As Salam
Alhamdulillah...Lepas dapat kunci rumah di hari Jumaat yang mulia end of September hari tu, memasing pun excited nak tengok lagi sekali rumah yang dah jadi milik kami walaupun masih kena bayar bulanan dekat bank untuk amik ukuran sebelum panggil contractor untuk dapatkan quotation yang sebenar..Sebab selama ni kami hanya dapat quotation tanpa tengok secara langsung...Anak-anak excited dan dah mula fikir nak deco bilik masing-masing..Che mek pun excited jugak dia nak pilih warna cat bilik sendiri...
Inilah view rumah kami..Kediaman ni ada kitchen kabinet design lama, peti sejuk 2 pintu, washing machine & kitchen hood...Aku dan Hata pulak dah start kena fikir kos untuk renovate dapur..Kami nak buat kitchen kabinet ikut citarasa kami berdua...Nak yang simple tapi nampak modern...Kami nak fokus pada dapur dulu...Nak bagi ade feel memasak...😆
Kunci rumah pertama kami beserta dengan 3 access card...
Random aje owner ni ye kome..Dia bagi kunci grill & main door je...
Kunci pintu setiap bilik dia letak je terus dekat setiap pintu bilik...
Dia tak declare pun dengan lawyer..Tapi tak pe lah...
Semua kunci bilik ade je dia letak dekat setiap pintu...
Kami dapat 1 car park access card sebab lagi 1 dekat tenant yang sambung menyewa dengan kami pulak...
Dapat 2 access card untuk masuk ke lift untuk naik ke property kami...
Inilah ruang tamu rumah pertama kami selepas 17 tahun kawin 😍
Alhamdulillah walaupun amik masa yang lama...Tak pe...Kami sabar je sebab kami tahu tahap kewangan kami macamane..Allah mesti dah rancang semua ni untuk kami sekeluarga...Allah tahu bila dan dimana DIA nak izinkan kami beli kediaman kami...Yang best kediaman ni dinding rumah sebelah menyebelah tak bercantum...Kira macam kediaman ni sebijik-sebijik tapi berderet & bertingkat...Sebab tu setiap 4 bilik ada tingkap...Cuma tingkapnya mengadap tingkap bilik jiran sebelah menyebelah...
Tapi jangan risau..Aku akan cari kain langsir & jahit sendiri je nanti...Melainkan kalau aku ada jumpa kain langsir pasang siap yang coraknya aku suka..Itu mungkin aku akan beli 😁..Dah boleh start ukur tinggi & lebar sliding door untuk beli kain langsir...Excited ni...Kita gunakanlah ilmu yang aku belajar dari kak cik masa Ammar umur 5 bulan dulu...Ilmu dah 9 .5 tahun...Ingat lagi ke pun?
Kenapa aku cakap Allah tahu bila dan dimana DIA nak izinkan kami beli kediaman kami?
Dah tiba masa yang sesuai...
-- Waktu ni anak-anak dah besar..Dah boleh diharap & dah boleh berdikari sikit-sikit untuk urus diri sendiri..Tak perlu ke taska lagi...Waktu ni aku dah boleh bawak motor dari rumah ke LRT yang perjalanannya separuh lagi dekat dari rumah sebelum ni...Waktu ni jugak aku dah ade skill menjahit..Boleh jimat part upah menjahit dah situ..Dah boleh jahit langsir & mungkin set cadar jugak...Doakan aku ada kelapangan untuk merealisasikan impian aku ni..Amin
Tahap kewangan...
-- Alhamdulillah rasanya waktu ni kami berdua dah mampu untuk bayar kos bulanan kepada bank...Kalau sebelum ni belum tentu mampu..Kalau mampu pun mungkin akan jadi terik...Aku tak nak beli rumah yang menyeksakan kami berdua...Biar kami yakin boleh bayar bulanan baru berani nak beli.
Kemudahan yang ada disekeliling kami...
Alhamdulillah di kediaman yang baru ni, van sekolah anak-anak boleh hantar mereka sampai ke rumah...Cuma kos bulanan bertambah..Tak pe lah bertambah sikit janji anak-anak ada kenderaan nak balik dari sekolah menengah & sekolah Agama...Ammar dari 2 van jadi kepada 1 van je..Akak yang hantar Ammar dari sekolah kebangsaan ke SRA tu katanya boleh jugak hantar Ammar dari SRA ke rumah sebab dia memang ada hantar student dekat area sana..Che mek pun sama...Aunty tu memang ada hantar student dkt sebelah kediaman kami...Alhamdulillah..Selesai part transportation untuk anak-anak.
Klinik pun dekat sangat dengan kediaman..Kalau ada apa-apa kecemasan, takde la kalut sangat...
Kedai makan jangan cakap la..Dari kedai mamak, satay , fastfood sampai ke nasi arab pun ada..Boleh jalan kaki macam dari rumah lama ke kedai mamak bidayah...
Shopping Mall pun dekat jugak dengan rumah...Kalau sanggup, boleh jalan kaki je...Jaraknya aku rasa macam nak sama dengan jarak dari rumah ke Melawati Mall...
Swimming pool pun ada..Jadi lepas ni tak payah pening nak cari hotel yang ada pool sebab dekat rumah Ammar boleh terjun setiap hari minggu...😁
Gym pun ada disediakan..Boleh la kami husband & wife bersenam lebih sikit 😆
Pasar mini kecik pun ada dekat block sebelah..Jadinya kalau setakat nak beli gula, garam, bawang, sardin, telur tu memang takde masalah la...Tak perlu start enjin motor untuk membeli barang-barang asas tu...
Parking pun dapat 2 lot..1 lot kami amik untuk letak kereta sendiri, 1 lot kami sewakan macam yang owner sebelum ni buat...Kiranya tenant yang sedia ada ( Previous owner sewakan dua-dua parking lot tu) akan bayar sewa parking kepada aku...Alhamdulillah dengan duit tu dapat la aku cover duit maintenance fees kediaman kami ni...
Laluan nak balik kampung pun tak off way untuk both side...Makin dekat ade la kalau nak keluar MRR2 ke tol Gombak ..Kalau ke highway Utara selatan pun sama..Memang kami nak cari yang dekat dengan both side...Senang...
Meh aku bawak korang tengok kediaman kami ye...
Ini bilik master bedroom untuk aku & Hata..
Ini view dari sliding door bilik aku...
Pintu alik kanan tu pintu bilik air aku sharing dengan bilik menjahit..
Pintu bilik air kena tukar sebab hari tu aku tengok dah reput...
Tunggu budget sikit lagi...
Bilik menjahit...
Bakal jadi bilik store, bilik menjahit & bilik tetamu jugak...😁
Alik kiri tu pintu bilik air..
Aku & Hata cadang nak tutup pintu bilik air tu....
Bilik menjahit ni, adalah bilik kedua terbesar selepas bilik kami..
Bilik che mek...Bilik depan sekali...
Tingkap tu alik kiri mengadap block depan...
Tingkap alik kanan tu mengadap tingkap bilik jiran sebelah...
Aku rasa bilik ni bilik paling kecik...
Tapi masih muat untuk masuk 1 katil queen, almari baju, meja study
& meja solek yang simple..Mek tu dah pilih dah warna cat bilik dia..
Bilik Ammar...Depan bilik air kedua...
Luas sikit dari bilik che mek...
Aku letak ini sebagai bilik Ammar sebab fikir banyak
jugak barang-barang kami nanti...
Kalau amik bilik ni as bilik menjahit, macamane
nak transform jadi bilik tetamu...Kan?
Bilik ni kalau tingkap ditutup dengan langsir, jawabnya asyik ingat
malam aje la...Cahaya ke bilik ini ada...Cuma kurang sikit..Ok la kot kan...
Nanti dah pindah bukak la langsir tu sikit...
Sebab aku tengok jiran tepi ni tingkap dia sentiasa tertutup je..
Tak pun nanti aku beli window sticker, tutup separuh dari
tingkap tu..OK jugak kan?
Bahagian dapur...
Itu kitchen kabinet lama...
Memang nampak masih elok, tapi kami tak berkenan sangat...
Lagi pun dah banyak pintu yang tak boleh tutup rapat ke badan kabinet..
Kami planning nak ganti dengan kitchen kabinet ikut selera tekak
& pocket kami..Nak bagi nafas baru 😁...
Itu la fridge yang owner bagi...Alik kanan dia buat store...
Store tu pun kami nak buang..Store tu buat ruang dapur kami
yang comey nampak sempit...
Store yang owner buat...
Kami nak buang sebab nak buat kitchen kabinet & nak
ada space untuk letak freezer...
Ini kira macam wet kitchen..
Owner bagi washing machine 7.5kg, dapur gas & kitchen hood tu...
Itu semua kami tak nak sebab dah ada..
Kitchen hood tu Hata tak nak sebab Hata fikir ntah apa yang tenant
sebelum ni masak...Nak bersihkan pun ntah berapa kos &
ntah berapa lama pulak boleh bertahan...
Kami plan nak pecah dinding buat straight aje...
Sinki tu pun nak buang...Sinki tu buat ruang memasak muat 1 orang je...
Ini bilik air kedua..
Bilik air design 17 tahun lepas...
Sinki air dia panjang kome...
Alik kanan tu ade 1 ruang untuk mandi...
Aku & Hata tengah berkira-kira nak buang sinki besar tu dan ganti
dengan sinki yang lebih kecik supaya ade ruang lebih sikit...
Tapi tengok budget dulu...😁
Inilah balkoni kami...
Mengadap property jiran block depan...
Tak terlalu dekat & tak terlalu jauh...
Tak kesah la..Kalau malam-malam nak keluar amik angin dekat balkoni,
kita tutup la langsir & lampu dekat balkoni ni...
Balkoni ni memanjang sebab sekali dengan balkoni master bedroom...
Macam-macam dah duk main dalam kepala aku & Hata...😆
Money Money..Come tu Mummy & Daddy...Gitewww...😆
Dalam keluarga kami, orang yang pertama aku bagi hint sebulan sebelum dapat kunci adalah pada kak yong...Kak yong ok je...In Shaa Allah bila rumah dah siap renovate & lengkap semua sampai sedia untuk diduduki, kami akan panggil ahli keluarga datang ke rumah ni...Tengok la keadaan..Samaada datang hujung bulan 12 ni atau aku ajak masa buat open house hari raya..Boleh buat doa kesyukuran sekali...
Family alik Hata pulak kami hanya buat surprise pada kak ipar & family yang dekat Kajang...Masa nak buat surprise tu, kami bagitahu yang kami nak tengok rumah..Jadi nak ajak mereka teman tengokkan sekali..Kami sampai awal dari mereka...Masa mereka sampai dekat lobby, che mek & Ammar yang sambut mereka manakala kami menunggu dirumah...
Masa sampai dekat rumah, terkejut la kak ipar bila dia tanya mana owner & kami bagitahu kami lah owner rumah ni sekarang 😆...Jenuh kami menyimpan rahsia..Dengan anak-anak pun duk peringat sokmo jangan sampai terlepas mulut tanya ibu atau ayah bila kita akan dapat kunci rumah baru 😆...Lepas kak ipar tengok-tengok sekeliling rumah, kami pun ajak kak ipar makan dekat mamak Q Bistro area kediaman kami ni...
Alhamdulillah...Tepat 5 bulan proses jual beli ni selesai..Kalau ikut tarikh dekat SPA cukup 3 bulan...Kalau ikutkan total dalam 4 bulan termasuk proses nak cari lawyer, valuation report, draft SPA, tunggu loan lulus & lain-lain. 1 bulan tu proses ding dong ding dong...Syukurnya hanya Allah aje la yang tahu...Betapa kami husband & wife bersabar selama 17 tahun untuk dapatkan kediaman sendiri...Bila orang tanya bila nak beli rumah, kami jawab doakan aje untuk kami supaya ada rezeki untuk beli rumah kediaman sendiri.Sebab beli rumah bukan macam kita beli i-phone...Bukan jugak macam beli cincin dekat kedai emas yang boleh dibeli dengan hanya wang ringgit semata dan tak perlu proses yang lama😆..
4-5 bulan menanti dengan penuh debaran...Dalam tempoh tu kami ternanti-nanti update dari semua pihak...Pihak bank, loan & SPA lawyer, lawyer vendor pun terlibat...Tapi tak sangka masuk bulan ke-4 semuanya dah selesai...Vendor pun bagi kerjasama yang sangat baik..Lepas je bank buat disbursement hari Rabu, hari Khamis vendor dah bagi kunci property dekat lawyer dia..Lepas tu lawyer vendor update tentang apportionment & alhamdulillah hari Jumaat yang barakah kami dapat kunci kediaman kami....
Jumaat dapat kunci, malam tu lepas maghrib kami 4 beranak pegi tengok rumah sekali lagi sebab kelas tuisyen che mek ditunda sebab ada renovation sikit dekat kelas tu...Sekali masa nak bukak lampu, lampu tak on..Call agent rupanya TNB & Air kena disconnect la sebab dah tukar owner..😆..
Esoknya, Sabtu...Bincang dengan che mek kedudukan perabot yang dia nak arrange, bincang dengan Ammar perkara yang sama untuk bilik dia & aku pun bincang dengan Hata tentang bilik kami & kitchen kabinet.Esoknya pulak suprisekan kak ipar..
Semoga proses renovasi akan datang ni berjalan dengan lancar & kami jumpa contractor yang baik & bertanggungjawab...Amin
Lepas ni korang akan baca banyak entry tentang renovation pulak la ye..Harap-harap jangan bosan ye 😆
2 comments:
seronoknya...x sabar nak tunggu result lepas renovation...
Alhamdulilah bila dah memiliki rumah sendiri. Rezeki kita berbeza-beza kan....ada yang dapat awal rumah sendiri. Ada juga sampai ke sudah menyewa je....Moga baik2 ajer Niza dan kita semua dimurahkan rezeki....
Post a Comment