As Salam
Hari Sabtu (270925) jumpa contactor kitchen cabinet...Hari Isnin contractor tu bagi quotation..Lepas kira tambah tolak darab bahagi, ade 2 perkara yang kami kena keluarkan sebab nak control budget...Hari Khamis contractor bagi draft design kitchen cabinet macam yang kami nak...
Bukan tak nak DIY macam orang lain..Masalahnya kami takde kepakaran bab-bab renovation ni..Lagi pun ade dinding yang aku nak pecahkan & berkaitan dengan dinding lantai jugak...Jadi sementara ade budget ni, baik la kita guna khidmat yang pakar je...
Lepas tu contractor mintak anggaran ukuran size sinki, dapur memasak, kitchen hood..Kami planning nak mintak contractor buat jugak salur air untuk water dispenser..Hata nak beli water dispenser jadi takde la guna kettle untuk masak air lepas ni...Harap-harap ade la budget untuk itu...Aku tengok dekat shopee harga bleh tahan jugak...Sebab aku tak berani nak ambil risiko bayar langganan setiap bulan dekat water dispenser....
Gambaran secara lisan aku yang divisualkan oleh contractor...
Actually dekat dapur memasak tu ada partition...
Tapi aku mintak contractor buang partition antara yard & dapur sebab nak bagi nampak luas sikit...Kiranya tepi dapur memasak tu terus tingkap..
Lantai yard rendah dalam 2 -3 inci dari lantai dapur..
Aku suruh contractor ratakan lantai dapur & yard sebab tak nak tersadung...
Lepas tu mintak contractor adjust sikit kitchen cabinet
bahagian atas tu buat 2 pintu...
Macam kitchen cabinet sebelum ni...
Kami amik sikit bahagian ruang tamu untuk
tambah ruang untuk letak pegi sejuk...
Sebab ruang peti sejuk alik kanan sudah diambil oleh freezer...
Ade island table impian Hata...
Tapi island table tu idak la sekecik itu ye kome...
Ini kan hanya gambaran 😆
Gambaran dari tengah jalan dari freezer ke dapur..
Muat untuk 2 orang berselisih...
Kalau sebelum ni bahagian yard tu, kalau 2 orang
memang rase macam sempit
Lepas tu kira macam memasak boleh masuk seorang je...
Alhamdulillah...Kami setuju dengan draft ni...Harap-harapnya draft ni dapat dilaksanakan dengan jayanya dekat bahagian dapur kami...Amin
0 comments:
Post a Comment