As Salam
2 hari selepas register Air Selangor atas nama Hata, Hata pun dapat notification yang menyatakan air dah disambungkan ke kediaman kami...Hari Rabu Hata ambil aku dekat LRT dengan anak-anak lepas tu kami ke Q Bistro sebelah kediaman kami..Nampaknya lepas ni memang Q Bistro ni akan jadi port baru kami la sebab lepas ni jarak dah makin jauh dengan Bidayah / NZ Curry house...Kalau nak ke Syed tu aku rasa aku sanggup gagahkan sebab kari kambing dia ngam dengan tekak aku 😁
Tapi masa sampai Ammar pulak dah kenyang sebab dah makan macam-macam dekat rumah sementara tunggu Hata sampai rumah...Jadi yang makan hanya aku, Hata & che mek...Che mek amik mee goreng mamak tanpa sayur...
Aku amik nasi putih, kuah campur, agam goreng,
bendi rebus & petola goreng garing...
Hata amik nasi briyani, petola goreng, kuah campur & ayam masak madu..
Lepas makan, kami bungkus nasi lauk ayam untuk Ammar...Ammar cakap nak makan dekat rumah...Lepas dah bungkus & bayar kami ke kediaman kami untuk check air...Betul ke dah sambung...Masuk je rumah, terus pegi dekat sinki dapur...Alhamdulillah..Air dah ada..Waktu ni electric je belum ada lagi..Terasa lambat pulak TNB ni buat keje 😆
Jam dah pukul 7 malam...Sambil nak tunggu maghrib, kami buat la apa-apa ukuran yang perlu..Ukur size katil che mek & ukur size side table yang aku nak letak dekat tengah-tengah antara pintu bilik utama & pintu bilik menjahit ni...
No electric? No problem...
Torch light henfon kan ada?😁
Ngam..Dah boleh beli 😁
Sebenarnya bila Hata bagitahu nak amik aku sekali dengan anak-anak & terus nak ke Q Bistro, aku mintak Hata bawak tikar, sejadah & telekung supaya boleh solat maghrib terus dekat rumah baru...Takde la kelam kabut nak ke surau yang belum tentu ada telekung..Baik la semayang dekat rumah sendiri kalau confirm air dah ada...
Lepas solat kami pun gerak ke Giant Setapak sebab che mek pulak baru bagitahu dia nak buat sandwich tuna untuk bawak ke sekolah esoknya sebab ade kerja aktiviti berkumpulan...
Lepas tu balik le kome...Udah penat berjalan, mengira bagai 😁...
7 comments:
Wah..seronoknya..mesti kebabom nie..nampak luas je rumah tu..ok kita nak tau bulanan je berapa..boleh tak? Kikiki
Isnin hari tu baru makan nasi kandar....
Happy nak masuk rumah baru ni. Macam2 idea ya Niza...moga baik2 semuanya...tudiaaa lauk pauk Q Bistro....
Nak masuk rumah ni macam2 la perancangan kena buat. Bila dah siap semua nanti lega dah.
mesti semua excited nak masuk rumah baru tuuuu...i know how it feels hehheheh
Linda : alamak..Kena buat entry khas ni =D
SA : Wahh..Sedap tu =D
Ezna : Alhamdulillah..Betul tu sis..
Cie : Betul tu..Nk kena relax2 je planning..Kalau stress x best...
MZ : Thx sis =D
Seronok rumah dah ada air. Tak sabor pula nak masuk. (Tumpang excited) 😁
Post a Comment