Friday, July 26, 2024

ALLAH MAHA MENGETAHUI & SEBAIK-BAIK PERANCANG

 As Salam

Actually aku x sabar nk cerita perkara ni dari semalam lagi. Tapi sebab kekangan kerja jadi kita share cerita ni dihari mulia hari Jumaat. Amin...

Bismillah...

Cerita dia begini...

Kelmarin kan hanya Hata sahaja yg pergi ke Sunway Velocity utk movie Deadpool. Aku & anak2 x pegi sebab kesian dgn dieorg x cukup rehat. Maklum la dah lama kami x keluar mlm & blk lewat waktu weekday 😆. Hata smp rumah pkol 12tghmlm. Lepas dia masuk rumah aku terus naik bilik niat sambung tidur. Nasi dah siap masak, lauk ikan bilis goreng campur sikit petai , kentang, cili padi & bawang ade dlm kuali. Teh o pun dh buat dlm jug. Pandai2 la ceduk nasi dlm pinggan & makan ye 😆.

Tak sempat pun aku nk lena, lepas Hata bersihkn badan, dia kejut aku sebab nk bergossip kome...Dia x sabar nk tunggu esok pagi. Dia nk bercerita kejab tu jgk ..Maka dgn mata berpisat2..Mamai pun aku layan jgk la..

Hata said mujur sgt aku x pegi tadi sebab dia terserempak dgn geng yg fitnah dia 3 tahun lepas masa dah habis movie. Rupa2nya 2 of them mmg sekali dlm panggung yg sama dgn Hata cuma Hata x perasan sebab dlm wayang kan gelap..Hata plk masuk 10 minit lewat dlm panggung tu. Masa lampu panggung dah bukak tu baru Hata perasan. Hata said waktu nmpk tu terus darah dia berlari naik ke muka 😆. 1 of them tegur Hata elok. Sorg lg tu mmg Hata nk jumpa dr dulu kalo terserempak dkt mana2 sebab dia adalah salah seorg batu api waktu tu...Syaitonirraajim sgt dia waktu tu 😈. Terus Hata bg sehembus apa yg dia tahan 3 tahun ni tapi dileraikn oleh yg sorg lg..Nasib x bertumbuk aku rasa dlm panggung tu..Lepas Hata melepaskan lahar dihati, Hata blah tgglkn mereka mcm tu je..Bila dah berusia gini melepaskan lahar dihati...korang bleh imagine la mcmane keadaan dia kan...Gitewwww...

Aku rasa lega sebab aku x de semalam. Sebab kalo aku ada sekali rasenya bukan sorg tu aje yg kena. Yg sorg lg tegur Hata elok2 tu pun kena sebab dia pun boleh tahan jgk mengomen masa tu. Pakkal dia tegur Hata elok2 & x cari pasal je..So that Hata ignore dia... Org yg jarang pamerkn perasaan marah / mulut diam ni korg jgn la buat pasal..Sekali dia meletop...Habis la korang..Silap2 murung sepanjang hayat...Ayat2 dr org2 gini tajam ye kome. Dia bukan tajam mencarut..Tp kata2 dia mmg confirm akan makan dalam.. Aku kenal Hata..Jadi aku tau ayat2 yg dia dah bina sejak 3 tahun lepas  😆. Bila aku tanya apa yg Hata cakap..Mmg ayat tu la yg keluar dr dia kepada si batu api tu.

Alhamdulillah Allah makbulkn permintaan aku utk tidak jumpa langsung dgn mereka walau dimana2 dlm apa jua keadaan & situasi. 

ALLAH TAHU MEREKA AKAN DTG WAKTU TU..
MAKA ALLAH GERAKKN HATI AKU UTK TAKDE RASA NAK FOLLOW HATA..

Sebab Allah tahu itu adalah yg terbaik buat aku..Daripada aku cakap yg buat mereka terkedu smp rasa nk bunuh diri..Baik la aku tak ada dekat sana. Jadi dua2 selamat 😇. Aku sendiri cakap dekat Hata aku mmg x nak jumpa langsung geng sana..Baik yg lelaki / yg perempuan. Semua dr sana aku x nak jumpa..Aku dah maafkn perbuatan dieorg..Tapi aku tak nak jumpa sebab aku xmo ttibe otak aku ni flashback kisah lama & buat aku jadi seorg yg kurang ajar dgn keluarkn kata yg x perlu & tak patut. Tapi sebenarnya mereka mmg patut kena..Gitew..

Ketahuilah bahawasanya sejak dr kejadian tu, setiap hari di setiap sujud aku, aku mintak dengan Allah, redhakn hati aku dgn perbuatan dieorg..Aku tak nak jumpa dieorg dah...Aku mintak Allah jauhkn aku, Hata & anak2 aku dr dieorg...Sebab aku tau aku mcmane..Jadi jauhkanlah...Pada aku dugaan ni besar buat aku & Hata sebab terjadi dekat media sosial...Dah ramai baca posting mamat tu..Dah ramai igt Hata adalah punca sedangkn Hata kepala ekor pun xtau...Aku adalah saksi tentang ape yg dieorg perkatakn tu adalah x betul & fitnah semata...

Gitu lah cerita dia...
Harapnya Allah sentiasa  lindungi aku, Hata & anak2 dari jumpa mereka lagi. Mlm tu mesti Allah tahu Hata dah cukup kuat utk confess perkara ni depan2 dia & sorg lg tu. Mesti Allah bagi ini kali terakhir mereka terserempak supaya terlerai apa yg terbuku dekat hati Hata.kan?





6 Comments:

anamizu said...

aduhai mmg tak suka betul kalau jenis fitnah org ni.. tu lah Allah susun sebaiknya utk sis ni3za ha..

thisni3za said...

Anamizu : Betul..Tp sy rasa bersyukur sgt sy x pergi hari tu =D

Abam Kie said...

mujurlah x berlaku pergaduhan pd mlm tu. fitnah lebih bahaya dari membunuh...

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Jahat memang kalo yg namanya fitnah ini. Semoga lah Allah melindungi keluarga kakak dari kejahatan seperti itu lagi yaa 🤗🤗

Mama Zharfan said...

moga segalanya berakhir dgn baik...memang sedey kalau org buat jahat dgn kita :(

thisni3za said...

Abam kie : Betul tu..

Fanny & MZ : Thx a lot..Amin