As Salam
Hari Sabtu lepas breakfast kami ke management office kediaman kami sebab nak tanya kenapa apps untuk owner tak approved lagi..Sampai sana baru mereka check & approved..Lepas tu kami isi borang online untuk apply permit renovation & bayar security deposit..Selesai tu, kami ke Seri Kembangan - TORA SALE . Masa sampai mujur ada parking yang berdekatan...Cuma harga je tak ngam dengan budget kami...Cuma ada 1 barang je yang aku beli dekat sana..
Dapat beli penyangkut tuala dalam bilik air ala-ala hotel...
Lepas beli terus balik....Panaih kome...Lepas tu Hata ajak pegi D'LOOMA dekat Jalan Ipoh...OK..Jom kita pegi nak puaskan hati & nak settlekan sebanyak perkara yang mungkin untuk cuti 2 hari ni...Ade cosplay event dekat Terminal Bersepadu Gombak yang sejengkal dengan rumah pun terpaksa diabaikan buat masa ni π
Masa sampai tengok orang ramai...
Mujur ade parking untuk customer...Ini bahagian belakang kedai.
Mula-mula sampai kami menuju ke bahagian sinki dulu..Semua ok cuma out of our budget..Semua kena ikut budget ye sekarang ni..π..Jadi kita tinggalkan bahagian sinki dan terus ke bahagian dapur gas & kitchen hood..Yang ini lupa nak amik gambar sebab tengok macam lebih budget sikit..Tapi kalau ikut rege shopee takde jauh beza sangat...OK kami grab set dapur gas & kitchen hood dari brand yang sama...
Lepas tu beralih pulak ke bahagian set sinki & cermin bilik air..Cermin dalam bilik air kedua dah start nak rosak..jJadi kami plan nak bukak cermin yang besar tu dan gantikan dengan set yang lebih kecik
Kami amik set ini untuk bilik air kedua..
Dekat Seri Kembangan tadi rege set ni RM149 & kena tunggu
hari Rabu (esok) baru stock ada...
Lepas tu samaada kena amik sendiri atau
bayar RM80 untuk kos penghantaran,...
Dah jadi RM229 kan? Kalau bawak duit tu kesini dah boleh dapat 2 set. π
Aku geram je nak amik set ni untuk bilik air kedua...
Sekali Hata cakap..."Cari dekat Shopee"..
Baik Bos!!!π
Lepas pilih ini, aku ada amik 1 stand fan brand faber..Ini aku cerita kemudian ya...Sebab kipas ni ada special sikit...Lepas dah pilih 4 barang ni...Tetibe Hata cakap nak tengok aircond...Sebab dekat shopee rege bleh tahan jugak...Jadi Sales Girl yang handle kami bawak kami ke kedai depan untuk tengok air-cond brand lain sebab yang ade dekat kedai belakang ni kami tak berkenan...
Sales Girl suggest kami amik air-cond brand ini sebab brand ni ade inverter & originally dari brand Toshiba..Ada macam-macam yang air-cond ni sediakan..
Plan asal Hata nak beli brand Hisense..
Tapi bila ditambah tolak & bahagi sekali dengan kos pemasangan,
kami boleh jimat RM100 bila beli brand ni...
Nanti dah dapat nombor series air-cond, bleh scan
QR code lepas tu dapat e-wallet..
Untungkan?
Lepas selesai membeli, kami pun balik le kome...Mengeletar dah ni pitih banyak mengalirrrrr...π...Sampai rumah pukul 3.30pm & sedang elok Hata dapat notification electric TNB rumah kami dah disambungkan...Ini pun satu cerita jugak..Hata apply secara online 29/9..Sampai 2/10 masih waiting for approval..Rasa geram jugak sebab sepatutnya approve within 24hrs sama macam Air Selangor...Tapi lambat pulak..Terus teringat dekat sorang kawan kolej Hata ada keje TNB...Aku mintak Hata tanya dia...Tak sampai sejam dua terus ade staff TNB kol untuk settlekan issue ni..Malam tu staff TNB kol mintak Hata re-apply, malam tu jugak buat bayaran RM730 untuk penyambungan semula..
Sambung semula...Sampai rumah pkol 3.30pm tu, maka laju-laju la kami selesaikan apa yang patut..Lepas tu pukul 4.45pm aku & Hata keluar berdua ke AEON AU2 sebab nak beli baldi, mop, sabun lantai dan beberapa barang lain...
Masuk je AEON AU2 Hata ajak gi tengok carpet...
Pilih punya pilih...
Bargain punya bargain...
Dapat la best price & grab 2 carpet ni...
1 untuk ruang tamu, 1 untuk bilik master bedroom..
Dapat free lapik kaki tu..
Carpet ni kami letak dekat kedai dulu sebab nak mencari
barang lain dekat kedai ECO & Mr.DIY

Staff BKK bagitahu dia bagi extra longan dekat air aku sebab nak habiskan stock yang tak cukup untuk satu order...Time nak korek buah longan tu...
Kena korek keluarkan dulu ais batu...
Sepasang RM5.20 dah sekarang...Dulu RM4.80 je π
Mengejar sebelum maghrib nak duplicate kunci sebab esoknya (ahad)
nak bagi kunci dekat contractor kitchen kabinet...Isnin mereka
datang untuk buat lakaran..Rabu start kerja..
Bila dah ada letrik, memasing excited la nak tido rumah baru...Dalam pkol 8.30pm kami hangkut apa-apa barang yang muat kereta untuk dibawa ke rumah baru...Anak-anak la ajak tido rumah baru..Kebetulan jugak esoknya kan aku nak jumpa contractor..Dah tu ada la alasan nak tido sanaπ
Penuh bonet kereta...Ini pun lipat kerusi belakang..
Selesai angkat barang, sebelum buat kerja, kami ke Q Bistro
dulu bagi anak-anak makan untuk dinner...
Aku share dengan Ammar je cheese naan dengan kari kambing...
Tapi kari kambing Syed jugak tetap dihati π
Anak-anak dah kenyang kira suruh la mereka bekerja pulak...
Ini mop bilik che mek sebab nak load barang dalam bilik ni...
Lepas tu mop bilik menjahit sebab kami akan tido dekat bilik tu...
Bilik master bedroom tak boleh tido sebab takde langsir lagi...
Hari yang air dah ada, kami pegi check & hantar barang-barang ni...
Barang-barang beli dekat IKEA..
Comforter beli dekat TikTok Shop Live..
Warna royal purple kegemaran..
Alhamdulillah malam tu kami 4 beranak tido dengan lena...Takde gangguan apa-apa cuma biasa la bunyi kenderaan tu memang ada cuma takde la mengganggu sangat...
Ahad kemana kita kome?
Moh mengalirkan lagi pitih yang ada ni untuk ke rumah lagi...π
1 comments:
Seronok bila buat² rumah, untuk kita tinggal..doa² lah Linda pun dapat tukar cepat...aamin
Post a Comment