Friday, August 03, 2018

EVENT ANUGERAH TELENOVELA

As Salam

Hari Sabtu lepas, aku berpeluang utk pergi ke Anugerah Telenovela atas tiket AHRFC...Memandangkan ade lagi kekosongan, jadi aku invite jgk cikgu2 taska Ammar...Huhu..

Event start pkol 9mlm...Masuk dewan pkol 7mlm..Event ni buat dekat Plenary Hall, KLCC...Mase pergi, Hata & anak2 yg htr aku..So waze tunjuk jln belakang..Betul2 lobby pintu masuk ke dewan..Kalo yg naik LRT turun KLCC, memang kena menapak sikit jln ke Akuaria & naik escolator...

Dlm dewan ni, artis2 semua duk level bawah...Fans plk duk tingkat atas...Paling ramai fans Emanizer, fatah amin, fazura, shafiq kyle & ashraf muslim....Jom layan gmbr2 yg sempat aku snap...Kali ni aku bwk compact camera aku je...Rase mls plk nk bwk DSLR..Huhu

Event dimulakan dgn persembahan tarian & kenalkan hos..Aku x kenal dua2 hos ni...Tapi hosting dieorg ok la..Huhu...
Penyampaian anugerah pertama utk kategory kanak2... 
Penyampai anugerah...
Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia
Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)
Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika
Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min
Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong
Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)
Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud

Bawah ni antara penyampai2 anugerah & artis2 yg buat persembahan...
Nyanyi lagu Sesungguhnya- Aliff Satar.. 
TYZO & Suraya 
IPPO Hafiz - Nyanyi lagu OST kimchi Untuk awak...Best!!!!!!

 Mr.Grey Actor & Actress....
Kecoh 1 dewan jerit2 nama dieorg nih..Huhu 

Pkol 11.20mlm aku dh gerak keluar hall sebab Hata dah OTW...Cikgu2 taska pun gerak sekali..Dieorg blk naik grab...Aku blk dgn Hata..Walaupun taska hanya belakang rumah, tapi aku x dpt nk tumpangkan sebab blk dr event ni kami ke lain..Huhu...

Mase dkt luar, rupa2nya ramai jgk artis yg dh keluar dewan utk jumpa fans masing2..So sempat la meks menyelit bergambar dgn retis2 yg sempat disapa utk brgambar... 
ZUL Ariffin..Tak sempat nk bergambar berdua sebab fans dia sendiri dah serbu awal2 lagi...Huhu
X igt nama artis ni..Tapi sempat jgk la mintak bergmbr lepas ade yg lain stop dia dulu sebelum dia turun dr escolator...
Sweet Qismina..Mase otw nk turun escalator, jmp dia..Terus mintak bergmbr..Cikgu2 taska pun sekali join..Huhu 
Kenangan...
Bawah ni senarai penuh pemenang...Malam tu Emma Maembong dinobat as Ratu Telenovela...Award byk menang pada Fatah Amin & Fazura..Havoc giler fans mereka berdua...Walaupun Aiman tak menang, Its ok...Meks enjoy je....Huhu

Ratu Telenovela Serba Dinamik - Emma Maembong

1. Kategori Popular
Novel Popular - Wanita Terindah
Telenovela Popular - Hero Seorang Cinderella
Telefilem/Filem Popular - Wanita Terindah
Pelakon Lelaki Telenovela Popular - Fattah Amin
Pelakon Wanita Telenovela Popular - Nur Fazura
Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular - Fattah Amin
Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular - Nur Fazura

2. Kategori Terbaik
Novel Adaptasi Terbaik - Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)
Novelis Terbaik - Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)
Novel Terbaik - Perempuan Paling Bahagia
Telenovela Terbaik - Mandatori
Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik - Aeril Zafrel
Pelakon Wanita Telenovela Terbaik - Siti Saleha
Pengarah Telenovela Terbaik - Razaisyam Rashid
Penulis Skrip Telenovela Terbaik - Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim
Penerbit Novel Terbaik  - Terbitan Karyaseni Sdn Bhd
Lagu Tema Telenovela Terbaik - Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)
Filem Terbaik - Tombirou: Penunggu Rimba
Pelakon Lelaki Filem Terbaik - Jalil Hamid
Pelakon Wanita Filem Terbaik - Izara Aishah
Pengarah Filem Terbaik - Seth Larney
Penulis Skrip Filem Terbaik - Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren
Lagu OST Filem Terbaik - Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)
Telefilem Terbaik - Srengenge
Pengarah Telefilem Terbaik - Mahuddin Ibrahim
Penulis Skrip Telefilem Terbaik - Wan Mahani Wan Hassan
Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik - Nik Adam Mika
Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik - Mohd Arif Abdullah (Jibam)
Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik - Zara Sophia
Pelakon Veteran Filem Terbaik - Bohari Ibrahim
Lakonan Sokongan Mantap - Zarynn Min
Pelakon Serba Dinamik dan Komited - Emma Maembong
Stesen Penyiar Telenovela Prolifik - Astro
Penerbit Telenovela Prolifik - Global Station
Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela - Rozie Ashid

3. Anugerah Khas
Primadona Telenovela - Fauziah Datuk Ahmad Daud
Seniman Lagenda - Datuk Abdul Rahim Mohd Razali
Tokoh Seniman - Othman Hafsham
Tokoh Seniwati - Datuk Rosnani Jamil
Tokoh Industri Kreatif - Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman

Sumber : http://www.mstar.com.my






End

5 comments:

fiza linolie said...

Bestnya dapat pergi event mcm tu.

vitamin Syaza said...

wah..! :D

Qismina tu tinggi jugak yer orangnya. selalu nampak kecik comeyyy je.

aisyah elsa said...

wah seronoknya jumpa artis. teringin nakjumpa sweet. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 291

farhanna jafri said...

yeayyyy HSC menang anugerah! Suka sangat drama tu. Cantiknya Sweet Qismina, memang sesuai dengan nama komersial dia

this ni3za said...

Seronok jmp..Tapi kena sabar beratur utk bergambar...haha