Saturday, June 15, 2024

CHAMPS - D-WORMS

As Salam
Al-kisah, blk dr bercuti membeli jiwa anak2 ke Melaka tempohari, Ammar ada bgtau b0ntot dia mcm ada itchy2 sikit. Dia dah check cuci bersih ke tak & dia yakin dia cuci bersih dah tapi sometimes akan itchy jgk. Bila aku tny itchy tang mana. .Dia ckp tang tengah tu laaaaa...Ok..Ibu faham dah...😁

Memula tu mmg dah set dah nk gi beli ubat cacing. Risau jgk kan? Tapi bila dah ralit dgn perkara lain & Ammar pun dah x remind kami, maka perkara tu dilupakan...Terlupa terus. Alih2 hari isnin, mase nk pegi sekolah Ammar bgtau gatal tu masih ada tp xde la teruk sgt smp x selesa. Maka hari Isnin lepas keje Hata said kita dinner dekat luar la bleh trus cari ubat cacing Ammar.

Maka lepas dinner kami plan nk singgah big farmasi. Tp bila Hata tengok dekat Guardian ada pharmacist jadi bleh la tny mereka & beli ubat cacing terus.
Kami beli brand ini...Katanya yg ini lagi ok utk kids makan sbb berperisa coklat.
Gini la rupa tablet nya...
Plan asal nk beli Zentel . Tp pharmacist tu offer yg Champs ni sbb dia ckp lagi senang nk telan. Maka kami beli la ini. Mlm td sblm tdo Ammar mkn 2 biji. Lepas 5 minit dia ckp perut dia mcm berbunyi2..Aku jwb mesti ubat tu tengah berperang dgn cacing (kalo ada)...Lepas tu Ammar ckp plk ttibe rase mcm nk poo poo..Aku jawab..haaaa...Mesti dah ada cacing yg tewas 😆

Agak lama jgk Ammar x mkn ubat cacing sbb setakat ni selera makan dia ok..Tak de plk tido menunggeng & simptom2 lain yg menunjukkn dia kecacingan. Harap2 bukan sebab cacing la bontot dia gatal tu. Tapi kalo betul kecacingan, harap2nya tablet ni berkesan utk hapuskn cacing2 tu. Pharmacist tu bgtau kalo betul kecacingan, masa membuang cacing2 tu akan hancur. Ade warna mcm putih yg akan keluar masa membuang.  

Esoknya (selasa) waktu nk pegi sekolah Ammar said kalo dia poo poo dkt school, dia nk tengok poo poo mcmane 😆Blk sekolah ptg tu, Ammar cerita dia poo poo dkt school. Lepas tu masa dia tengok poo poo dia tu, dia ckp ade nmpk putih2 sikit. Apakah???? Betul kot Ammar kecacingan. Mujur dia dah pandai mengadu kan? Tak malu nk cerita apa yg badan dia rasa. Harap2 lepas ni  xde dah gatal2 tu & cacing semua dah dpt dihapuskan oleh tablet tu...

Anak korang dah mkn ubat cacing?
Ade yg mcm Ammar tak?






2 Comments:

Syazni Rahim said...

Anak saya pun makan ni. Memang terus kunyah dan telan. Hahaha

thisni3za said...

Syazni : Kan..Senang sikit =D