab itu kita kena sikat keseluruhan rambut kalau tiba masa menjalankan misi pencarian..Sebab masa kita sikat kepala sebelah kanan, kutu ni merangkak pecut ke kepala sebelah kiri..Macam main peek-a-boo..

Kutu kepala ini bukan macam kutu badan…Jadi binatang peliharaan macam kucing dan anjing bukanlah pembawa kepada kutu jenis ni.. Kutu ini jugak bukan pembawa kepada apa-apa penyakit.

Punca jangkitan KUTU :
  • Menggunakan skaf / sarung kepala, sikat atau berus rambut dan tuala mereka yang telah dijangkiti. 
  • Apabila rambut si pembawa menyentuh rambut si mangsa (biasa berlaku time tidur)

Tanda-tanda kepala dijangkiti KUTU : 
  • Rasa gatal di kepala. Rasa macam ada benda bergerak-gerak melawat kawasan dekat kepala pun iya jgk.
  • Tanda-tanda merah yang terdapat pada permukaan kepala, leher maupun belakang telinga.
  • Terdapat bengkak di belakang telinga.
  • Terdapat telur kutu kecil-kecil di rambut, bersinar seperti kelemumur tapi susah nak dibuang sebab telur tu melekat dekat rambut.

Cara Menghilangkan / Menghapuskan KUTU :

1. Sikat rambut ketika basah
Gunakan sikat kutu khas. Ia mempunyai gigi sikat yang lebih rapat daripada sikat biasa. Basuh rambut menggunakan syampu dan sapukan perapi rambut. Gunakan sikat biasa untuk meleraikan kekusutan rambut. Apabila rambut telah terlerai, gunakan sikat kutu, bermula dari kulit kepala ke hujung rambut. Kutu akan terselit pada celah-celah gigi sikat yang rapat. Singkirkan kutu pada sikat dengan mengetuk-ngetuknya pada permukaan keras atau dengan mengalirkan air pada gigi sikat. Pastikan kutu-kutu yang tersingkir daripada celah gigi sikat segera dibunuh.

Ulang pada setiap bahagian kepala dan rambut supaya tiada kawasan yang tertinggal. Bilas rambut daripada perapi dan ulang proses menyikat rambut dengan sikat kutu semasa rambut basah. Ulang proses ini pada hari ke-5, 9 dan 13 supaya kutu-kutu yang menetas dapat dibuang sebelum ia dewasa dan mula bertelur.

2. Ubat losyen atau penyembur
Ubatan seperti losyen dan penyembur hanya boleh digunakan apabila terdapat kutu yang hidup di kepala. Masa yang diambil dan bagaimana untuk menggunakannya bergantung kepada produk. Rawatan harus dilakukan sekurang-kurangnya berselang 7 hari bagi membunuh kutu-kutu yang baru menetas kerana kebanyakan ubatan ini tidak membunuh telur.

Aku recommend liquid gel macam gambar dekat atas ni sebab product ni langsung TIDAK MEMEDIHKAN KULIT KEPALA . Bertindak macam minyak rambut je...Mula-mula kita letak liquid ni dekat rambut dan urut pelan-pelan sampai rata 1 kepala..Biarkan dalam 30 minit . Dalam masa yang sama, kita sikat rambut dengan sikat kutu so that kutu-kutu yang dah pedih mata tu tak boleh lari pecut 23cm seminit dan tersangkut dekat gigi sikat. 

Kalau kawan aku dulu, mak dia guna ridset je....Suruh si anak tutup mata, si emak sembur ridset 1 kepala..Lepas tu balut kepala dengan tuala / shower cap dalam setengah jam...Lepas tu mmg bleh nmpk hasilnya...Then shampoo la kepala macam biasa...

3. Cuka dan minyak
Telur kutu melekat kuat pada rambut. Untuk menghilangkan gam yang melekatkannya pada rambut, celup sikat kutu dalam cuka suam sebelum menggunakannya. Boleh juga menyapu cuka terus kepada kepala dan gunakan kutu untuk menyikat rambut. Kemudian biarkan selama lebih kurang 45 minit sebelum dicuci.

Sebagai alternatif, gunakan minyak seperti minyak zaitun atau kelapa dan biarkan 1 jam atau semalaman dengan memakai penutup kepala seperti shower cap atau balutan tuala kecil. Boleh juga tambahkan bawang putih yang ditumbuk hancur ke dalam minyak yang dimasak untuk lebih efektif. Ulang beberapa kali seminggu untuk memastikan tiada kutu dan telur yang tertinggal.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan anak-anak daripada berkongsi peralatan rambut seperti sikat atau berus rambut bersama rakan-rakan.

4.  Gunakan Sabun Buku
Korang pernah tengok sabun buku kan?
Sabun Fab Buku
Dulu zaman aku kecik, memang gunakan sabun ini utk basuh kain.. Namun, sabun ni bukan sekadar mampu menanggalkan kotoran pada baju, malah sabun ni jugak mampu untuk menhalau / menghapuskan KUTU.

Caranya korang kena buat sabun ni sebagaikan shampoo kepala..Bila dah shampoo, balut kepala yang masih bershampoo dengan tuala / shower cap dalam 30 minit. Lepas tu basuh bersih. Biasanya kutu akan mati / lari keluar dari kepala mangsa.

5. Gunakan Hair Straighten

Cara ini pun boleh diguna pakai jugak untuk mematikan telur kutu... Kalau dapat dengar bunyi letup-letup telur kutu tu, boleh jadi muka mcm PUAS gila..Matilah kau!!!..Gitu perasaannya... 


Cara Menghindari Jangkitan Kutu :
  • Hindarkan diri dari si pembawa..
  • Hindari dari menggunakan barangan yang digunakan oleh si pembawa..
  • Elakkan berlaga kepala dengan si pembawa - contoh selfie pipi ke pipi bagi yg free hair..
  • Sentiasa memeriksa kepala dengan sikat rambut menggunakan sikat kutu.

Ok...Rasenya penerangan dekat atas dah cukup utk kita berhati-hati dalam menangani serangan KUTU kepala ni..

Kalau kena dekat budak2, mereka boleh kehilangan selera makan jgk tau..


So..kepada parents yg anak2 mereka menjadi mangsa / si pembawa... Tolong lah ambil tindakan yang serius...

Jangan sebab nila setitik..Rosak susu sebelanga...



End

Wednesday, July 19, 2017

Sewing Project : Kid's Ruffle Top

As Salam

Alhamdulillah..Sempat jgk jahitkan ruffle top buat che mek pakai masa majlis makan2 hari ahad lepas...Plan nak jahit baju sendiri..Tapi kesian plk dekat che mek...Nnt mesti tny baju Qaisara ibu jahit x?..huhu..Walaupun aku ni tailor amatur..Tapi che mek suke je pakai baju yg aku jahit..Redha je anak aku ni..huhu

Alhamdulillah...Dalam masa 2 / 3 jam kot aku dapat siapkan sehelai baju ruffle utk che mek...Itu pun banyakkkkkk sgt iklan dari both of them...huhu
Cotton Ruffle Top

Che mek suka je pakai baju ni...huhu..
Aku pun suka jgk tgk che mek pakai baju ni..huhu





Terasa nk jahit banyak2 baju fesyen ini...Huhu




End

Tuesday, July 18, 2017

Hari Raya Ke-22 : Mini Makan-Makan

As Salam

Hari Ahad hari tu aku & Hata berpeluang utk buat makan2 sikit dekat rumah...Memula mcm x jadi nk buat sebab Hata bz nk handle open house opis..Tapi Alhamdulillah..Allah swt permudahkan semua urusan...Antaranya...

1. Hari Sabtu pagi Hata ade event dekat HKL utk anak2 yg sakit leukemia ... Dapat la pymnt sikit..Boleh topup utk beli brng2...

2. Sabtu petang, my kak yong & kak yang sukarela nak turun KL datang rumah aku...

3. Lauk & Nasi semua cukup...

Alhamdulillah sangat2...Semuanya smooth je rasenye...Sabtu pagi, aku buat air gula & kemas pinggan mangkuk...Aku x pakai polisterin sebab jemputan x ramai...Sabtu malam Ahad tu aku tido pkol 2 pagi..Siapkan goreng ayam, bakar ikan keli, buat agar2 & kemas rumah sikit..My kak yong dah siap2 tlg potongkan bawang, rebus cili..

Lepas subuh kami sekeluarga dah siap2 masak & susun makanan..Alhamdulillah..Pkol 11 pagi aku dah boleh jemur kain...My kakak2 dah boleh berehat sekejab & bersiap2 utk majlis yg brmula pkol 12.30 tghari..

Pkol 1.30ptg..Tetamu pertama adalah opismate aku..Lepas tu dtg lg 1 family ex-opismate & cikgu2 che mek..Lepas tu dtg plk kwn cosplayer Hata... Alhamdulillah..Ruang tamu masih boleh tampung tetamu2 yg datang... Pkol 3.30 ptg my SIL yg dekat Kajang datang..Rezeki lagi bile mereka datang bwk kek coklat moist & lasagna.. Pkol 5pm geng AHRFC dtg..Pkol 6.30pm cousin Hata pulak dtg...

Pkol 8.30pm htr my kak yong & kak yang ke ETS dkt KL Sentral ...Pkol 11pm smp rumah..Anak2 semua dah tido..Aku & Hata kemaskan ape2 yg penting je dulu..Penat wehhh..huhu

Meh kita layan gambo ye..x banyak yg sempat diambik...Kalo aku sibuk bergambo, sape nk layan tetamu ye dak?kiki
Pagi sabtu...
Dah ready dgn 10 botol air sirap & sarsi yg sedia utk diminum...
Kalo habis, Just refill je dalam bekas air...Tak perlu buat air gula dah...huhu 
Kite sibuk mengemas, 2 beradik ni sibuk buat khemah plk bwh meja...Adehhhh 
Soup fish ball makan dgn yee mee...
Menu dinner dari my kak yong..huhu 
Menu :
Nasi Minyak
Ayam masak merah,
Acar mentah ( timun & nenas )
Ulam peria katak yg comel sgt..huhu
Nasi impit..
Kuah kacang
Kuah Banjar (Ikan keli bakar)
Bihun goreng 
Pudding caramel... (Made by Hata)
Agar2
Candy
Keropok sayur
Lasagna..
(Sponsored)

Aku rase bersyukur sgt2 sebab rase majlis ni smooth sgt tau...Aku masih boleh melayan tetamu...Tak perlu refill lauk 10 kali sebab mmg dah siap2 letak dalam bekas besar... Masa tggl 1 fmly je pkol 2.30 pm tu, aku sempat basuh pinggan & cawan2 utk re-stock blk ... My kakak2 pun dah boleh berehat secukupnya...Seronok smp nak menangis rasenye sebab my kakak2 sudi dtg utk tlg..Kalo dieorg xde, rasenye...menangis aku & Hata buat berdua je..ekek 
Tuan rumah...huhu 
Tetamu pertama..
Opismate... 
Tetamu kedua..
ex-opismate..
AHRFC Buddies...
At KL Sentral..
Ini je gmbr aku & my kakak'syg sempat diambil...
Muka aku paling berminyak..huhu
Thanks a lot to my kakak...
Hanya Allah swt je dapat balas jasa mereka...

In shaa Allah, Kalo ade umur panjang, rezeki lebih, tahun depan kite buat meriah lagi..boleh jemput ramai lagi...Kali ni kami tak jemput ramai sebab 1st time buat..Masih tak pandai lagi nk budget..huhu

Ape2 pun..terima kasih sekali lagi pada kakak2 aku..Kome le penyelamat yg Allah swt htr utk bantu aku & Hata supaya majlis kecik ni berjalan lancar...huhu..Terima kasih jgk pada my SIL sebab sudi sponsor cake chocolate yg moist & anak sedara Hata yg sponsor lasagna...huhu



Sedih sikit sebab mak & abah xde...
Kawan2 doakan angan2 aku utk yg berikutnya berjaya ya..Amin




End

Monday, July 17, 2017

Kisah Ammar : AMMAR TURNS 2

As Salam

Dah 2 tahun umur Ammar pada 11 JULY 2017 yang lepas...Takde big bday celebration...Hanya yg simple utk kami sekeluarga..huhu

Hari Selasa, lepas ambik anak2, terus je gi beli nasi kukus & bday kek utk Ammar..Kami beli 1 slice je..Buat syarat..ekekek
Happy Bday Ammar!!! 
Semoga jadi anak yg Soleh...
Semoga jadi pelindung kakak & penjaga kami.. =) 
Lepas potong kek..Memasing makan kek tu smp x ajak pun aku & Hata..
2 beradik ni je yg menghabiskannya..
Padahal time ni kami baru je selesai makan nasi...huhu





End